bab 13 dia pemilik hatiku

7.2K 307 8
                                    

Sampai ditrengganu hadif membawaku menginap disebuah chalet kepunyaannya.sebenarnya aku tak tahu apa tujuan hadif bawa aku kesini.tubuhku masih lemah,tak mampu lagi menguruskan diri sendiri.banyak masa ku habiskan di lantai balkoni chalet.hadif juga menemaniku,dia akan keluar bila ada urusan berkenaan chalet,itupun dalam sejam.

Petang ni hadif akan membawa aku kerumah yang dibeli dipinggir bandar kuala trengganu.rumah yang sederhana,3 bilik tidur,dan tiga bilik mandi.ada pagar yang agak tinggi,pintu pagar pula hadif yang reka sendiri,dibuat sepenuhnya dengan steel,tinggi,memang tak dapatlah aku nak jenguk keluar.hadif membina sebuah dapur kecil berasingan,dengan bilik untuk pembantu rumah,tapi dihubungi dengan balkoni tepi ruang tamu.rumah ni seperti untuk kami berdua sahaja,sunyi.fikri dan zikri pula mengikut nenek dan atuknya kepasar payang,lepas tu mereka akan bertolak kepulau tioman.dengan keadaan fizikal aku seperti ini,aku menolak kemana pun.aku menyuruh hadif menemani mereka,tapi hadif menolak keras,sampai dia memaksa aku untuk tidur dalam pelukkannya."sayang tidur lah,badan perlukan rehat," bisiknya sambil mengucup lembut pipiku,merengkuh tubuh kurusku dalam pelukkan badan besarnya..."abang minta maaf,sebab paksa sayang pindah kesini,bukan niat abang,tapi abang nak kita tenang,tanpa ganguan,tanpa sesiapa pun cuba memisahkan kita,biarlah abang tebus kesilapan abang,walaupun salah abang kerana janji dua buah keluarga dan syarikat papa,papa pernah berjanji pada arwah suami tok ngah untuk kahwin dengan anak tok ngah,tapi papa abang buat silap,dia kahwin dengan umi,akhirnya untuk menebus silap papa,abang jadi galang ganti...kerana janji mereka kita yang merana...dulu abang berkawan dengan aida,tak pernah bercinta pun,bila dengan sayang,hati abang rasa lain,sebab itu abang pilih sayang,tapi tok ngah menuntut janji lama,sudahnya itulah jadinya" terang hadif,sambil mengusap-usap pipiku,kemudian tersenyum.aku cuba mencerna apa maksud hadif,kemudian memejamkan mata,terasa sesak didada,maksudnya janji itu masih dituntut keluarga aida....berat kepalaku memikirkan apa yang hadif terangkan....kuhelakan nafas,lantas pejamkan mata berharap aku terlena...moga bila kujaga nanti,ada kekuatan buat diriku.

Hadif merenung wajah lia yang tidur,apa yang diceritakan doktor munirah mengejutkan hadif,isterinya cuma mempunyai  sebelah buah pinggang.sebelum ini hadif cuma tahu isterinya kehilangan sebelah ovarinya,rupanya banyak rahsia zara aliya sembunyikan. kemalangan telah menjadikan isterinya wanita kurang sempurna.hadif kesal,kerananya isterinya menempuh hidup yang sukar.kecewa pada nasib sendiri isterinya menyimpan segala derita sendiri.bagi hadif,zuriatnya sudah lengkap,cukuplah zikri dan fikri,itupun dia bersyukur,walaupun selepas ini isterinya sukar untuk memberinya zuriat lagi,dia tak kisah,asal isterinya terus bersamanya,dan sihat...Yang lain-lain dia tak mahu fikir,dia ingin bahagia dengan wanitanya zara aliya...cukuplah satu...itupun dia tak mampu nak jaga dengan baik.

Hadif mengeratkan pelukkan,dia takut lia pergi lagi,dia takut dugaan datang lagi,tanpa sempat dia tepis.hadif tahu tok ngah takkan berdiam diri,begitu juga keluarga aida.dengan membiarkan aida dipenjara,dia tahu pasti mereka akan mengangu papa dan uminya...sebab itu dia meminta papa dan uminya berpindah bersamanya untuk sementara...mereka akan mencuba mengangu rumahtangganya.entah apa yang tokngah inginkan dari hubungan ini,sedangkan dia langsung tak punya rasa pada aida.papa, tak dapat berbuat apa-apa,dia tak tahu apa yang menjadi taruhan untuk perjanjian ini....kesilapan hadif cuma satu,pernah berjanji pada aida untuk menunaikan perjanjian itu,tapi itu sebelum dia kenal lia...entahlah hadif cuma mampu berharap andai mereka menuntut untuk dia membebaskan aida,dia akan meminta syaratnya untuk memansuhkan perjanjian papa dan tok ngah.hadif tak sanggup menjadi galang ganti,dia dah serik.

Bertahun dia merindukan isterinya,bertahun isterinya menderita,tak sanggup lagi hati nya merintih setiap hari,mencari-cari isterinya.dia tak mampu akur pada kehendak mereka.dia tahu sukar untuk memujuk hati lia yang terluka,tapi itu lebih baik dari lia tiada didepan mata...biarlah lia mencemuhnya,tidak melayannya dengan sepenuh hati,dia tetap bahagia bila wajah lia menghiasi paginya....cukuplah mereka terpisah,dia berharap disini mereka memulakan hidup baru,moga yang baik-baik sahaja buat mereka disini.

Hadif mengendong tubuh lia kebilik mandi,diletakkan dikerusi plastik,dengan berkemban dan hadif cuma berseluar pendek.hadif mengucup lembut ubun-ubun isterinya,mula melumurkan mandian kebadan isterinya,walaupun dia sendiri dah rasa macam nak pecah didadanya,tapi memikirkan isterinya masih lagi lemah,biarlah dia bersabar.lia pula cuma tertunduk bila jari-jari kasar hadif mula berlari-lari didadanya,menahan rasa malu dengan membisu,mereka mandi bersama,selesai mandi hadif memeluk erat tubuh isterinya,mengucup bibir basah itu seketika,merenung wajah yang kian cengkung,"abang cintakan lia,sampai abang mati sayang" bisik hadif kemudian membawa isterinya kebilik tidur mereka...kasihnya pada lia hanya tuhan yang tahu,sakit lia,sakitlah jiwanya...wanita yang memberinya dua orang zuriat....berkorban demi cinta dan kasihnya buat yang tersayang...tidak salah jika dia juga belajar berkorban untuk orang yang dicintai sepenuh jiwa...kerana hanya dia pemilik hatiku....zara aliya...hanya untuk hadif zayyan...

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now