bab 14 belajar untuk redha.

6.8K 276 17
                                    

Deru ombak dipantai batu buruk menjadi irama disenja ini.Lia melangkah lemah meninggalkan pinggir pantai.Hampir tiga bulan disini,dia sembuh sepenuhnya,walau badannya masih lemah, dicekalkan hati untuk berada disini..kerinduan pada zikri dan fikri membawa dirinya kepantai ini.Masih kekok lagi perhubungannya dengan Hadif,walau hadif cuba merapat jurang antara mereka.Lia melangkah menuju ke teratak yang disewanya dua hari lalu.Hadif tiada ditrengganu,kerana pulang keperak menguruskan hal Zikri dan Fikri.Zara aliya ditinggalkan dengan keluarga angkat hadif.Disini dia berada,selepas dia keluar dari rumah mereka,secara sembunyi dan tanpa memberitahu Hadif maupun keluarga angkat Hadif.Dia sengaja menutup telefonnya.Entahmengapa sejak akhir-akhir ini jiwanya agak bergolak.Dia rasa rimas dan ingin menyendiri,walau dia tahu Hadif pasti marah.sukar untuk mempercayai, dia kembali hidup dengan Hadif.Bertahun dia cuba bina hidup tanpa bergantung pada hadif,atau pada sesiapapun.Jatuh bangun dia sendiri tanpa perlukan sesiapa untuk dia berpaut...tapi dengan keadaan sekarang dia tak mampu berbuat apa-apa.Entah mengapa jiwanya tetap tak mahu tenang.

Zara aliya
Aku menyusur tepian pantai,melihat ramai kanak-kanak berlari menyusur ombak berlabuh,ketawa riang seperti tiada masalah dalam hidup mereka.Rinduku pada Zikri dan Fikri,hanya mereka yang aku ada.walaupun ada hadif...entahlah hatiku masih menolak untuk mengharap bahagia dengan hadif,sakitnya masih terasa.Dengan keadaan yang masih lagi berserabut,aida dan perjanjian keluarga mereka yang ku tahu banyak yang Hadif cuba sembunyikan,aku tak tahu dihari depan bagaimana penghujung kisah rumahtangga kami.Bahagia atau derita aku pasrah.

