bab 28 dilema hadif

3.1K 161 7
                                    

Hari ini sudah seminggu lia terlantar di hospital.Baru hari ini Hadif pulang kerumah,setelah beberapa hari menjaga lia disana.Hadif melangkah masuk ke dalam rumah emak saudara isterinya.Rasa letih membuat Hadif tidak peka pada keadaan sekeliling.Hadif tersentak saat ditegur bapa mertuanya atau lebih senang digelar oleh isterinya pak usu."Macamana keadaan Lia Hadif ?"soal pak usu .Hadif merenung muka tua,yang masih pucat, berkerusi roda menolak perlahan tangannya, supaya roda berpusing bergerak mendekati Hadif.
Hadif bergerak pantas menghampiri bapa mertuanya, menghulurkan tangan untuk bersalam.Namun salamnya tidak bersambut, tetapi tubuh kekarnya dipeluk erat,dengan tangisan sayu terdengar di telinganya..."Abah minta maaf,abah minta maaf hadif,kerana abah,lia jadi macam ni,kerana khilaf abah...abah melukakan banyak hati,dan abah tak mampu untuk berbuat apa-apa,kerana semua yang berlaku telah berlaku,izinkan abah tebus kesilapan abah,beritahu lia hadif...abah tak marah,kalau ini hukuman untuk abah,asalkan dia boleh maafkan abah...untuk kali ini,biarlah abah pula berkorban untuk satu-satunya puteri abah,buat kali terakhir,abah tak sanggup lihat lia terus menderita,pujuklah lia hadif"ujar bapa mertua Hadif aka Pak usu.Hadif terasa sebak didada...tubuh tua itu dipeluk erat.Memberi sedikit semangat,sungguh Hadif sendiri tak tau macamana untuk memujuk isterinya.Tetapi dia akan mencuba,demi ikatan antara ayah dan anak,demi untuk Lia juga, walaupun Hadif tahu,hati lia memang keras...dia berdoa dan berharap lia menghargai peluang yang ada untuk memperbaiki apa yang sepatutnya diselesaikan suatu masa dulu,sebelum semuanya terlambat.
Hadif termenung memikirkan,kisah bapa mertuanya dan isterinya yang pertama iaitu arwah ibu Lia.Dan Hadif terbayang kisah lamanya... dia juga pernah melukai hati lia,masih segar diingatan saat-saat Lia pergi dari hidupnya.Dia kehilangan segala kudrat untuk mencari kemaafan dari lia.Sukar meneka isi hati isterinya,kerana lia terlalu pandai menyimpan rasa marah atau kecewa.Tetap tersenyum...namun tindakan lia meninggalkan dirinya,membuat Hadif tersedar,tanpa lia hidupnya tak sempurna,dan tanpa lia hidupnya kosong....Dari detik itulah Hadif tahu lia memiliki hati yang keras dan nekad... disembunyikan disebalik kelembutan.....yang tak terduga oleh sesiapa pun.... meskipun diri Hadif sendiri.

Hadif merenung tubuh kurus milik Pak usu,Mak ngah cuma  diam bila Pak usu Menyerahkan sepucuk surat  kepada Hadif..."Kalau jadi apa-apa pada abah,Hadif bagi surat dan kotak kayu yang ada dalam bilik abah pada Lia ya,abah amanahkan semuanya pada Hadif,tolong jaga Lia,jangan buat kesilapan yang sama macam abah,jaga cucu-cucu abah,didik dengan sempurna,jangan ulangi kesilapan abah"ujar Pak usu yang juga bapa mertuanya,sambil mengengam erat lengan kekar milik Hadif.Sebak Hadif menerima amanah dari bapa mertuanya.Mak ngah cuma mampu memandang sayu kemata Hadif bagaikan meminta Hadif menerima apa yg dipinta oleh adik bongsunya.Perlahan Hadif mengangguk,meskipun terlalu berat beban yang harus dipikul,berdepan dengan dua insan yang mempunyai ikatan yang tak mungkin terlerai dunia dan akhirat,tetapi terpisah rasa kasih seorang anak kepada bapanya hanya kerana kesilapan yang mungkin telah ditakdirkan untuk mereka berdua... sesungguhnya takdir tak pernah tersilap...kerana semuanya telah tertulis sebagai perjalanan hidup sebagai manusia di pentas dunia...ujian buat mereka berdua...bapa dan anak....
Hadif  termangu-mangu sendirian.Entah apa cara untuk memujuk hati isterinya,Jika berkeras takut hati isterinya makin terluka.Lia sukar dipujuk jika dia berdiam diri.Lia akan mogok bersuara jika Hadif berkeras,pernah suatu ketika Lia sanggup tak menjamah apa-apa makanan tika Hadif memaksa lia untuk bercerita kisah hidupnya,membuatkan Hadif  mengalah dan tidak lagi bertanya kisah hidup isterinya....." Liaaa, apa yang patut abang buat,abang buntu"bisik hati Hadif. Menerima amanah mudah,tapi untuk melakukan apa yang diamanahkan,terasa berat bahu Hadif memikulnya,susah sungguh menjadi orang tengah, mendamaikan hubungan sedarah....Hadif merenung kegelapan malam....segelap jiwanya yang celaru...kekiri atau kekanan tetap melukakan perasaan isterinya...Dilema jiwanya memilih antara dua simpang...yang kedua-duanya tetap berliku.....

Untuk semua readers...entah okay atau tidak...belum diedit...author tulis dua hari lepas,cuma hari ni sempat publish....happy reading...

Orkedjingga95/teratak orked/kolam jiwa/1/9/2019/9.50pm/ salam maal hijrah...

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now