bab 25 rahsia Lia

4.1K 206 21
                                    

Hadif-
Hampir tengahari kami tiba di kampung isteriku.Rumah kayu dua tingkat milik keluarga isteriku,ceria dengan sanak saudara sebelah isteriku.Tersenyum seorang wanita separuh umur,namun senyumannya terhenti saat aku menurunkan kerusi roda dari kereta.Dan apabila aku mengangkat tubuh isteriku untuk diletakkan dikerusi roda wanita tadi bergerak laju menuju kearah aku dan isteriku.Lia yang tergamam memandang wanita tadi,terus tersenyum walaupun wajah wanita separuh umur itu dalam riak sedih."Mak ngah,apa khabar ,maaf lama tak balik kesini"ujar lia perlahan,dan wanita yang dipanggil mak ngah tadi memeluk tubuh Lia dengan erat.."Mak ngah sihat Lia,cuma pak ngah kamu yang kurang sihat,tak apalah...mak ngah faham,kenapa kamu tak nak balik kesini,tapi kali ni pun mak ngah tahu kenapa kamu balik,tapi mak ngah tak sangka,kamu jadi macam ni, hampir mak ngah tak kenal..ingatkan siapa tadi,tubuh kamu kurus sangat...kamu kenapa lia?"Soal wanita yang dipanggil isteriku sebagai mak ngah.Isteriku cuma tersenyum dan menggelengkan kepala."Lia ok mak ngah,cuma akhir-akhir ini tubuh lemah sikit"ujar lia perlahan,cuba menyembunyikan riak sedih di wajahnya.Aku menghela nafas,bila lia menggengam erat jemari ku,dan aku faham isyarat darinya supaya aku berdiam diri." Masuklah dulu Lia,Hadif,rehat dulu, anak-anak kamu pun letih,tu tengok letih budak berdua mengendong adik-adik,suruh mereka masuk bilik tengah tu...luas sikit,bilik depan ada pak usu kamu,kamu dengan Hadif masuklah bilik hujung,ada bilik air dalam tu...mudah sikit"ujar mak ngah,sambil membawa beg kepunyaan aku dan lia.manakala Zikri dan Fikri dah hilang dalam bilik mereka bersama adik-adik mereka yang masih tertidur.Aku tahu anak-anak bujang aku mampu menjaga kedua-dua adik perempuan mereka.mereka sudah biasa semenjak aku sibuk menguruskan ibu mereka.Dan mereka tahu apa yang perlu mereka buat.Aku menolak kerusi roda masuk ke bilik hujung, bersebelahan bilik anak-anak ku.
Ku angkat tubuh kurus isteriku dari kerusi roda.Membaringkan tubuhnya dikatil.Lia tersenyum saat aku pun berbaring disebelah nya.Sungguh badan ini amat letih.Lia juga begitu, buktinya dia lebih dulu terlelap.Ku peluk tubuh kurus,milik isteri kesayangan ku,tak pernah terkurang kasihku meskipun apa jua keadaan...tanpa sedar, kehangatan tubuhnya membuatkan aku terlelap dibuai mimpi,berehat seketika menanti waktu untuk bersolat..

Lia masih tertidur....aku tidak mahu mengganggu waktu rehatnya.Aku bergerak keluar,menutup pintu bilik perlahan.Berjalan perlahan menuju ke bilik anak-anakku,namun langkah terhenti saat terdengar suara mak ngah berbual di bilik utama yang dihuni lelaki yang dikatakan bapa saudara isteriku."Usu...Usu kena sabar,ngah tahu usu nak jumpa anak Usu,tapi Lia tu ngah tengok macam tak sihat...Usu biarlah anak Usu tu rehat,lagipun esok ada lagi Usu,sabarlah...."ujar mak ngah bagai memujuk,namun suara lelaki yang bernama Usu yang dipanggil mak ngah tadi tidak kedengaran cuma suara batuk yang agak keras mengisi ruangan bilik.Aku membuka langkah untuk meninggalkan ruang dihadapan bilik itu,tapi langkah ku terkaku bila suara serak lelaki kedengaran diruang bilik seolah-olah menahan sebak..."Aku takut Lia marah lagi pada aku ngah,ini pun dia balik sebab aku sakit,kalau aku tak sakit...muka aku pun dia tak nak pandang,aku cuma ada seorang anak perempuan ngah, pengubat rindu aku pada arwah ibunya,Dosa aku banyak ngah....aku nak dengar lia panggil aku abah..macam dulu-dulu,waktu aku masih bersama mereka ngah,cukuplah ngah...sekali pun cukup...aku dah puas hati kalau aku mati ngah"!!ujar suara lelaki yang dipanggil Pak Usu seolah-olah merayu....rayuan yang membuat dada ku sebak....dan hati ini terus tertanya-tanya,apakah Pak Usu Ayah kepada isteriku....Tentu ada kisah tersembunyi yang hanya Lia dan keluarganya yang tahu....mungkin segalanya akan terungkap bila lia bersedia untuk bercerita padaku..
Ku melangkah meninggalkan bilik utama,menuju ke bilik permata hatiku yang mungkin masih tidur....dan bila pintu bila ku buka,satu pemandangan indah terlihat dimata,Zikri dan Fikri tidur memeluk erat tubuh adik-adik mereka.... nyenyak dibuai mimpi....sungguh inilah penguat semangat ku..menjadi satu penawar kala hatiku makin lemah untuk berjuang....Dan aku tahu, Lia juga begitu.....jika bukan kerana mereka,Aku dan lia sudah lama rebah....Dan moga Aku terus kuat untuk berjuang....selagi aku terdaya....

Hai all readers....selamat menyambut 1 Rejab hari ini...for all muslim yg membaca disini...dan untuk all woman...selamat hari wanita.....sorry lambat update.....hope happy yaaa.....kl ada yg typoo...nanti sis edit....mood nk edit ni malas sungguh.

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now