bab 23 senyumannya deritaku(Hadif)

4K 209 19
                                    

Masa berlalu terlalu cepat,Lia masih begitu,tubuhnya kian lemah.Namun senyuman Lia tetap manis,membuat aku semakin takut..takut kehilangannya untuk selamanya.Lia tetap tabah meneruskan rawatan,Hospital merupakan rumah kedua kami,Anak-anak pula sudah biasa dengan keadaan ibu mereka.setiap kali berada di wad,wajah lia sentiasa tersenyum menyambut kedatangan aku dan anak-anak,tersenyum,membuat hati aku makin menderita,betapa Lia cuba menyembunyikan kesakitannya supaya kami tidak risau.
Aku hampir kecewa dengan keadaan Lia namun Lia memujuk"Jadi lelaki harus kuat,demi anak-anak,demi Lia juga,berdoa lah abang...moga allah memberi jalan buat kita,tak apa...lia mampu lalui...harap abang juga begitu,dan lia tahu abang sayang dan cintakan lia,so kena jadi kuat lah"pujuk Lia saat aku seperti ingin mengalah pada takdir allah,menguji ketabahan kami untuk kali ini.

Pagi tadi,Lia sudah pulang dari rawatan,keadaannya nampak agak sihat,sedikit ceria,senyumannya buat aku rasa bahagia,namun bila merenung tubuh yang kian kurus,aku mengeluh perlahan...entah bila tubuh itu akan berisi...saat waktu dia sihat dulu,ya allah...sungguh aku rindu....
Lia tersenyum bila kedua puteri kami yang masih kecil berceloteh ceria,bercerita tentang kisah kami tanpa ibu mereka,sekali sekala lia ketawa kecil,sambil mengusap-usap sayu pipi puteri-puteri kami,tawa yang menyembunyikan kedukaan,kesakitan,seolah-olah tiada apa yang berlaku.Tanpa aku sedari zikri dan Fikri merenung wajahku...yang tanpa dipaksa menitis air mata ditubir mataku,membuat putera-puteraku,mengengam erat tanganku erat,seolah-olah memberi semangat,demi mereka,demi ibu mereka...
Hari ini,Lia meminta aku membawa kami semua menziarahi,bapa saudaranya dikampong kelahirannya.Ceria lia bercerita tentang bapa saudaranya,satu-satunya warisnya yang masih ada,membuat aku tertanya-tanya,kenapa sebelum ini,lia tak pernah bercerita tentang keluarganya,biarpun puas aku memujuk.Lia cuma membisu,katanya bila saat itu tiba,dia akan kenalkan siapa ahli keluarganya yang masih ada.Kata lia bapa saudaranya,merupakan adik kepada arwah ayahnya.Seorang bekas pesara tentera,dulu bapa saudaranya tinggal disabah,berkahwin dengan orang sana.Baru beberapa tahun kembali kesini,mengikut anaknya yang bertugas di kem TUDM alor setar.Keceriaannya membuat aku tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki itu pada isteriku,Zara Aliya...kerana bagiku mungkin ada sesuatu diantara mereka yang istemewa,bukan hanya sekadar hubungan anak saudara dan bapa saudara.
Lia begitu ceria,nampak sihat dan kuat.Awal pagi,lia bangun mengejutkan kami semua,untuk solat subuh berjemaah.Sedangkan semalaman Lia tak dapat tidur.Sehingga jam 2 pagi baru lia tertidur,itupun selepas aku memeluknya dan memaksanya tidur.saat lia tertidur,aku tak mampu melelapkan mata,merenung wajahnya dalam pelukan ku,merasa denyut nadi dan deru nafas lia,masih ada atau tidak,kerana seperti pesanan doktor Firdaus padaku,Saat paling bahaya adalah bila Lia tidur...saat itu jantung lia boleh berhenti bila-bila masa, kerana hati lia tak mampu lagi berfungsi dengan betul...tambahan pula,lia makin cepat penat,ubatan tak mampu lagi membantu hatinya,cuma pemindahan hati sahaja,dapat menyelamatkan lia.Tapi untuk mencari yang sesuai,keadaan masih samar.

Aku merapati tubuh lia,memeluk erat tubuh kurus,merenung Lia yang sedang berbual dengan zikri.Lia menyandarkan tubuhnya rapat kedadaku,tangannya mengusap-usap pipi zikri yang sedang bersimpuh dikakinya,merebahkan kepalanya dipaha Lia,kulihat mata zikri berkaca,meskipun Lia sedang ketawa,namun aku tahu hati zikri tetap tak gembira,kerana tawa dan senyuman lia,tersembunyi seribu derita dihati Lia....dan juga keluargaku....Dia takkan pernah menangis saat diuji dengan kesakitan,namun matanya sentiasa berkaca bila dia merenung mataku...dan senyumannya,adalah deritaku...yang tak mampu ku usir....kerana dialah segala-galanya bagiku...sampai aku menutup mata.

##hai semua reader...maaf byk2 tk mampu nk tulis pjg2...sis cuba sebaik mungkin....sorry kl tk berapa best....hehehe...happy reading yaa...

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now