bab 22 ya allah,kuatkan dia

4.4K 221 17
                                    

Keadaan kesihatan Lia agak baik,walaupun tubuhnya makin lemah.Lia tersenyum bila melihat keletah puteri  kembar kami,Mulut kecil itu ,tak henti mengumam, bibir tak henti memanggil nama mama dan papa,biarpun masih pelat cukup buat kami terhibur.Melihat Lia tersenyum buat aku tenang.Namun hati ini tak mampu menahan sesak didada bila mengenangkan tubuh lia yang makin kurus.Pola makan lia makin menurun,jika dulu lia mampu habiskan semangkuk bubur atau sup,kini sukar lia menghabiskan,walaupun separuh bubur atau sup.Lia akan muntah bila terlalu banyak makanan diambil.seakan perutnya menolak makanan,kadangkala seharian ,lia cuma minum susu,membuat tubuh lia makin lemah dan susut.

Beberapa kali Hadif mengelengkan kepala,sungguh dia tak percaya,Hati Hadif tak sesuai dengan isterinya,kerana berbeza jenis darah membuat hadif terduduk.Kata doktor lagi...boleh dicuba namun risikonya amat besar.Tiada jaminan sembuh,kemungkinan jika ada penolakan dari tubuh lia,menyebabkan tubuh Lia menerima kesan negetif,dan mungkin menyebabkan Hadif akan kehilangan Lia untuk selamanya.Hadif merintih sebak,sungguh dia kalah sebelum berjuang.Doktor Firdaus cuma mampu memujuk sahabatnya bersabar, dia sendiri sendiri terkejut dengan keputusan dari ujian yang mereka buat terhadap Hadif adalah negetif.Hebat sungguh ujian kali ini buat sahabatnya." kita cari penderma lain Dif,atau mungkin keluarga terdekatnya,kerana itu yang terbaik,aku harap kau jangan putus asa,sabarlah dif,banyak-banyak berdoa,insyaallah..allah pasti membuka jalan"ujar Doktor firdaus memujuk dan memberi semangat buat sahabatnya.

Pulang dari hospital,Hadif banyak termenung.Lia gusar melihat perubahan Hadif.Hadif tetap tersenyum namun amat hambar.setiap kali Lia merenung mata Hadif,Suaminya pastikan menunduk atau memalingkan wajahnya kearah lain,bagai menyembunyikan rasa hati.Tiap kali Hadif bersendiri di taman kecil rumah mereka,beberapa kali lia melihat Hadif menyeka airmata,dan cuba tersenyum bila Lia atau anak-anak menghampirinya.setiap malam Hadif pasti memeluk tubuhnya erat,hingga Lia tak mampu menolak.Hinggalah pagi tadi,Lia terjaga dari tidur bila mendengar Hadif menangis teresak-esak diatas sejadah,membuat dia tertanya-tanya,mengapa Hadif jadi begitu.

Lia'menghampiri Hadif yang masih berada diatas sejadah,melurut tubuhnya kebawah,melihat betapa lemahnya Hadif saat ini.Lia memeluk erat tubuh Hadif memberi sedikit semangat,walaupun sebenarnya dia tidak tahu apa puncanya.Hadif memeluk tubuh lia,mengucup lembut ubun-ubun isterinya,menghidu lembut harum tubuh wanitanya,yang kini kian kurus.tiada lagi tubuh yang berisi,yang sentiasa memberi kehangatan tiap kali dia memeluk,tiada lagi pipi yang berisi menjadi tempat kesukaannya untuk dikucup tiap kali bangun dari tidur.Hadif mengusap lembut bibir lia,yang masih tersenyum tapi tetap manis, namun cukup buat Hadif kian pilu...sungguh dia amat takut kehilangan.Berapa lama senyuman itu dapat dia tatap dan berapa lama tubuh ini dapat dipeluk....entah berapa lama dia dapat merasakan lagi kasih dan sayang Lia, yang disalurkan setiap kali mereka berpelukkan.ya allah berat sungguh ujian kali ini...membuat jiwa lelaki Hadif bagai tiada lagi kekuatan,untuk terus berjuang.Lia cuma mampu terdiam terus memujuk Hadif,meskipun dia tahu ada sesuatu yang kini menjadi beban dihati suaminya,mana mungkin Hadif menjadi selemah ini,kerana dia tahu suaminya seorang yang keras hati...
Lia merenung wajah Hadif yang terlena diribanya.wajah itu kian cengkung,tubuh Hadif juga makin susut.Lia menarik nafas berat,hatinya gusar...apakah masalah suaminya kali ini,sungguh dia sendiri tertanya-tanya dan Hadif cuma terdiam.Lia mengusap perlahan pipi Hadif,dan Hadif kian memeluk erat pingang Lia,merapatkan wajahnya keperut isterinya"Sayanggg,abang rindu,rindu sangat,biar macamni,abang tenang macamni" bisik Hadif seperti ingin tidur.Lia tersenyum,dan mengucup lembut ubun-ubun Hadif,menyandar tubuhnya dibirai katil.Bunyi dengkur Hadif buat Lia ketawa kecil,sambil memicit lembut pipi Suaminya yang rapat diperutnya.." Dah macam princess kecil kita abang ni,manja sungguh"namun Hadif terus tidur dengan nyenyak, dan Lia terus mengusap tubuh suaminya..tanpa sedar airmatanya menitis,bila memikirkan,macamana dengan Hadif andai dia tiada lagi didunia ini,mampukah Hadif bertahan...Lia menghela nafas lelah..."ya allah kuatkan dia,andai tiba saat itu"bisik hati Lia....

All reader..maaf tak dapat update kerap,sungguh masa sis amat terhad,sis minta maaf...story ini antara yang paling sukar...andai ada kurang...sis minta maaf...sis cuba sebaik mungkin....selamat membaca....love you all muahh...

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now