Sayup terdengar azan subuh,Mal merasakan tubuhnya sedikit segar selepas tidur semula,meskipun sekejap.Uwais pula masih lena dalam pelukan Ziyad,pandai pula uwais cari tubuh Ziyad,Mal pun tak sedar masa bila uwais bangun,selepas peristiwa didapur rumah emak mertuanya,dan selepas abang Zarul pulang memang Ziyad memaksanya tidur kembali,kerana tubuhnya masih lemah,cepat sahaja dia terlelap.Mal merenung tubuh Uwais yang melekap didada Ziyad,dah macam belangkas...melekat macam gam..Mal senyum sendiri...rindu pada suaminya terubat melihat ziyad,Mal tahu Ziyad keletihan....
Mal melangkah keluar dari bilik tidurnya,membiarkan Ziyad dan uwais tidur.sekejap lagi dia perlu membangunkan Ziyad untuk bersolat subuh,sebelum emak mertuanya menjerit memanggil ziyad,dan sebelum satu rumah bergegar mendengar leteran mertuanya di subuh hari....
Baru Mal melangkah keluar dari bilik air,emak mertuanya menahan Mal " mana yad Mal,dah subuh gajah,tak Mangkit lagi...haih budak ni..mmg nak kena baca Yassin baru bangun,dah jadi bapa budak pun liat bangun pagi...hmmm,Mal solat dulu,mak dah solat tadi,biag mak panggil anak bertuah mak yang satu ni" ujar mak mertuanya,Mal cuma tersenyum dan menganggukkan kepala,terus melangkah menuju ke bilik solat.
Mak lang aka mak Ziyad melangkah masuk ke bilik tidur anaknya.Melihat uwais lena dalam pelukan Ziyad,dia tersenyum sendirian, perlahan-lahan diangkat tubuh uwais ke katil kecil milik uwais dihujung bilik,ditepuk seketika sehingga uwais tidur kembali.Melihat uwais terlena,dia melangkah menghampiri Ziyad yang masih tidur," yad bangun subuh dah nak habih ni,bangun lekaih..." Tukas emak ziyad sambil menepuk-nepuk pipi keras Ziyad yang macam ketul batu.ziyad yang masih mamai menarik tubuh emaknya,dan memeluk erat,Dengan mata yang masih terpejam ziyad mengusap-usap belakang tubuh emaknya sambil berkata"Abang ngantuk sangat sayang,sayang bagitau kat mak abang dah bangun solat,bukan mak tau pun...nanti Time solat zohor abang qada la solat subuh,tolong abang eh,boleh sayang?"ujar Ziyad." Tapi sayang...abang rasa... sayang makin gemuk,abang peluk rasa macam lain macam je..bau sayang pun bau macam minyak angin yang mak selalu pakai,sayang share dengan mak ke?soal Ziyad sebelum matanya terbuka dan melihat siapa yang dipeluknya....maka terdengarlah jeritan suara garau serak-serak jantan mengegarkan seluruh rumah, termasuklah rumah sebelah...dipagi hening yang penuh sejarah.....Ziyad dimandikan dengan setimba air sejuk diatas katil....mal yang melihat Ziyad basah kuyup,ketawa tidak tertahan...begitu juga Zarul yang datang menghantar kuih yang dimasak isterinya untuk sarapan pagi...." Yad...ni kali keberapa hang kena mandi dengan mak kat atas katil,seingat aku,Time bujang dulu pun camni,ni dah dah ada bini pun kena mandi lagi.....memang aku salute hang yad maintain Tak berubah..."usik Zarul sambil ketawa dan terus melangkah keluar,tak nak tunggu lama-lama takut Ziyad naik angin....namun tawanya terhenti bila emaknya menegur" amboii hang Rul bab kutuk orang nombor satu...hang tadi pun sama,mak yang panggil sembahyang subuh,puas mak ketuk pintu,nasib baik kunci,kalau dakkk...hang dengan bini hang pun mak mandikan ataih tilam,seropa saja hangpa dua...brand sama,mai kot tu juga"bebel emak Ziyad sambil bercekak pinggang.. Zarul tersengih macam kerang busuk...sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal," Rul balik dulu mak,tu....kuih ada atas meja"ujar Zarul sambil memuncungkan bibirnya,kakinya pula... cepat-cepat melangkah keluar...."huhhh...kalau tunggu sat gi mak mesti buka kisah semalam...uihhh...maluuu...oooo...." Bisik hati Zarul....
Mak lang merenung bayang tubuh Zarul yang kian hilang, pandangannya beralih kearah Ziyad yang duduk di kerusi dimeja dapur..Ziyad cuma diam membisu,takut emaknya naik angin." Hang yad,loklaq sungguh no,tubuh mak dengan bini tak reti nak beza,sampai tera tu,suruh pulak bini menipu...kalau ikut rasa,mak suruh tok Mudim sunatkan hang sekali lagi,biag hilang ketegag..." Bebel emak Ziyad,sebelum melangkah masuk kebilik tidur Ziyad kerana ingin mengambil uwais yang menangis." Mal makan dulu dengan yad,biag mak ambik uwais,kejap lagi kita pi klinik cek demam uwais dengan hang sekali" sambung emak mertuanya, sebelum melangkah pergi..
Mak lang cuma mampu menggelengkan kepalanya... macam-macam perangai anak-anak nya,sudah berkeluarga tapi perangai tak pernah berubah...kaki sakat...macam arwah suaminya...rindu pada arwah suaminya tak pernah hilang biarpun hampir bertahun arwah pergi....dan dia tersenyum...gembira... melihat anak-anaknya bahagia.....
Belum edit tau....happy reading....sorry kalau typoo...good night semua.. sweet dreams.
ANDA SEDANG MEMBACA
aduhaiii misiku sayang....
Romansperjalanan hidup seorang gadis yang bernama nuramalina, dikahwinkan dengan abang angkatnya atas amanah bapa angkatnya....dalam USIA 19 tahun.namun pada malam pertama mereka wafi melafazkan satu sumpah " aku syed Muhammad wafi bin syed Muhammad wazir...