Kulabuhkan punggungku disebatang kayu ditepi pantai.melihat seorang kanak-kanak perempuan menangis diusik abangnya.terkenang diriku yang sebatang kara mengharap belas ikhsan sahabat dan keluarga angkat.tiada tempat mengadu,mujurlah umi dan walid bersamaku.Melihat gadis kecil tadi dipeluk abangnya,aku tersenyum sendiri,kalaulah Fikri dan Zikri ada adik perempuan....tapi mampukah aku...sedangkan untuk mendapatkan Zikri dan Fikri aku hampir tewas...dengan kekurangan ini bolehkan impian jadi kenyataan.siapa tak mahu bahagia,semua manusia didunia ini memilih bahagia...namun kalau sudah tersurat bahagia jauh untuk ku gapai....aku redha.
Esok aku akan pulang kerumah Hadif.Tak jauh pun,setengah jam dari pantai batu burok.....
Matahari yang terbenam...indah dan damai...ciptaan allah yang tiada cacat celanya,untuk kita faham betapa allah itu maha agung,maha pencipta langit dan bumi,terasa kerdilnya diri ini....aku berjalan perlahan menyusur denai untuk kembali ke chalet,sunyi dan sepi kerana bilikku agak kebelakang.Tiba disana ku lihat tubuh tinggi lampai terpacak ditepi pintu masuk,yang kelihatan cuma belakang badannya tapi aku tahu siapa pemiliknya.Perlahan ayunan langkahku,hatiku gusar...apa jawapan harus aku beri pada Hadif..."Assalamuialikum"aku menghulur salam,walau dalam hati gentar,Dia berpaling dan merenungku,wajahnya tegang....namun bibirnya tetap menyambut salamku.Dia menarik tubuhku kepelukkannya,mengucup lembut ubun-ubunku.Tiada kata yang memula bicara,hanya deru ombak menjadi lagu mengiringi bicara bisu kami."Hmm abang kita masuk kedalam dulu,lia nak solat ni,nanti kita discuss balik yaa"ujar ku pada Hadif,cuba melerai kebisuan kami,aku tahu Hadif marah dan dia cuba meredakan kemarahan padaku dengan berdiam diri.
Selesai solat berjemaah,Hadif berdiri di pinggir balkoni,merenung gelap malam,beberapa kali dia mengeluh.Aku merenung tubuh yang berbalut tshirt lusuh dan seluar jeans lusuh.Hadif nampat serabut dengan bulu-bulu halus di rahangnya...rambutnya yang sedikit panjang menampakkan wajahnya semakin matang.Dia berpaling dan merenungku agak lama,melabuhkan tubuh nya di sofa berkembar disudut bilik....hatiku tertanya-tanya macamana Hadif tahu aku disini...
"Sayang...."panggil Hadif,kemudian memberi isyarat tangannya supaya aku duduk disebelahnya.kulabuhkan punggungku disebelahnya,namun belum sempat duduk,Hadif menarik tubuhku duduk diribaannya.Memeluk erat tubuhku,mengucup lembut pipiku...Berbisik sayu penuh kerinduan."Abang rindu sayang,kenapa sayang tak bagitau abang sayang nak bercuti,puas abang cal,abang risau sangat,mujurlah kawan abang kenal sayang...kalau tak memang abang dah report polis,separuh gila abang mencari sayang,pusing satu kuala trengganu,papa dan umi juga risau,Zikri dan Fikri ada kat rumah kita sayang"tukas Hadif kemudian dia menatap sayu mataku"Abang takut sangat...takut sesuatu berlaku,takut abang tak jumpa dah sayang,kalau abang ada buat salah,abang minta maaf,abang bukan sengaja tinggalkan sayang,tapi abang takut sayang letih,trengganu-perak bukan dekat,lagipun abang cuma nak ambil Zikri dan Fikri"sambung Hadif lagi.
"Berkali-kali abang cal,sampai abang dah tak tahu nak buat macam mana untuk contact sayang,mujurlah Ramzi pengurus disini kenal sayang,dia yang bagitau abang masa jumpa abang kat kuala trengganu,kalau tak entahlah...naik gila abang memusing satu bandar"ujar Hadif namun dengan suara yang agak syahdu.
Aku kesal...terlalu turutkan hati,walaupun aku masih kurang percaya pada cinta Hadif,sepatutnya aku tidak menyusahkan dia.kurenung wajah tampan,yang masih terlelap disebelahku,ku usap pipi yang ditumbuhi bulu-bulu halus,bibirku mengucup lembut dahinya,berbisik perlahan"Maaf,lia minta maaf,ampunkan lia,kerana susahkan abang,lia tahu abang cukup bersabar melayan kerenah lia,tapi...hati lia masih kosong,masih tawar....lia janji...lia akan cuba membina keyakinan hati lia untuk percaya pada abang,cuma lia harap abang bagi lia waktu,lia sayang abang,untuk cinta... lia tak pasti,kesakitan lalu buat hati lia terus kosong,abang faham kan"bisikku lembut.Hadif tersenyum dan membuka matanya,aku tergamam,dia merapatkan wajah mengucup lembut bibirku,bila bibirku dilepaskan dia membisik lembut ditelingaku" Abang faham,dan abang maafkan...cuma abang harap lia jangan ulangi,abang tak mampu kehilangan lia sekali lagi,tolong sayang,biar kita bina hidup baru,yang lalu biarkan berlalu"bisik Hadif ."Abang rindu sayang,rindu sangat,malam ni,abang nak peluk lia,esok kita balik ya,Zikri dan Fikri tunggu sayang kat rumah dengan papa dan umi, bolehkan sayang ikut abang?Tanya Hadif.Aku cuma mengangukkan kepala,Hadif tersenyum,dan menarik tubuhku kepelukkannya.Hadif mengucup lembut ubun-ubunku,pipiku dan bibirku,tapak tangannya mengusap-usap perutku yang sedikit buncit...kemudian usapannya terhenti,dan merenung wajahku,matanya bersinar"Sayang pregnent ke?tanya Hadif.Aku sendiri tak pasti,tapi memang period ku dah lama tak datang,tapi seleraku memang bertambah,..aku cuma terdiam.Nak mengakui takut kecewa,aku cuma berharap andai benar rezeki ini ada,moga-moga menjadi permulaan untuk aku belajar dan redha bahawa Hadif adalah jodoh ditetapkan allah buatku....

Author.....
P/s lagu (sedar) dendangan shima ni lagu untuk seorang sahabat yang pernah bergelar teman tp mesra...ada kena mengena dengan kehidupan silam masa sis belajar,dia mesej sis...so buat you secret man,jgn curang...kita dh pilih jalan hidup masing2 saya bahagia allhamdulilah...saya doakan awak bahagia...awak antara berpuluh ribu reader saya...thanks sebab sudi baca...i love my life...sama-sama dah tua,bina lah hidup berlandaskan realiti,yang fantasi buang dan benamkan jauh kedalam lubuk hati awak...thanks sebab hargai kenangan lalu,tapi nasihat saya sebagai sahabat....redha...kerana itu yg terbaik..apa yg berlaku dulu,adalah takdir,terima kasih kerana mesej saya...thanks juga buat semua reader( dh penat balas mesej,tp tak faham juga adoii,tak de masa nk korek kisah zaman jahiliah dulu,sibuk kot)#####

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now