bab 19 dugaan berat

4.6K 210 12
                                    

Hampir dua minggu lia tinggal dihospital,tak pernah seharipun hadif tinggalkan lia keseorangan.Hadif bimbang,lia rebah bila bangun dari katil,kerana saraf lia masih lagi belum menunjukkan perubahan.Meskipun tubuh lia peka pada sentuhan, tapi saraf lia seperti lemah untuk mengampu tubuh lia,supaya boleh berdiri,dan bergerak meskipun perlahan.Lia berulangkali mencuba namun hasilnya membuatkan lia kecewa.Hadif tahu,lia akan menangis bila berada dalam bilik air,bukan kerana marah,tetapi lebih kepada kecewa,tidak mampu menguruskan diri sendiri.Hadif cuba memujuk,memberi semangat agar lia terus kuat.Fikri dan zikri,anak bujangnya sudah mampu menguruskan diri sendiri,kedua putrinya masih dijaga oleh uminya,membuat rumah mereka sunyi,terutama bila Fikri dan zikri balik keasrama.
Hadif,merenung wajah lia sayu.Lia yang tertidur dikerusi rehat luar rumah mereka,tubuh kurus itu masih lagi lemah.Wajah cengkung lia nampak makin pucat.Sejak akhir-akhir ini,lia tak berselera untuk makan nasi,walau bermacam lauk pauk dimasak uminya.Pagi tadi lia cuma menjamah dua keping roti,dan segelas susu panas,itupun cuma separuh,kata lia perutnya tak mampu terima banyak makanan sejak akhir-akhir ini,dan dia sendiri tak tau kenapa.

Lia merenung Hadif yang sedang melayan putri kembar mereka.zikri dan Fikri,mengajak lia berlatih berjalan didepan laman yang ditanam rumput carpet,perlahan lia menapak,selangkah demi selangkah,meskipun terasa ingin rebah,namun bila melihat senyuman anak-anaknya dan Hadif yang menunggu dengan sabar untuk lia melangkah mendekatinya, yang sedang memangku puteri sulong kembar mereka, Hadif tersenyum" sikit lagi sayang,abang tunggu ni,kuat sayang" Hadif menguatkan tone suaranya supaya lia lebih bersemangat,namun dalam beberapa langkah untuk sampai kepada Hadif dan puterinya,lia rebah dan tidak bangun lagi,membuat Hadif menjerit dengan kuat,hingga zikri yang sedang melayan adik bongsunya berlari anak mendapatkan papanya.Fikri terus memangku tubuh mamanya yang bagaikan orang tertidur,wajah yang amat pucat,dan ada darah dibibir dan hidung,masih segar.Fikri memeluk erat tubuh lia " Mama,bangun mama...jangan macam ni,kesian kat papa mama,"jerit Fikri sambil mengusap perlahan pipi lia dengan sayu,Fikri cuma mampu merenung sayu,dan bila tubuh lia dicempung Hadif barulah Fikri tersedar. Hadif membawa lia berbaring dibilik tidur mereka.Zikri dan fikri diarah menjaga kedua adiknya,manakala Hadif membuat panggilan telefon kepada umi dan babanya.selepas itu Hadif membuat panggilan keklinik rakan karibnya doktor Firdaus,meminta datang kerumahnya kerana tubuh lia agak lemah untuk dia membawa kehospital lagipun hospital agak jauh dari rumah kediaman mereka.

Hadif mengeluh lemah bila Firdaus memberitahu tubuh lia lemah kerana kekurangan nutrien dalam badan.Bukan itu saja,mata lia kekuningan,Firdaus rasa lia perlu dibawa kehospital untuk rawatan lanjut.Simptom-simptom demam panas berpanjangan dan hilang selera makan adalah tanda-tanda lia ada masalah hati,menguatkan lagi kata-kata doktor Firdaus bila mata lia agak kekuningan,begitu juga muka yang agak pucat dan kekuningan.
Hadif merenung tubuh lia yang masih tidur.sungguh dia merasakan ujian untuk nya dan lia makin berat.Hadif tahu dia harus kuat,jika dia lemah lia pasti lemah,anak-anak pasti kecewa jika dia sendiri tak mampu bertahan.Moga allah memberi mereka sedikit kekuatan untuk berjuang,mengharungi saat-saat getir, bersama isterinya yang dicintai sepenuh hati.Dia harus redha menerima dugaan ini dengan berlapang dada,tentu ada hikmah disebalik semuanya ini....

###sorry lambat updated,entah apa jd sioren ni,beberapa kali sis tekan...tk masuk2...haih mogok kot...happy reading yeah.....

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now