bab 20(hilangkan diri)

8.4K 241 34
                                        

Hari ini mal sengaja menghantar mesej kepada ziyad supaya mengambil uwais dirumah pengasuh.Mal dah mengambil cuti selama 3 hari.Untuk menenangkan fikirannya yang berserabut.Mal bertolak kekampong keluarga angkatnya dipasir salak.sengaja dia berdiam diri.Dia ingin menghukum ziyad...mengajar ziyad menjadi seseorang yang jujur,biar apa keadaan sekalipun.Mal meninggalkan Uwais bersama ziyad,dia ingin ziyad merasai apa yang dia rasa,bukan berdendam tapi ia mahu ziyad belajar menguruskan uwais.Biarpun berat,namun hatinya masih lagi terasa dengan ziyad.sampai di pasir salak,umi halimah sudah lama menunggu dirumahnya.kebetulan musim buah-buahan,lagi riuh rumah emak angkatnya.Bapa angkatnya Haji mansur pulak menternak ikan air tawar.anak-anak mereka cuma dua orang,fahmi dan fatin.Fahmi belum berkahwin,manakala Fatin sudah berkahwin,sudah punya dua anak.Kebetulan cuti hujung minggu semua ahli keluarga berkumpul.
Terkejut Fahmi dengan kedatangan mal.Airmuka mal yang murung,membuat Fahmi tertanya-tanya.Fahmi yang bertugas dihospital ipoh pernah meminta mal untuk bertukar kesana,selepas dia bercerai dengan suami pertamanya.Tapi mal menolak,kerana bimbang tunang Fahmi akan salah faham.Sayangnya jodoh Fahmi dan tunangnya tak panjang,aishah memutuskan pertunangan mereka setelah bertemu semula kekasih lamanya.Dia memang menyukai mal,tapi ziyad lebih dulu bertindak.selepas mal berkahwin Fahmi terus bersendiri,dia percaya...andai ada jodoh pasti dia berkahwin.Dia akui,dia masih mengharap pada mal.
Mal tersenyum pada Fahmi,.."Abang Fahmi sihat,lama tak jumpa" tegur Mal mesra kemudian berbalas pandang dengan Fatin yang tersengih macam kerang busuk..."Malam ni tidur lena la orang tu,merindu sangat adik kesayangan dia,hari-hari tanya kat fatin,bila mal nk datang sini"usik fatin.Fahmi cuma tersengeh malu..kemudian merenung wajah mal.Mal tak berani merenung mata Fahmi.Dari dulu,mal kalah pada mata tajam Fahmi.

Malam kedua dirumah umi halimah,mereka dikejut dengan panggilan telefon dari pejabat ziyad.Mal menghubungi ziyad,namun ziyad enggan berbual.Abang zarul lah yang memberitahu satu berita yang mengejut Mal,ziyad ditangkap basah bersama Najwa,dihotel.Dalam keadaan masih berpakaian lengkap,cuma najwa memakai tshirt dan  bertuala.Mal terduduk dikerusi kayu,airmatanya mengalir lesu.Hampa dan kecewa,umi halimah memeluk erat tubuh Mal.Ujian buatnya kali ini amat berat.Dia tidak tahu apa yang patut ia buat.Abang zarul meminta Mal pulang,kerana ziyad dah seperti orang tak siuman,menangis dan merintih dibilik tidur.Enggan menemui sesiapa pun...Hanya mencari isterinya mal,setiap kali ziyad meraung nama mal tak lepas dari bibirnya..." pulanglah mal,kita selesaikan dengan baik,andai ziyad harus bernikah dengan najwa,abang akan pujuk dia lepaskan Mal,sebab mal berhak bahagia..ziyad bukan lelaki sempurna,mal tahukan...semua rahsia ziyad kita tahukan" pujuk zarul." Abang tahu ziyad di perangkap,tapi kita tak ada bukti,cuma ziyad yang tahu kisah sebenarnya,tapi ziyad tetap membisu,abang dah tak tahu lagi nak pujuk ziyad,tolong balik mal,abang merayu"ujar zarul.Mal cuma terdiam,esakan terbit dibibirnya,zarul yang mendengar didalam telefon terasa sayu...Mal isteri yang baik,cuma ziyad yang salah langkah...dia tak mampu memaksa Mal pulang,kerana semuanya silap ziyad,terlampau melayan Najwa,inilah padahnya.
Fahmi,umi halimah dan Haji mansur akan menemani Mal pulang kepulau pinang.Mal ingin perkara ini diselesaikan.Biarlah dia berkorban,memujuk ziyad.Dia tak tahu apa yang patut dia buat.Cuma selepas membuat solat istikharah,dia akan cuba membantu abang zarul.Bukan dia tidak cintakan ziyad,cintanya pada ziyad tak pernah padam..tapi bukan dia yang mampu mengubah takdir yang tertulis,dia redha diuji lagi...dia redha andai ziyad memilih untuk bersama najwa...dia akan lepaskan ziyad...biarpun berat....
Kata abang zarul,masalah ziyad adalah rahsia mereka.keluarga dikampong tak perlu tahu,demi menjaga air muka dan maruah ziyad juga.Mal pasrah...cuba mencari kekuatan disebalik ujian yang tak terduga ini....selepas segalanya selesai Mal bertekad untuk menghilangkan diri...mungkin dia akan menerima tawaran Fahmi untuk mengikutnya bertugas dihospital ipoh....semua hanya perancangan,masalah ini seperti semakin rumit...Mal menghela nafas berat, ...kemudian merenung jauh pemandangan jalanraya yang diterangi neon...kelam...sekelam jiwanya yang kian tandus dan gersang dengan sikap ziyad yang sambil lewa.inilah hukuman tuhan padanya kerana keluar rumah tanpa memberitahu ziyad....tapi macamana dengan uwais andai mereka berpisah...semuanya semakin kusut....

///////for all reader...maaf sis lewat updated story ni,bukan sengaja...tp sibuk sgt....sis akan cuba updated secepat mungkin...my lepas habis sis punya paper work...tak janji tapi sis cuba...thanks voted and support me...love you all...

aduhaiii misiku sayang....Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang