bab 9 ramadhan yang indah

8.6K 302 21
                                    

Selepas keluar dari hospital,aku banyak berehat dirumah.hadif still disisi aku.kadangkala rasa rimas.dengan ayat sweet dan berbunga-bunga buat aku rasa lemas.entah berapa banyak gula-gula dia makan.aku biarkan saja, dia tanpa jemu,memujuk, merayu dan kadangkala sebelum tidur dia akan mengucup lembut bibirku.setiap malam bila aku tersedar tubuhku erat dalam pelukkan,bila ku cuba melonggarkan dakapanya makin erat tubuhku diraih."abang cuma peluk sayang, nak abang buat lebih dari ini" bisiknya pada telinga ku bila ku cuba melepaskan diri,sudahnya aku rela dalam terpaksa.
Esok bermula awal ramadhan,bermakna esok pagi sahur pertama bagi kami sekeluarga.dengan keadaan yang masih lemah,sukar untuk aku menunaikan ibadah ini.rasa terkilan dihati.ini merupakan ramadhan kedua aku tak dapat berpuasa.hadif melarang keras aku berpuasa,kerana badan aku belum sembuh sepenuhnya.aku perlukan nutrien tinggi untuk badan.
Dirumah hanya tinggal kami berdua.kedua anak-anakku tinggal bersama keluarga hadif.hadif sudah menukarkan anak-anak kami bersekolah disana.mudah bagi hadif menguruskan rawatan aku.setiap hujung minggu mereka akan kesini.bermalam, bersama aku dan hadif.
Sahur pagi ini aku cuba bangun,kulihat hadif masih terlena,letih mungkin.dengan perlahan ku atur langkah kedapur.nasi kumasak dirice cooker.ku pecahkan dua biji telur,masukkan cili dan bawang,cukup rasa untuk telur dadar.sedikit kankung kujadikan sayur tumis.masak kicap ayam dua ketul buat hadif.selesai semua dengan satu teko kecil milo panas dan satu gelas besar air kosong.walaupun penat namun aku puas hati.terasa sukar bernafas kulabuhkan tubuh disofa ruang tamu.pejamkan mata sekejap untuk menghilangkan rasa nak pitam.terasa usapan lembut dipipiku.pelukkan hangat dan kucupan di ubun-ubunku."sayang masih belum sihat,abang boleh masak sendiri,takkpun abang minum susu dan buah kurma dah ok "ujar hadif sambil matanya merenung lembut kemataku.aku cuma tersenyum tawar,dan cuma mengangukkan kepala.hadif mencempung tubuhku kedapur.didudukkan dikerusi.hadif menarik kerusi disebelahku.aku diam memerhatikan hadif mencedok nasi lauk dan sayur kedalam pinggan nasi.hadif tersenyum sambil mengaul nasi kemudian disuakan kemulutku."kita makan sama-sama,abang suap sayang yaa.."!! Ucapnya lembut.selepas selesai sahur,hadif membawa aku kebilik.sementara menanti subuh,aku dan hadif merehatkan diri dibalkoni.memandang langit yang kian cerah,membawa seribu rahmat betapa hati sayu,tak dapat menyempurnakan ramadhan indah ini untuk kali kedua.seakan tahu hati dibuai sayu hadif memelukku erat dan berbisik"allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita sayang" pujuknya lembut dan sayup terdengar azan subuh berkumandang...moga hari ini lebih indah dengan harapan hari esok akan ceria...

Selamat berpuasa buat semua,ramadhan ini amat indah,allhamdulilah masih diberi umur untuk  melakukan ibadah ini,moga kita diberkati...for all  reader yg muslim selamat menyambut ramadhan almubarak...non muslim thanks sebab sudi baca karya tak seberapa...sorry tak dapat update yang cheezy ya...bulan puasa minda kena bersih ok...see you all..love you all muahhhh...

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now