bab 20kerana janjinya.

4.4K 202 6
                                    

Hadif tersenyum apabila lia membuka mata.Meskipun tubuh lia masih lemah,namun wajahnya ceria bila menatap wajah-wajah kesayangannya.Kedua kembar kecilnya, lena dikatil sebelah,tempat Hadif selalu berbaring.zikri dan fikri masing-masing terlelap dengan menahan tubuh di birai katil,memeluk erat tubuh adik-adik mereka,lia tersenyum, pemandangan yang indah....terlalu indah,sukar digambarkan.Hadif terkedu melihat senyuman manis lia,seperti sihat semula,sungguh dia bersyukur.Lia mengamit Hadif sambil menepuk-nepuk pipi pejal suaminya,kemudian dia ketawa,tawa yang merdu membuat Hadif terpaku dan terus memeluk erat tubuh kurus,yang masih panas,masih harum dengan wangian biarpun baru hari ini isterinya sedar dari tidur yang panjang.Hadif teresak-esak  menahan sendu.Hati lelakinya betul-betul tak mampu menahan sebak...betapa isterinya cuba nampak sihat dimatanya,agar dia tidak risau,dia tahu lia seorang yang pandai menyimpan kesakitan,agar orang lain tidak risau.Tawanya akan menutup kesedihannya,namun tidak bagi Hadif...tawa lia membuat jiwanya makin sakit,kerana tahu...suatu masa tawa itu tak mungkin ia dengar lagi,bila tiba saat itu...tika bunyi tawa itu hanya terpahat dalam memori..Hadif memeluk tubuh itu semakin erat"Abanggg...Lia ok, kenapa nangis,rindu lia eh"?usik lia kemudian mengusap lembut belakang suaminya.
Hadif cuma membisu,kemudian Hadif merebahkan kepalanya dibahu lia,erat memeluk pingang lia," Abang rindu sayang,rindu sangat,rasa macam nak mati,"ujar hadif dengan mata yang masih terpejam."Apa cakap cam tu,sapa nak jaga anak-anak kalau abang mati,Lia mati tak per,abang boleh kawin lain.."bisik lia kemudian tersenyum," Abang...lia tahu,abang gusar,pasal sakit lia kan,tentu abang fikir lia tak tahu,lia ada masalah hati,sebenarnya lia dah lama tahu,tapi masa tu tak terfikir makin melarat,tapi tak apalah lia redha...hidup ini terlalu singkat,semua yang berlaku kerana janjinya,janji allah pada hambanya,abang harus kuat"ujar lia lagi.Hadif merenung wajah lia,yang masih tersenyum,ceria penuh keikhlasan,sungguh dia melihat isterinya nampak bersemangat.
"Abang ingat pesan lia,andai ditakdirkan lia tak mampu meneruskan hidup,lia harap abang terus kuat,berjuang demi anak-anak kita,cari wanita yang baik-baik untuk jaga abang dan anak-anak,jangan lupa selalu doakan lia disana,dan sekiranya allah mengizinkan lia masih bernafas,dan diberi kesembuhan,hmmm...lia tak nak tengok abang nangis macam tadi,malu tau lelaki nangis tak mancho....hahaha"usik lia membuat Hadif tersengih,walaupun didalam hati terasa ingin meraung bila lia menyebut pesanan yang pertama  tadi.

"Sayang .. Kenapa ni?"soal Hadif melihat lia seperti tidak selesa.Lia tersenyum,"Abang ..boleh tak mandikan lia,rasa melekit,tubuh ni...setakat lap saja lia rasa tak puas"pinta lia dengan wajah yang malu-malu.Hadif tersengih " Tak takut ker suruh abang mandikan,nanti jadi lain tau,dah la abang rindukan sayang abang ni!"usik Hadif membuat lia tergamam namun kembali menjawab"Boleh...nanti lia bagi bonus sekali,tapi tunggu lia sihat la,sekarang ni...abang puasa eh!!"ujar lia sambil memujuk,mengusap lembut lengan kekar Hadif.Hadif ketawa kuat bila lia tertunduk malu,Hadif mengangkat wajah lia dan mengucup lembut dahi lia... "Sayang itu semua tak penting....cukup sayang sihat dan masih ada disisi abang,abang bersyukur sangat,apa yang abang nak semua allah dah bagi,cuma abang tak sanggup sayang tinggalkan abang,abang berdoa...moga allah panjangkan jodoh kita hingga jannah,... sayang" bisik hadif perlahan.Merenung mata bundar milik orang yang dicintai...memeluk erat tubuh itu.."Andai sayang pergi...abang juga pergi...abang tak sanggup hidup...Abang sanggup hati abang dibelah dua demi sayang...abang redha andai abang yang pergi dulu"bisik hadif sayu,membuat lia menahan sebak didada.." Dan abang tahu kita terikat dengan takdir allah,tiap ujian diberi adalah kerana janjinya,abang berharap sayang juga harus berjuang andai abang tiada,kita tak tahu,apa yang akan berlaku esok..samada abang atau sayang yang pergi dulu,tapi untuk saat ini,Biar masa menentukan" sambung Hadif,kemudian mencempung tubuh kurus isterinya masuk kebilik air..."Jom kita mandi sama-sama,abang nak  mandikan sayang...."ujar Hadif membuat lia menjerit kecil,Hadif ketawa kuat..ya hari ini dia ingin memanjakan isterinya...biarpun masih ada ada ujian getir menanti,namun dia pasti...allah tak pernah membiarkan hambanya sentiasa dalam kesedihan,akan ada kegembiraan jua....kerana janji allah itu pasti....Hadif yakin akan ada sinar buatnya,dan berharap moga allah memberi ia sedikit kekuatan untuk terus berjuang bersama isterinya, mengharungi ujian untuk kali ini....

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now