bab 6 terima kasih isteriku.

10.9K 360 7
                                    

Hampir 5 jam hadif menunggu.pembedahan masih berjalan.lemah longlai tubuh hadif bila doktor suresh memberitahunya yang kemungkinan untuk isterinya sembuh amat tipis.betapa allah ingin mengujinya,menguji keimanannya,menguji kasih dan cintanya pada isterinya.hadif memejamkan mata,mengusir resah yang bertamu."berikan aku peluang ya allah, biarpun sekali..untukku tebus khilafku"bisik hati hadif.tanpa sedar airmata mengalir dipipi,hilang ego hadif sebagai lelaki,kesal yang tak dapat dihilangkan,biarpun bercerai nyawanya dari badan.
Hampir jam 8 malam baru selesai segalanya.isterinya ditolak keluar dari bilik pembedahan.hadif melangkah merapati tubuh kaku itu.masih diam umpama patung,namun wajah tetap manis...menyimpan sejuta derita.
Hadif dipanggil doktor suresh kesudut bilik yang menempatkan isterinya."encik hadif,isteri encik dah stabil,tapi dia masih koma,kita tunggu dalam masa12 jam sama ada dia akan memberi respon atau tidak.harap encik bersabar"terang doktor suresh.hadif cuma menganguk dan terdiam,selepas doktor suresh keluar dari bilik,hadif duduk dikerusi disebelah isterinya. Syukur hadif pada allah,dipermudahkan segalanya.
Direnung wajah yang dirindu.rindu hadif pada sinar mata bening itu.rindu pada senyuman isterinya, meskipun jarang-jarang isterinya tersenyum.wajah yang menyimpan sejuta rahsia.wajah insan yang berkorban melahirkan dua zuriatnya.wajah yang pernah dihadiahkannya sebuah kelukaan.hadif mengeluh perlahan..mengucup tapak tangan sejuk itu,dilabuhkan wajah dibahu yang kaku,tanpa sedar dia terlelap kerana keletihan.
Tersedar hadif dari lena,bila uminya datang ."dif pergilah tidur disofa,lenguh kalau dif tidur macam ni"uminya memberi arahan."tak apa lah umi,hadif nak dekat dengan lia,nak peluk lia bila dia sedar"balas hadif sambil mengengam tapak tangan isterinya."umi bawakan makanan, pergilah makan dulu!ujar uminya lagi. "Hadif tak ada selera lagi laa,umi,mungkin kejap lagi yaaa"jawab hadif perlahan.
"Hmm...kalau macam tu,umi tinggalkan dekat meja sana,nanti hadif makan tau,umi nak balik dulu,papa dah tunggu kat bawah, papa tak boleh masuk,sebab ada zikri dan fikri,lagipun bukan waktu melawat."ujar uminya lagi. Hadif cuma menganguk dan terus bersalam dengan uminya.

"Sayang abang nak solat isyak,dah lewat sangat ni,abang mandi dulu yaa"bisik hadif ditelinga isterinya.hadif mengucup dahi isterinya dan bergerak menuju kebilik air.
Terasa berat mata untuk dibuka,terasa kebas seluruh badan, lia mencuba membuka matanya.terdengar sayup suara bacaan ayat-ayat suci.lia cuba mengerakkan jari tangan nya, biarpun payah dia mencuba.akhirnya dia berjaya membuka matanya.cahaya lampu yang menyakitkan mata membuat zara aliya memejamkan semula matanya.
Hadif yang baru selesai solat bangun merapati katil,membetulkan selimut kerana udara sejuk penghawa dingin.tergamam hadif melihat jari-jari lia bergerak,direnunng wajah isterinya,dilihatnya kelopak mata isternya bergerak-gerak.hadif menyentuh tapak tangan lia, dan mengusap-usap nyata ada tindak balas."sayang...dengar tak abang panggil ni,kalau dengar gengam tangan abang"bisik hadif. Isterinya membalas dengan mengengam erat tangannya..."syukur allhamdulillah...terima kasih ya allah" ucap hadif sayu...
Hadif merenung wajah isterinya.selepas makan ubat isterinya kembali tidur.tak banyak yang mereka bualkan.perkara pertama yang disoal isterinya ialah anak-anaknya.mungkin isterinya rindu pada kembar mereka.diusap-usap perlahan tapak tangan itu,dikucup penuh syahdu."terima kasih isteriku kerana bertahan sayang,maaf abang pernah lukakan hati sayang,ampunkan abang" bisik hadif ditelinga isterinya,sebak dadanya menahan tangis....

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now