bab 12 hanya padamu..

7.9K 316 36
                                    

Keluar dari hospital,hadif membawaku terus pulang kerumah kami.rasa macam duduk dalam pantang,sup ayam berseling seli sup ikan haruan,sayur pulak cuma sawi...sayur yang paling aku tak suka.bila ku merungut,dia membebel.." nun kat somalia depa makan tak de nya merungut,dapat makan ayam dan ikan lengkap sayur dah kira syukur,sayang dapat makan macam ni hari-hari bersyukurlah,jangan nak banyak songeh...nak abang masak belut! Ugutnya dengan wajah serius...belut..eiii...mau muntah hijau...ikan haruan pun  puas aku makan berselang seli air.

Tiap hari hadif memandikan aku,memakaikan bajuku,kecik dan besar.mulanya aku ingat tangan ku saja patah,tapi hadif bagitau tulang pahaku juga retak....sebab tu aku tak boleh banyak bergerak.kata hadif lagi,umi yang menyuruh hadif jaga pemakanan aku,sebab bagus untuk peyembuhan kecederaan dalaman.kadangkala kesian juga pada hadif,mujurlah zikri dan fikri masih dibawah jagaan mertuaku.

Aku cuba meneka isihati hadif,tapi sukar dibaca.berulang kali panggilan telefon dari keluarga aida,tak pernah sekalipun hadif layan.keras sungguh hati nya.hinggalah pagi tadi,emak aida datang kerumah kami,merayu hadif,aku tak sampai hati tapi apa boleh buat,pendirian hadif tetap teguh..tapi soalan yang ditanya hadif buat wanita tua itu terdiam"hadif tahu dia anak mama,tapi lia isteri hadif,kalaulah lia tak dapat diselamatkan,apa mama boleh gantikan hadif isteri yang serupa macam lia,tak kurang satu apa pun,...tak dapatkan...jadi untuk apa mama merayu pada hadif...salah tetap salah mama,tiada toleransi,bagi mama perkara ini kecil,...sebab bukan anak mama yang kena,seandainya lia yang berada ditempat aida,apa yang mama akan buat? Tanya hadif,membuatkan wanita itu membisu tanpa kata.

Selepas wanita itu pulang,hadif banyak berdiam diri.kerana bosan aku bergerak perlahan menuju ke taman kecil rumah kami.belum sempat melabuhkan punggung di kerusi batu,tubuhku telah dikendong masuk kedalam bilik,muka hadif cukup serius. Dia membaringkan tubuhku dikatil,dia menarik tubuhku kepelukkanya." abang ada isteri lagi degil dari abang,tak dengar cakap langsung...sekarang abang denda sayang,tidur dalam pelukkan abang sampai  bila-bila...tidurrr,jangan sampai abang buat benda lain pulak"ugut hadif tanpa senyum...

Hadif menarik selimut menutupi tubuh kami berdua,suhu penghawa dingin membuatkan kami cepat terlelap.hampir asar baru kami bangun.afif  bangun lebih dulu.selepas solat asar hadif memimpin ku kekereta,katanya nak bawa aku berubat cara kampong kat rumah kawannya di mana aku kurang pasti.rasanya jauh jugak sebab hadif bawa satu beg penuh baju kami, begitu juga baju zikri dan fikri....bila aku tanya dia cuma berdiam diri.sampai dekat rnr,hadif memberhentikan kereta berhampiran tandas wanita,dia merenungku kemudian bersuara"sayang  taknak turun tak nak buang hajat ?tanyanya sambil tersengeh." kita nak kemana? Tanya ku."mana zikri dan fikri?sambung ku lagi.hadif menarik nafas berat.."ok...ok...abang bagitau,kita pindah sementara,abang buat bisnes chalet dan homestay kat sebuah kawasan pantai kuala trengganu,tak lah luas sangat,abang share dengan kawan...tapi kawan abang dia serahkan semua pada abang sebab dia ada bisnes yang lain,dalam erti kata lain dia jual saham dia kat abang la..dah lama abang nak duduk sini,tapi dengan sayang dan anak-anak la"ujar hadif.
"Anak-anak macam mana?tanyaku."buat apa nak bawa anak-anak,kita nak pi buat anak,honeymoon lah sayang oii"tukas hadif tersengeh gatal..laju sahaja tanganku menepuk dadanya...dia ketawa mengekek,kemudian mengucup pipiku dan mengusap-usap pipiku perlahan" abang nak sayang sihat,tanpa ganguan sesiapa pun,tentang zikri dan fikri umi dan papa yang uruskan,mereka juga nak sayang sihat...hujung minggu nanti umi akan datang dengan papa,bawa anak-anak kita sekali,...tempat yang kita akan tinggal nanti suprise for you,sampai nanti baru tau" ucap hadif lembut.....aku cuma tersenyum dan mengangukkan kepala."abang akan lakukan apa saja untuk lindunggi sayang,apa saja"gumam hadif kemudian membuka pintu kereta,dan keluar kebonet kereta, mengambil kerusi roda untuk membawa ku ke tandas.tanpa rasa malu dia mengangkat tubuhku,walaupun ramai orang memandang....hadif dengan auranya....sukar untuk wanita-wanita diluar sana menolaknya....payah untuk ditepis rasa dihati ini....

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now