bab 10 balik kampong&ex dia.

8.6K 318 30
                                    

Hari ini,hari raya pertama.aku masih sendiri dibilik tidur.hadif dan anak-anak kemasjid menunaikan sembahyang sunat aidilfiri.merenung jalan raya dari pintu balkoni,mengimbau kenangan silam.memori lama bersama keluarga ku...ahhh rindunya.dalam keadaan masih lemah aku melangkah ke birai katil,cuba berbaring, membuang rasa sedih.dalam tak sedar aku terlelap dikatil.
Hadif dan anak-anak sampai dirumah terus mencari isterinya.mereka akan bertolak kekampong isterinya di pulau pinang.

Hati terasa sayu ...ramadhan indah telah pergi.tahun ni aku masih tak dapat menyempurnakan lagi rukun yang satu,allah benar-benar menguji keimananku,namun aku redha.aku dan hadif masih sama.dia masih bisa menahan untuk tidak menyentuhku secara intim,walau ku tau hatinya berkeinginan.namapun lelaki..nafsu itu lah yang membuat mereka rela untuk curang,walaupun tak semua lelaki begitu,untuk diri hadif...entahlahh..sukar ku tebak.

"Sayang...jom makan dulu,kejap lagi nak balik ziarah kubur emak dan abah,ubat pun sayang belum makan,zikri dan fikri dok tunggu kat depan,nak beraya dengan kita,jom sayang"!ujar hadif padaku.ku berpaling melihat hadif segak berbaju melayu,siap bersamping dan bersongkok.aku cuma' merenung sayu..tahun ni warna coklat cair menjadi pilihan hadif,aku cuma ikut saja.dari tempah baju hingga kuih,biskut lemang atau ketupat diurus umi dan hadif.jubah yang ku pakai juga pilihan hadif,begitu juga tudung keluaran butik anggun milik umi,pilihan hadif sedondon satu keluarga termasuk papa dan umi.hadif banyak berubah,dari dulu hadif seorang bertanggungjawab.tapi bila dia mula rapat dengan aida semula,dia berubah terlalu berubah,hingga aku tekad pergi menjauh.
"Sayang dok fikir apa lagi,jom sayang"ajak hadif sekali lagi.tersedar dari lamunan aku melangkah merapati hadif.hadif memeluk tubuhku,mengucup lembut dahiku,pipi dan berlabuh lama dibibirku."i love you sayang,so much..forever"bisik hadif lembut ditelingaku.
Aku dan hadif melangkah keruang tamu,ada umi dan papa tengah melayan zikri dan fikri.masa bila mereka sampai aku tak pasti.
"Dah masukkan barang-barang yang nak dibawa balik kekampong hadif,kalau tak muat boleh bubuh dalam kereta papa,selepas kepenang kita kebaling jumpa bapa saudara umi,dan ziarah kubur atuk dan nenek,lama depa tunggu nak kenal isteri dan anak-anak kamu berdua,bolehkan lia"?tanya papa lantas ku renung wajah papa dan umi,kemudian ku senyum dan anggukkan kepala.
Selepas bermaaf-maafan antara aku,hadif papa dan umi,anak-anak kami juga berbuat demikian.hadif memaksa aku menghabiskan segelas susu dan dua keping roti.hadif menjadi lelaki yang tegas bila bersangkutan dengan penjagaan kesihatan dan perawatan diriku.walau bagaimana ku membebel hadif seperti sebongkah batu,keras dan payah untuk dileburkan.kadangkala aku rimas,namun mungkin ini yang terbaik buat ku.
Kami bertolak kepulau pinang hampir tengahari.zikri dan fikri menemani papa dan umi.mereka akan bertolak dahulu kekampung ku di permatang rawa, kepala batas.kami akan bertemu dirumah pusaka nenekku.kunci telah aku bagi pada umi.aku dan hadif terpaksa singgah dihospital mengambil ubat tambahan untukku.
Semasa menunggu hadif mengambil ubat,aku berbual dengan doktor hamidah."zara..saya ada berita baik untuk awak..dari sample sel yang saya ambil hari tu,sel darah merah dan putih awak dah stabil,satu lagi,awak boleh hamil lagi zara,walaupun dengan sebelah ovari,kalau awak rajin ambil ubat subur...mungkin ambil masa sikit,tapi insyaallah banya-banyak berdoa,manatau rezeki tu dari allah"terang doktor hamidah sambil tersenyum padaku.walaupun agak terkejut namun aku bersyukur,masih diberi kesempatan.
"Betul kedoktor,lia dah sembuh"?tanya hadif,entah bila dia di belakangku.doktor hamidah cuma mengangukkan kepala dan tersenyum.hadif memelukku erat,selepas doktor hamidah berlalu.
"Dif,kita kat tempat umum ni,saya segan"bisikku pada hadif.hadif tak menjawab namun mengeratkan pelukkan."panggil abang...abang,bukan dif atau awak,abang suami sayang,hormat abang sayang please,macam dulu"tegas hadif. "Ok.." jawabku malas nak bertekak. kami bergerak seiring ke kereta.semasa hendak masuk kedalam kereta,sesorang memanggil nama hadif."abanggg.. abangg ... Hadifff....!!!! kuat dan nyaring panggilan tersebut.
Seorang wanita tinggi lampai berkebaya biru tua,tanpa berhijab,seksi sungguh.orangnya memang cantik.bila kurenung,baru ku ingat siapa"aida"bisik hatiku.hadif menarikku rapat dan memeluk erat pinggangku."i love you sayang,she is nothing for me,love you more,and more..."bisik hadif lembut tanpa peduli pada ex wife nya.

