Hari ini sudah tiga hari Ziyad berkampung dirumah emaknya.Dan amat membahagiakan bila Mal disahkan mengandung tiga minggu,tersenyum lebar Ziyad bila diberitahu doktor Sharifah.Namun rasa gembiranya bersalut duka,bila emaknya mula membuka syarat-syarat untuk dia dan Mal, disebabkan kandungan Mal agak lemah.Isterinya menyambung cuti lagi.Dan doktor juga melarang mereka bersama untuk sementara kerana keadaan kandungan Mal yang agak kurang stabil.Semua itu membuatkan Ziyad semakin resah.
"Emakkkk...boleh dak yad tidog dengan bini yad malam ni,yad tk buat apa aih,yad janji...betui"ujar Ziyad sambil menunjukkan dua jarinya dan tersengih."Hmmmm...Mak nak cakap lagu mana bagi hang paham yad Oii,mak tak bagi hang tidog dengan bini hang,pasai mak tau hang tu lagu mana,muhong kalau hang tak buat apa,mak tau perangai hang dengan pak hang seropa,mak pun besa muda yad Oii...Sabag sat la yad,bagi perut bini hang cukup sebulan,bagi kuat sikit,punya la kemaruk..mak kerat burung hang baru hang tau,biag hilang gatai hang tu"!!sergah mak lang dengan muka serius habih.Melopong mulut Ziyad sambil matanya merenung isterinya disebelah kakak iparnya.Mal hanya tersenyum,sambil mengangkat keningnya sebelah.."sukalah tu,sayang boleh lena,abang yang merana..."bisik bibir Ziyad perlahan." Hang kata apa yad,mak tak dengag,cakap deraih sikit,nak protes,ka apa ka,jangan sat gi malam hang lompat masuk bilik ikut tingkap,hang buat lagu tu,malam ni juga aku panggil Mudim suruh sunat hang sekali lagi,biag burung hang rehat lama sikit,...tak dak anak dok lorat suruh berubat,dah nak buleh anak...tak reti-reti nak posa sat,haih gatai sungguh,rasa aku dulu pak hang tak dak tera hang,turun mai mana tak tau lah.." bebel emak Ziyad dengan panjang lebar.
" Bukan camtu mak Oii,yad cuma tak mau tidog sorang,sunyi mak..dah lah bilik hujung,kalau ada orang teman tak pa lah,yad bukan nak buat apa"jawab ziyad,cuba membela dirinya.
"Hang sunyi no Ziyad...dah tua berbulu ataih bawah takkan sunyi kot,hang belayar sampai luag negeri dok bilik sorang-sorang jugak,tak sunyi pun...ni balik mai rumah mak hang kata sunyi..tu nama dia bukan sunyi .....tapi mengada-ngada,tak pa laa,malam ni hang dengan Zarul tidog sebilik,mak dengan Mal dan kak ipag hang dok sebilik,hampa tidog dua,sembang sampai subuh,mak tak kacau,sejuk hang peluk abang Zarul hang,tak pa aih,mak bagi cann"ujar emak ziyad...membuat Zarul sendiri mula bersuara" mana buleh mak,bini cek sihat mana boleh tidog asing,pasai pa cek kena sekali"protes Zarul mula membebel...mak lang mula menjengilkan matanya,kearah Zarul, membuatkan Zarul mengalah,"Ya lah Rul ikut,tak payah buat mata lagu tu,Rul dah rasa macam mak nak telan Rul masuk dalam perut,haih..mak punya pasai, Rul redha biarpun merana...jiwa dan raga" ujar Zarul dalam nada sedih membuatkan Ziyad ketawa gelihati.." Hang gelak yad,tidog malam ni kalau hang mai dok peluk aku,aku lastik telog hang sampai mandul,hang tengok lah...aku tak mau jadi kunyit"ugut Zarul,sambil bercekak pinggang.Mak lang yang mendengar celoteh Zarul cuma mampu menggelengkan kepala...apa boleh buat, dua-dua anak lelakinya kepala masuk air,namun keduanya amat menghormatinya dan mengikut apa sahaja kata-katanya meskipun kadangkala keadaan begitu sukar.All readers...Harini kepala author pun masuk air...so terjadilah bab merepek ni...sorry kalau ade typoo....happy reading....

YOU ARE READING
aduhaiii misiku sayang....
Romanceperjalanan hidup seorang gadis yang bernama nuramalina, dikahwinkan dengan abang angkatnya atas amanah bapa angkatnya....dalam USIA 19 tahun.namun pada malam pertama mereka wafi melafazkan satu sumpah " aku syed Muhammad wafi bin syed Muhammad wazir...