bab 24 Demi dia.

3.9K 218 20
                                    

Lia masih tersenyum,memandang wajahku tika aku menghulur tangan untuk memapah tubuhnya yang agak lemah,untuk turun dari katil,namun lia menolak,aku agak terkejut,bila lia menarik tubuhku dan memelukku dengan erat.wajahnya disembamkan kedadaku,deru nafas panasnya membuat jiwaku kian melara,tak mampu kutahan tubuhnya kurengkuh kedakapanku...sungguh aku takut...takut untuk melepasnya pergi andai takdir sudah tertulis.Terasa cepatnya masa berlalu,dan keadaan lia masih sebegitu.Bagaimana lagi harus aku buat,segalanya bukan kuasaku untuk menahan tiap ujian ini,andai tertulis inilah hukuman buatku...atas dosaku menyakiti insan yang aku cintai..aku harus redha....
Lia masih memeluk tubuhku,perlahan-lahan lia berbisik"Maaf tak mampu menjadi isteri yang baik,maaf tak mampu menghapus duka dihati abang...terimakasih menjadi tulang belakang,untuk lia terus berjuang,terima kasih juga kerana berkorban untuk lia,maaf jika lia tak sempurna"bisik lia perlahan,dan kulihat tubir matanya yang basah.Inilah pertama kali lia bersuara tentang perasaannya,yang setiap kali disembunyikan dengan tawa dan senyumannya.Dan aku cuma mampu tersenyum menarik kembali tubuh insan yang amat kucintai kedalam pelukan,moga dia tahu,betapa aku ikhlas melakukan apa saja demi dia,demi kasih dan sayangku padanya.

Kami bertolak hampir jam 11 pagi untuk pulang kekampong kelahiran isteriku,diutara semenanjung.Lia cukup ceria,bercerita tentang zaman kecilnya.Bagaimana dia membesar,Namun bila ku tanya tentang siapa ibu bapa kandungnya,lia cuma membisu....Dan aku tahu Lia cuba menutup rasa sedihnya dengan berdiam diri.Bila aku terdiam lia mengusap-usap lenganku..."Abang akan tahu nanti,sabarlah!" bisik lia perlahan,kulihat lia memejamkan matanya,mungkin menahan sebak didadanya.Zikri dan Fikri cuma berdiam diri,kedua puteri kami masih melayan cerita upin dan ipin yang dipasang zikri di telefonnya.

Lia mendiamkan diri,bila Hadif terus bersoal tentang masa silamnya.Hidupnya dimasa lalu terlalu getir.Jalan hidupnya tak seindah remaja lain,terlalu banyak dugaan ditempuh.Kehilangan ibunya membuat lia bersandar dibahu keluarga angkat yang sudi menjaganya.Siapa bapanya akan terhurai rahsia yang tersimpan berpuluh tahun.Seorang bapa meninggalkan anaknya dan isterinya demi wanita lain.Namun siapalah dia untuk menghukum lelaki yang telah melukakan perasaan nya,lelaki yang membuat ibunya menderita.Lia memejamkan mata mengenangkan wajah ibunya.Betapa luhur cinta ibunya sanggup memaafkan dan meminta lia juga berbuat demikian.kini lelaki itu kembali.Dan dia harus berhadapan dengan kenyataan bahawa,lelaki itu adalah bapanya,dan hakikat itu tak akan berubah biarpun berapa besar kesalahannya pada dirinya.

Lia merenung wajah Hadif.Perlahan tapak tangannya mengusap pipi Hadif yang agak cengkung."Abang tetap kacak,tetap lelaki yang terbaik dalam hidup lia,maaf kalau rahsia ini tersimpan terlalu lama.Ia terlalu menyakitkan abang,lukanya sampai kini masih berdarah...tapi demi ibu lia ikhlas maafkan dia,tapi untuk melupakan,terlalu sukar...amat sukar,kerana lia cuma wanita biasa abang,ada hati,ada perasaan.. Semua itu tak mudah"ujar lia perlahan,lemah sekali nada suara yang terbit dibibir lia...." Dan lia berharap lia mampu redha dengan tiap perbuatan nya,sebelum lia menutup mata buat selama-lamanya"bisik lia perlahan,membuat Hadif kembali sebak,mengengam erat stereng kereta yang dipandu nya,meredakan tekanan dan gelora dalam jiwa yang tak mampu ditahan nya....Tanpa sedar tubir mata Hadif bertakung air jernih...air mata seorang lelaki......"Ya Allah kuatkan aku demi dia,sesungguhnya aku benar-benar tak berdaya lagi"bisik hati Hadif merenung jalan yang makin kelam.....

Hai all reader....sis update story ni....tp tk panjang lah ye....happy reading....hope happy okay....

kerana janjinyaWhere stories live. Discover now