bab 28 Hadif dan Lia

4.5K 179 20
                                    

Jangan menangisi kisah masa lalu,terima lah takdir yang tersurat,Redha dgn ketentuannya...yakinlah setiap ujian buatmu adalah lumrah hidup didunia ini... sesungguhnya Allah memilihmu untuk dugaan ini....mungkin ada hikmah tersembunyi....hanya dia yang lebih tahu.

Hadif mengeluh perlahan,dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.Satu persatu ayat disusun dimindanya hilang entah ke mana.sengaja dia membawa lia ketaman dihujung wad yang dihuni lia,sedikit jauh dari suasana hiruk-pikuk.Direnung wajah pucat,yang kian cengkung." Sayang,kalau ada orang nak dermakan hati untuk sayang,sayang nak tak kita buat pembedahan?" Soal Hadif perlahan membuat mata lia yang terpejam,terbuka dengan luas.Hadif tersenyum bila melihat mata bundar milik isterinya membulat, merenung wajahnya.Hadif rindu untuk melihat mata ceria milik isterinya,sekian lama cahaya dari mata itu hilang dan sirna kerana penderitaan dan kesakitan yang ditanggung isteri tercintanya."siapa yang nak dermakan hatinya abang,semua yang datang..tak sesuai dengan Lia,abang pun tahukan...doktor dah cakap,hanya keluarga terdekat sahaja,lia mana ada sesiapa,sebatang kara,nak harap mak ngah,dia dah tua" ujar lia perlahan."Kalau abang cakap Abah Lia yang nak derma macamana?"soal Hadif dengan tegas dan sedikit keras.Lia sedikit tersentak, mendengar Nada yang agak keras dari Suaminya,jarang Hadif berkasar kecuali kalau sesuatu itu melibatkan sesuatu yang penting."Lia cuma berdiam diri dan menunduk,namun birai matanya sudah basah dengan air mata.mendengar nama disebut suaminya membuat jiwanya sedikit bergelora,marah dan sayang bercampur aduk.Bukan dia tak sayang,bukan dia tak rindu,anak mana tidak rindu pada bapanya,tapi luka yang tersimpan sukar diubati,sisanya masih berbisa.. memamah tubuhnya,jiwanya dan segala kudratnya.Puas dia berjuang habis-habisan..mencuba melupakan....tapi segalanya kian celaru,di persimpangan antara kasih dan benci...
Hadif mengengam tangan Lia erat," abang bukan marah,tapi abang minta lia dengar,apa yang abang nak cakap,sebagai suami abang berhak, menasihatkan isteri abang andai lia khilaf,bukan maksud abang lia bersalah..tetapi..sikap lia harus abang betulkan"ujar Hadif dengan lembut.Lia cuma membisu," Sayang tahu...tak abah tak sihat,sayang tahukan,abah balik kesini kerana arwah ibu dan sayang,dan tentu sayang juga tahu,abah tinggalkan segalanya demi menebus kesilapannya,walaupun telah terlambat,abah sudah tua,belajar lah memaafkan,biar apa yang berlaku dimasa lalu,sayang anggaplah sebagai ujian buat sayang,belajarlah untuk redha...selagi sayang menyimpan rasa marah dihati,jiwa sayang takkan tenang,dan abang takut sayang akan terlambat untuk sedar,abang takut sayang akan kehilangan abah juga,tanpa sempat sayang meminta ampun,sayang tetap darah dagingnya...walaupun seribu kali sayang menafikan,abang tahu...abang tak layak menasihati sayang,sebab abang juga pernah buat salah pada sayang,tapi untuk kali ini abang merayu,belajar lah menerima bahawa inilah takdir hidup sayang,dan redhalah...maafkanlah abah keranapernah melukakan hati sayang...maafkanlah"ujar Hadif dengan panjang lebar,dan menarik tubuh isterinya kedalam pelukannya....dan jiwa Hadif sayu mendengar esakan perlahan,namun dadanya basah dengan airmata isterinya....entah bagaimana ini semua harus diakhiri....sedaya mungkin Hadif mencuba,moga hati lia lembut,untuk belajar memaafkan,bapanya sendiri....Hadif berharap moga isterinya sedar.....akan kesilapannya.....

Hai semua.... readers.... author update satu lg bab...pendek saja,belum diedit tau...pakai hentam kromo jer...ada masa author edit...menulis didalam kelas,menghilangkan rasa boring....hope okay...happy reading all.....

From me ... orkedjingga95/Bertamindah/ Penang/2/9/2019/8.10pm

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now