bab 4 yang takdir buatku

12.4K 439 22
                                    

Terasa berat kaki untuk melangkah,mengingatkan diri berada disituasi serupa sepuluh tahun yang lalu.cuma berbeza dulu aku sendiri,kini bersama anak-anakku,dulu aku dibenci hadif kini aku yang membencimya,entahlah apa yang harus aku buat,bagaimana harus memulakan hidup baru bersamanya, terlalu payah.kerana anak-anak aku terikat pada hubungan kami,namun hati ini sukar menerima apa jua alasan,aku takkan bertanya lagi tentang kisah lalu.terpulanglah pada dirinya hendak cerita atau tidak,bagiku...sudah tidak ada kepentingan.
Dalam tak sedar kami sudah berada diruang tamu villa.pembantu rumah juga ada di sediakan hadif.kata pembantu rumah tersebut umi dan papa sedang solat dibilik solat.hadif membawa beg pakain aku dan anak-anak ketingkat atas,zikri dan fikri mengikut hadif,mungkin mereka ingin berehat dibilik masin-masing. Dari ruang tamu kulihat ada sebuah gazebo kecil dan kolam ikan kecil bersama pokok-pokok orked dan melur.diserikan dengan pepohon hiasan"cantik!bisik hati kecilku.sementara menunggu mereka aku membawa tubuhku menikmati udara segar diruang tersebut.ku labuhkan punggungku di tepi kolam. Melihat ikan berenang bebas dan indah air pancutan kecil ditengahnya.dan aku tersenyum sendiri"kalaulah aku boleh hidup seperti ikan"bisik hati ku lagi.
Hadif merenung tubuh kurus isterinya yang masih termenung di tepi kolam ikan.dari balkoni belakang biliknya dia dapat melihat isterinya disitu.isterinya telah berubah,baik fizikal mau pun sikapnya.wajah isterinya sedikit pucat, dia tahu isterinya meyimpan banyak rahsia darinya.tiada lagi tawa yang berbunyi indah tiada lagi senyuman manis,yang suatu ketika dulu hanya untuknya.kini isterinya jarang tersenyum banyak berdiam diri.mungkin dia terlalu memaksa,tetapi ini sahaja cara yang dia ada.meskipun perkahwinan mereka bukan berlandaskan cinta dan suka sama suka,namun dia redha.cuma dia terbelenggu dengan perjanjian dengan keluarga aida,dan kerana janjinya dia kehilangan isterinya hampir sepuluh tahun.tanpa mereka tahu isterinya membawa zuriatnya.kesal ya dia kesal tapi apa daya semua sudah terjadi.rumahtangga nya dengan aida cuma pada atas kertas,dia tak sempat melayari hidup bersama aida kerana kemalangan yang menimpanya.lagi pula hatinya langsung tiada pada aida.dia tak kesal melepaskan aida yang menjadi penyesalan seumur hidupnya melukakan hati isterinya.hadif mengeluh perlahan.
Cuma ini cara dia cuba memperbaikki kesilapannya.walau dipihak isterinya seakan cuba untuk lari dari terus bertahan.dia tahu jalan yang dipilihnya amat berliku,namun dia tak akan putus asa biarpun isterinya membantah.sahabat isterinya bercerita tentang kelahiran kembarnya hampir meragut nyawa zara aliya,dan sebelah ovari terpaksa dibuang  kerana pendarahan serius,salur peranakannya juga belum pulih sepenuhnya sebab itu isterinya masih pucat dan lemah.ya dia kecewa dan kesal, banyak luka yang dia berikan.andai isterinya meninggalkannya untuk selamanya,alangkah berdosanya dia.perlahan hadif meraup kedua tapak tangan kewajahnya melepaskan kesal yang akan dia tanggung sampai akhir hayat.
Hadif melangkah kakinya turun kebawah.zikri dan fikri pula sibuk berbual dengan papanya.uminya pula ada didapur.hadif melangkah kedapur mendekati uminya."umi...dah siap ke,dif nak panggil lia ni?tanya hadif.umi berpaling menghadap hadif "dah siap dah,tadi umi jenguk lia, tapi umi tengok dia terlelap dikerusi malas diruang depan taman, muka lia nampak pucat"ujar uminya.hadif melangkah laju ke ruang depan taman.memang benar cakap uminya wajah isterinya pucat, hadif mengusap-usap pipi isterinya "sejuk"bisik hatinya"zara aliya bangun sayang,jangan macam ni"rintih hadif beberapa kali hadif menepuk pipi isterinya namun masih sama, nadinya lemah sekali."umi, papa lia tak bagi respon langsung ni, hadif nak bawa pergi hospital!jerit hadif sedikit panik.papanya lansung menghidupkan enjin kereta,hadif mencempung tubuh isterinya diletakkan di kerusi belakang.namun papanya menghalang hadif memandu,"biar papa memandu dif,dah pucat sangat mukanya dif" tegas papanya.hadif duduk dibelakang memangku tubuh isterinya sambil berbisik"maafkan abang,ampunkan abang,bertahan sayang, ini saja abang minta" hadif merintih sayu.zikri dan fikri biarlah bersama uminya,walaupun tadi fikri menangis hendak ikut bersama.
Dalam hati hadif berdoa moga isterinya selamat.berikanlah dia peluang menebus kesilapannya....zara aliya tunggu abang sayang...untuk sekali ini.

### buat semua reader...kerana janjinya hanya sekadar cerita,sis akui,amat sukar menulis kisah ini,kerana ia perlukan imaginasi,tambahan pula sis ni jenis happy go lucky, namun sis ingin cabar  diri sis mencuba.andai ada terkurang sis minta maaf, sis  masih hijau walau usia tak lagi hijau...hehehe,sis mencuba buat yang terbaik, walaupun sis pakai belasah jer...hanya sekadar suka-suka,sekadar hiburan diwaktu yang terluang....thanks reader baca karya s

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now