Sehari sebelum berangkat ke australia,aku ,ziyad,dan keluarga kami berdua bermalam dirumah bapak saudara ziyad kat sepang.sebelah malam paksu darus buat sedikit kenduri doa selamat.banyak juga jemputan.kawan-kawan ziyad juga hadir.minah gedik tu pun datang.sapa lagi kalau bukan najwa.berbulu mataku tengok dia macam ulat sampah.
Semasa dibawah khemah banyak kali juga dia cuba pegang ziyad.selepas melayan kawan-kawannya ziyad melarikan dirinya agak jauh dari najwa.
Aku yang tengah dok menyuap nasi kemulut terkejut bila ziyad duduk kat sebelah aku, bukan duduk saja siap package peluk lagi.dah kenapa orang tua ni, tak tertelan nasi aku,orang depan tengok aku semacam.bila ku pandang kedepan baru aku perasan,najwa dengan meliuk lintok berjalan kearah kami."sayanggg...abang penatlah dengan minah tu,dia dok raba abang sana sini, abang taku sat gi abang pulak boh penampag kat muka dia,tensionnn sayangg nak layan gedik minah tu".bisik ziyad sambil mulut memuncung kearah najwa.
Sapa kata aku tak cemburu, cemburu sangat, tapi aku tahu ziyad bukan jenis kaki perempuan.dari kecik aku kenal dia.dia pernah cakap kat aku dia jenis family man.kahwin sekali seumur hidup macam arwah bapak dia.arwah pak lang aku kacukan india campur cina tambah lagi melayu...badan besar macam ziyad dan zarul.kakak ziyad macam aku pendek dan chubby hahaha...
"Sayang suap abang boleh tak"?abang lapar tapi malas nak ambik nasi,"minta ziyad, punya lah besag dia nganga mulut..mau tak mau aku turut kan jerlah,walaupun segan dengan pandangan mata orang ramai disitu.
"Yad boleh tak teman naj makan"?najwa dengan muka tak malunya ,buat aku macam tunggul kayu,gedik sungguh.aku buat dengar tak dengar jer.nak tengok apa jawapan ziyad yang tengah bengang.ziyad mengengam erat tanganku "najwaa...hang buta ka, ni bini aku dok bagi aku makan, hang pi la makan sana...nu sana ada lufti..shuhhh...serabut betul aku"!!!tegas ziyad sambil menunjuk kebawah khemah ada lufti dan kawan-kawan lain. Hampir nak ketawa aku dengar ziyad halau najwa, macam halau ayam...hahaha. Dengan langkah macam orang kena tinggal bas, najwa menuju ke khemah yang menempatkan kawan-kawan ziyad yang lain.
Aku pandang muka ziyad yang tengah dok merenung ke khemah didepan."tengok awek, rindu ke abang,?usik aku.ziyad renung wajahku sebelah tangannya mengusap-usap pipiku,"banyak lagi dugaan dalam hidup kita sayang, jangan pernah tinggalkan abang yaa,abang cintakan sayang,sungguh ikhlas dari hati abang dulu kini dan selamanya,ucap ziyad dengan sayu.aku cuma tersenyum,"insyaallah abang..kita doakan ya",bisik ku pada ziyad, ziyad tersenyum ceria kemudian mengucup pipiku.aku mendengus marah,hiss dia ni gedik betul, tak reti nak malu langsung.
ANDA SEDANG MEMBACA
aduhaiii misiku sayang....
عاطفيّةperjalanan hidup seorang gadis yang bernama nuramalina, dikahwinkan dengan abang angkatnya atas amanah bapa angkatnya....dalam USIA 19 tahun.namun pada malam pertama mereka wafi melafazkan satu sumpah " aku syed Muhammad wafi bin syed Muhammad wazir...
