prolog...kerana janjinya

21.4K 498 5
                                    

Hujan renyai-renyai tika aku meninggalkan rumah milik aku dan hadif.hari ini hadif akan bernikah dengan bekas tunangnya aida.walau atas dasar apa sekalipun bagiku terlalu menyakitkan.kutinggalkan surat tuntutan cerai pada peguamku sharifah hasmi.dan juga surat perletakkan jawatanku sebagai guru.
Hadif kelihatan sayu semasa aku merayu meminta untuk tidak hadir dalam majlisnya.aku memelukknya dan berbisik"semoga bahagia"ucapku...hadif mencium dahiku lama...aku menolak tubuhnya" pergilahhh...saya doakan awak bahagia,maafkan saya andai sepanjang kita bersama, saya menyakiti hati awak,moga dia lebih sempurna dari saya hadif" ucapku buat terakhir kali..hadif tergamam" sayang jangan tinggalkan rumah ni,kejap saja abang pergi, ini bukan kehendak abang, sayang tahukan" dia ingin meyambung namun panggilan telefon membuat dia terburu-buru kekeretanya...dan hilang bersama deruman.
Dan disinilah aku berada bersama sharifah hasmi yang juga kawan baikku." has...kau tolong selesaikan hal aku dan hadif,aku akan balik bila kes dibentangkan, kau rahsiakan dimana aku berada.,satu lagi kau jangan bagitau dia aku mengandung,lengahkan sikit sampai aku bersalin" arah ku pada hasmi "kau jaga diri lia,kat sana kau jumpa bapa saudaraku syed amru, dia akan tolong kau" ujar hasmi lagi"moga kau berjaya zara aliya"bisik sahabatku sambil memelukku dan menangis sayu.
Lambaian terakhir dari sebelum masuk kebalai berlepas. Membawa diriku jauh ke negara berhawa dingin...russia... Menyambung pengajianku dalam bidang perubatan...kalau boleh aku tak ingin pulang lagi kesini..namun inilah takdirku.....selamat tinggal muhamad hadif zayyan....selamat tinggal...moga bahagia...doaku buatmu...

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now