"Ada apa aida, terjerit-jerit,tak malu ke,kita dah tak ada apa-apa ikatan,tolong jaga sikit maruah you,kalau you tak malu, i malu sebab you panggil nama i,hormat sikit isteri i"tegas hadif dan merenung tajam pada aida.
Aida ketawa mengejek kemudian menjawab" apa yang you bangga dengan wife mandul you,dulu tu you nikah dengan i,sebab nak anak dan selamatkan syarikat papa you,bukan tu saja...you lupa budi keluarga i pada keluarga you.apa yang ada pada perempuan mandul ni,sampai you tak boleh lupa dia,you sanggup buang i,you ingat...hadif, you tak punya keturunan,untuk siapa you nak wariskan harta papa you yang berlambak"! Ejek aida sambil ketawa sinis.
Kurenung wajah hadif,hadif mengucup lembut ubun-ubunku,wajahnya tenang.hadif mengusap-usap tangan ku,dan mengelus lembut jariku. "aidaaa...lupakan aku,lepaskan aku dari hati kau,bina lah hidup baru,berubahlah...aku takkan ulang untuk kedua kali hidup dengan kau,dulu kerana perjanjian kita aku kehilangan lia isteriku...sepuluh tahun,aku hidup tanpa dia,tanpa ku sedar rupanya lia pergi bawa seluruh hatiku,bukan tu saja...dia bawa zuriatku,aku tak sempat lihat perut lia membesar,tak sempat lihat anak-anakku lahir,perempuan yang kau kata mandul dah bagi aku zuriat tanpa aku tahu,dan tanpa aku disisinya....kerana kau dan perjanjian bodoh ni isteri aku sengsara...aku cintakan isteri aku zara aliya,sampai aku mati,lupakan aku dan jangan jadi seperti lalat yang suka pada benda yang busuk...taubatlah aida"tukas hadif lantas berlalu sambil memimpin tangan isterinya masuk kekereta.pada firasat ku,apabila hadif berbahasa "kau dan aku"bermakna hadif benar-benar marah,namun dia tetap tenang,itulah sifat hadif yang mungkin aida tak tahu.
Aida melopong memandang kekereta hadif,melihat hadif mengucup lembut dahi isterinya buat aida cemburu,erat mengengam tangannya..."ada lagi habuan kau zara aliya,hadif...kau akan hancur "!!!

Hadif memandu perlahan kerana keadaan lebuh raya agak licin,hujan lebat menemani perjalanan mereka."sayanggg...ok tak ni?tanya hadif.aku cuma tersenyum "lia lapar la abang..boleh kita berhenti kat rnr sungai buluh,lia teringgin nak makan mee kari,dulu masa lia dengan arwah sahabat lia zurin,bila balik kampong mesti makan mee kari kat situ, sedap"cerita ku penuh ceria.hadif tersenyum dan menjawab"ok...abang pun teringgin nak rasa,apa  yang cinta hati abang suka sangat kat mee kari tu"usik hadif sambil tersengih."hmmm...orang yang jual mee kari kot,hensem dan hot"balasku sambil memandang kewajah hadif."liaaaa....jangan cari pasal" gumam hadif...aku cuma ketawa..namun bila ku pandang wajah hadif dia merenung tajam wajahku.hadif memberi isyarat memasukki lorong untuk berhenti kecemasan.hadif menarikku kepelukkan,merenung wajahku dan mengucup lembut bibirku,lama kami hanyut.bila hadif melepas bibirku,dia berbisik"denda sayang,sebab usik abang,lia milik abang dan abang milik lia,no share-share love..faham,buat lagi abang denda yang lagi berat"!bisik hadif lembut namun tegas. Aku cuma terdiam...hadif..hadif zayyan...manis bergula ayatnya...tak lama lagi aku boleh kena kencing manis......

###reader:-) all reader...kali ni panjang sikit...dh janji nk panjangkan sikit,sis tak cek lagi dia punya ayat2 kat dlm ni,...nanti sis repair mna yang patut....lepas ni sis nk update story ammar dan nisa berhari raya... Mungkin malam atau tengah malam....love you all muahhh....

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now