bab 17 pinjamkan dia untukku sekali lagi.

6K 304 47
                                    

Lia tetap'kaku,membisu ditempat peraduannya.wajahnya bersih,bercahaya walaupun sedikit cengkung.kini hampir 4 bulan lia tidur dalam jaga,dan aku lena dalam rindu tak berpenghujung.Takernah sedetik pun aku tinggalkan dia sendiri.Jika bertahun aku mampu menunggu lia kembali,ini baru 4 bulan,hatiku tetap tega mengatakan lia sedang berjuang untuk pulih.Biar apapun yang terjadi aku tetap menanti.zikri dan fikri,masih bersama dengan papa dan umi.lagipun mereka tinggal diasrama sekarang ni,cuma dua putri ku saja dijaga umi,mereka tidak banyak kerenah,memahami situasi mamanya.tersenyum aku bila kembali kerumah pagi tadi untuk mengambil baju ganti,sikakak sudah pandai tersenyum bila diagah,siadik pula terlalu aktif,semua benda hendak digapai.Inilah hadiah terindah buatku,hadiah teristemewa dari lia,yang sanggup berjuang meskipun dia kehilangan benda paling berharga baginya sebagai wanita.permata hatiku,wanita terakhir ku hingga ke jannah zara aliya.
Hari ni,genap sudah lima bulan lia tidur.Ibu saudaraku mendesak aku menikah lagi,kerana tiada siapa yang mengurus anak-anakku.Umi membantah,dan meminta supaya mak long faham situasi zara.Lagipun zikri dan Fikri sudah besar,mereka memahami situasi papa mereka.Zikri dan Fikri cekap menguruskan diri mereka sendiri.Begitu juga Hadif,Dia bekerja secara online,kadangkala sahaja dia turun bila keadaan perlu dipantau.kalau zara boleh berkorban,tak salah kalau dia juga bersedia berkorban masa dan pekerjaannya.lagipun semuanya milik dia,bukan dia bekerja dengan orang lain.Mak long mau dia menikahi suraya,anak sulong mak long yang baru bergelar janda 6 bulan lepas,namun Hadif menolak,hampir saja Hadif menerjah rumah suraya,yang gatal menerima atau mungkin memberi idea gila pada emaknya.Hati hadif tak dapat menerima sesiapa pun lagi.Hidupnya sudah cukup dengan zara dan anak-anak.
Petang itu hadif masih dibilik dimana lia sedang terbaring.Tiba-tiba,suraya masuk bersama mak longnya"Hadif,mak long harap Hadif terima suraya...dia boleh bantu hadif jaga anak-anak hadif,mak long kesian tengok hadif berulang alik,kehospital,mak long cuma nak membantu,lagipun entah bila zara akan bangun,atau mungkin takkan bangun dah"tukas mak longnya tanpa perasan yang zara telah sedar dari koma.Hadif yang sedang mengengam tangan lia,terasa ada pergerakan pada jari lia,tersentak dan tersenyum nipis.suraya fikir,hadif setuju,namun bila hadif bersuara agak keras mereka tergamam"Kalau nak cakap benda merepek,dan tak memberi faedah,baik korang berambus,sebelum aku hilang rasa hormat pada korang berdua,"tegas hadif perlahan namun tegas dengan mata tajam merenung keduanya..."Hadifff..su!!"belum habis suraya bercakap Hadif sudah naik angin,dan menekan butang ditepi katil milik zara..."Nurse...lain kali jangan bagi dua ekor ni masuk,kalau bagi juga,aku saman hospital ni" tegas hadif kemudian mula duduk dikerusi ,untuk menahan tubuhnya dari terus bergetar...kerana menahan amarahnya.Nurse memanggil pengawal...Supaya membawa suraya dan emaknya keluar dari bilik lia.
Hadif...melepaskan lelah,menarik nafas lega.Tubuh lia direnung,mata lia masih terpejam,namun jemari lia bergerak-gerak,Hadif mengusap-usap tapak tangan lia,dan lia membalas perlahan,masih lemah.ya allah hadif bersyukur,lia sudah memberi respon,walaupun masih belum sedar sepenuhnya...."Hatinya menarik lafaz kesyukuran tanpa henti...pinjamkan dia untukku sekali lagi ya allah,aku berjanji,aku akan bahagiakannya..."bisik hati hadif sayu... Hadif bangun dan memanggil nurse,untuk meminta mereka memberitahu doktor yang isterinya sudah mula sedar,walaupun masih lemah....Hadif tersenyum...dia tahu...ada badai yang menanti,namun dia berharap allah memberikan dia dan keluarga kecilnya,ketabahan dan kesabaran.

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now