bab 27 hati yang tersakiti

3.3K 153 12
                                    

Hadif merenung jendela diruang kamar bilik yang dihuni isterinya.Rintik hujan mengiringi resah dihatinya.Lia masih belum sedar,tubuhnya terlalu lemah.Hadif bergerak menuju ke birai katil,terhenti seketika bila melihat seolah-olah jari Lia bergerak,namun semuanya hanya perasaan.Tubuh Lia tetap kaku,diam seolah-olah bahagia dan damai di alam sana.Hadif resah sendiri,jiwanya meronta ingin menatap sepasang mata bundar yang sering mengisi hari-harinya.Merenung wajah bersih milik insan yang memenuhi ruang hatinya.Hadif menggengam erat tapak tangan milik Lia, mengharapkan dapat memberi sedikit kekuatan buat isterinya untuk terus berjuang, meskipun Lia masih belum sedar.Dalam leka melayan perasaan Hadif terlelap di kerusi dibirai katil.Tubuhnya yang tinggi membuatkan badannya sedikit membongkok...
Lia yang terasa berat dibahunya terjaga dari tidur.melihat Hadif terlelap di bahunya membuat Lia merasa serba salah.wajah Hadif diusap perlahan,rasa bersalah melihat wajah Hadif yang kian cengkung.Kadangkala Hadif tak tidur dengan cukup,tambahan bila anak-anaknya tak sihat,terutama sikembar yang bongsu.Lia mengeluh perlahan,tiada dayanya lagi,tubuhnya semakin hari semakin lemah membuatkan dia cuma terbaring di katil.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin dia mampu gapai,Lia pasrah mungkin inilah suratan buatnya.Cuma Lia berharap sebelum menutup mata buat selamanya,dia mampu memaafkan,mampu mengubati hati yang tersakiti.Rasa yang menjadi duri didalam hatinya.Memaafkan memang mudah,tapi untuk melupakan,terlalu sukar... Lia tidak mahu memaafkan jika hatinya masih belum redha.Masih terbayang dimatanya saat ibunya dimasukkan keliang lahad,masih terbayang saat bibir ibunya tak henti menyebut nama abahnya...segalanya bagai masih segar,seperti baru semalam ibunya pergi membawa sebuah kerinduan hingga ke akhir nafas.

Suara riang tawa si kecil membuat Lia terjaga dari tidur.Senyumnya mekar melihat keletah dua kembar kecilnya,dua kuntum bunga syurga.Tawa bahagia bergema bila Hadif mencium bertubi-tubi pipi Tembun milik sikakak.Tawa yang menjadi indah bila melihat lelaki kesayangannya turut tersenyum...indah... memori untuk dikenang....
Tawa Hadif terhenti, bila melihat  mata bundar milik Lia terkelip-kelip,dan bibir isterinya turut tersenyum meskipun agak hambar.Hatinya sedikit lega bila melihat isteri kesayangannya sudah sedar walaupun masih lemah,tapi itu cukup membuat Hadif bersyukur.Bersyukur kerana Allah masih meminjamkan lagi isterinya meskipun keadaan semakin sukar....

##hai semua...inilah bab yg saya tangguh untuk publish,pendek saja...dari selepas raya kl tk silap saya...maaf ya kl terkurang.
Happy reading...bye

Love orkedjingga95/nostalgiataman hati/3/8/2019.

Kenangan....tetap menjadi kenangan,biarpun masa terus berlalu...namun kenangan sukar dilenyapkan...💕💕💕💕💕💕

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now