Ramadhan ini merupakan ramadhan terakhir, kami disini.tahun lepas kami memang tak dapat balik kampong. Lagi sepuluh hari ramadhan akan tiba. ziyad sibuk sangat.aku juga sibuk,kerana tak mahu aku rasa boring ziyad dan bosnya mendaftar aku belajar sambil bekerja disebuah kolej perubatan swasta.tak lama setahun sahaja..dari buang masa lebih baik aku belajar.
Biasa lah dalam perkahwinan mesti ada pasang dan surutnya.kami bahagia,tapi aku terasa sunyi.sering kali aku bersungut kenapa aku belum lagi mengandung.ziyad sering memujuk,soal anak tu rezeki allah, kalau dia nak bagi, dia bagi laa...kalau tak ada sabarlah...baru lagikan...pujuk ziyad setiap kali aku bersuara.
Hinggalah suatu hari seorang rakan ziyad, yang mengalami masalah macam kami mengesyorkan supaya kami cuba berjumpa dengan seorang pakar bahagian sakit puan dan kesuburan royal perth hospital.tak semestinya bermasalah baru berjumpa doktor,mungkin dia boleh cuba menolong kami untuk peka dan tahu cara untuk hubungan yang lebih sihat.
Puas juga ku pujuk ziyad,biasa lah lelaki kan ego.kerana rakan ziyad merupakan sahabat baik doktor huge james, dapatlah kami berjumpa dengan mudah.dia meminta contoh sperma ziyad dan juga aku.kalau boleh yang masih baru.dan aku pula akan diambil semasa dalam keadaan subur. Mujurlah aku baru lepas period.malu pun malu juga...tapi yang buat tugas ni nurse wanita,jadi kuranglah malu tu sikit.ziyad pulak bawa sperma dari rumah, dalam botol khas.
Keputusan akan diketahui dalam masa dua atau tiga hari.kebiasaan awal dari itu.mereka akan cal.
Ziyad pula banyak diam dari biasa.kelmarin ziyad dipanggil bos besarnya keunit mereka.tak tahu pasal apa.puas aku tunggu untuk tahu keputusan dari hospital.namun tetap sepi.hinggalah malam itu ziyad balik dalam keadaan yang agak pelik.serabai dan nampak amat murung.kerana tak mahu mengangu aku berlalu kebilik.kebiasaan,ziyad akan mandi dan solat.puas menunggu aku keluar dari bilik, kulihat ziyad menanggis teresak-esak,entah mengapa aku sendiri tak pasti.
Ku hampiri tubuh ziyad disofa,"abanggg..abang kenapa? tanyaku pada ziyad.ziyad menarik ku kepelukkan.erat sangat.mengucup berkali ubun-ubunku."jangan tinggalkan abang sayang"bisik ziyad.kemudian ziyad menghulurkan slip keputusan ujian kesuburan kami kromosom sperma ziyad mengalami masalah genetik.dalam 100% cuma 20% yang subur.namun belum tahap mandul atau tak aktif. Bagi pihak aku subur tak ada masalah.ziyad perlu mengambil suntikan hormon untuk subur.patutlah ziyad tak bawa aku bersama,dan keputusan tu dah dikeluarkan sehari selepas itu.ku tarik nafas panjang,merenung wajah milik ziyad.betapa aku cintakan ziyad,lelaki yang setia menungguku selama ini.ku usap wajah sayu itu.."abangg..bukan salah abang,itu ujian allah pada kita,andai mal ditempat abang,mal juga kecewa, mal faham..mal nak abang redha,kita usaha yaa..jangan putus asa,mal tetap bersama abang selamanya" pujukku lembut." biarlah ini jadi rahsia kita berdua abang..apapun berlaku mal cinta abang,nanti kita usaha ya,doa pada allah moga ada rezeki kita okay" pujukku .aku tersenyum dan mengucup lembut pipi ziyad.ziyad tersenyum dan menganguk."jom mal teman abang mandi,nanti mal bagi special service," ajakku sambil tersengeh nakal.ziyad bangun dan mencempung tubuhku.walaupun nampak muram namun dia cuba ceria,aku tahu,lelaki mana boleh terima keadaan macamni.lelaki dan ego sukar dipisahkan.harapanku moga ziyad tabah.
Makan malam tadi ziyad cuma minum susu dan dua keping roti.selepas solat,aku dan ziyad berbual,lebih pada memujuk ziyad.entah pukul berapa baru aku boleh tidur,mata ni terasa susah nak tidur..ziyad tidur sambil memelukku.kalau dikampong mungkin mertuaku lebih tahu,apa perlu dibuat.baru aku ingat,bapa saudara ziyad pun ada masalah macam ziyad,tapi mereka berubat cara kampong.hampir limatahun baru dapat anak,itupun puas mereka berubat.sekarang anak mereka dah tiga orang. Mungkin esok aku perlu cal mertua aku.dengan mak ziyad aku tak perlu sorok,dia lebih peka tentang anak-anaknya.ku cuba cari maklumat pemakanan tradisi orang dulu-dulu.Dulu aku belajar juga sikit dari mak.tapi banyak dah lupa.
Ziyad mengeratkan pelukkan"sayangg..tidur dah lewat, jangan bimbang, abang ok,..." bisik ziyad.menarik ku dalam pelukkannya dengan lebih erat,ziyad menarik tablet ditanganku dan diletakkan dimeja sudut.dikucup lembut bibirku." sleep please, abang tak nak sayang risau okay" bisik ziyad dan mengusap lembut punggungku...hembusan nafas panas ziyad dicelahan leherku bagai mendodoi ku untuk terus terlelap perlahan,dibawa mimpi indah...moga esok lebih indah..." sweet dream my sweet chubby i love you" bisik ziyad lembut dan mengucup lembut dahi isterinya,sambil mengeratkan pelukan...dan hanyut dalam mimpi yang indah,berdoa moga semuanya baik-baik saja.....
YOU ARE READING
aduhaiii misiku sayang....
Roman d'amourperjalanan hidup seorang gadis yang bernama nuramalina, dikahwinkan dengan abang angkatnya atas amanah bapa angkatnya....dalam USIA 19 tahun.namun pada malam pertama mereka wafi melafazkan satu sumpah " aku syed Muhammad wafi bin syed Muhammad wazir...