bab 28 alahaiii ziyad yang sengal.

7K 217 61
                                    

Seminggu Ziyad tak nampak muka isterinya,Ziyad dah macam kucing nak beranak.Berpusing-pusing kat atas dok kapal.Tersenyum-senyum pegawai dan anak buah.Nak kata baru kahwin...hmm dah bertahun, tergeleng-geleng kepala tuan Jamal bila melihat Ziyad mundar-mandir di atas kapal.ziyad siapa tak tahu, perangainya yang tak pernah tahu segan atau malu tapi kalau datang angin kus-kus, memang semua tak berani nak angkat muka,garang dan tegasnya semacam jaa.
Tersenyum lebar Ziyad bila operasi berakhir hari ini.Mata dah terbayang-bayang wajah isteri dan anaknya uwais,banyak terbayang wajah isterinya lah... gatalnya kau Ziyad..kemaruk...baru seminggu kot...haih.
Terasa jarum jam bagai lambat bergerak, beberapa kali Ziyad merenung keluar, melihat ramai orang merenungnya..termasuk tuan Jamal, tersengih pegawai bawahan yang lain,bila jam di dinding bilik rehat ruang depan menunjukkan tepat 5 petang.Perlahan Ziyad bangun menuju keluar dari kapal,namun belum sampai dibawah namanya dipanggil,"yad...abang harap kamu jangan lupa,esok ada tahlil kat rumah abang,bawa isteri kamu,jangan sampai tak keluar bilik pulak,kesian bini kamu yad"!!seloroh tuan Jamal namun Ziyad cuma tersenyum,tak tau nak jawab apa,cuma mengangguk kepala,dan turun menuju ke kereta yang diletakkan di tepi padang berdekatan dengan jeti.semenjak bertugas diLumut, keadaan mereka lebih tenang, berbanding semasa dipulau Pinang.
Tersenyum Ziyad melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.Bunyi suara dari televisyen membuat Ziyad laju melangkah mencari insan-insan kesayangannya.langkahnya terhenti bila melihat dua tubuh tidur berpelukan diatas Toto milik uwais.Dengan baju yang belum berganti,masih memakai uniform misinya.. uwais pula hanya berseluar tanpa berbaju memeluk erat tubuh Mal.Ziyad mendekati keduanya,lantas berbaring disebelah Mal, memeluk erat tubuh isterinya melepaskan rindu...dendam,selepas beberapa hari tidak menghidu haruman wangian yang dipakai Mal...tanpa sedar Ziyad terlelap dengan isteri dan anaknya dalam pelukan.
Mal membuka mata perlahan,tubuhnya sengal-sengal,Harini pula dia hari ketiga dia datang bulan,letih dengan uwais yang meragam.Terasa tubuhnya dipeluk erat, erat pelukan dibelakangnya membuat Mal berpaling,Direnung wajah Ziyad yang nyenyak lena,mungkin letih.Baru hari ini Ziyad balik,selepas beberapa hari belayar.Mal mengusap perlahan pipi ziyad,"Abang...bangun dah maghrib,pergi solat dah lewat"bisik Mal perlahan ke telinga Ziyad.
Ziyad tersenyum,bukannya bangun tapi makin mengetatkan pelukan,hingga Mal menolak tubuhnya,.. meronta-ronta Mal mahu melepaskan diri,"Sayang mandi dengan abang,Pastu solat berjemaah dengan abang,"bisik Ziyad perlahan sambil menggigit cuping telinga Mal..."Sayang cuti lah abang Harini,hari ketiga,sorry yaa abg,kena puasa lagi empat hari..sabar yaa"!!!bisik Mal membuat Ziyad membuka mata seluasnya.Ziyad bangun berdiri,dengan muka merajuk,berjalan tanpa menoleh kebelakang."merajuk lah tu,"bisik Mal perlahan."Abang sayang...nak merajuk,merajuk lah abang,bukan salah sayang,tu semua kerja tuhan,abang merajuk pun benda tu takkan stop punya,jadi bersabarlah yaa.."!!!laung Mal sedikit kuat dengan sengaja, supaya suaminya mendengar,dah tu masuk bilik air, pasang air kuat-kuat... lepas geram lah tu.Tergeleng-geleng kepala Mal nak ketawa pun ada,namun ditahan takut uwais terjaga,dah lah dia belum mandi.Hari ini uwais kurang sihat,meragam Mal pun tak tahu kenapa.
Ziyad melangkah masuk ke bilik,selepas menidurkan uwais, ziyad menghampiri Mal yang berbaring di katil mereka."Sayang esok tuan Jamal jemput kenduri tahlil kat rumahnya,sayang cuti,nak pergi tahlil apa cam ni,"ujar Ziyad perlahan.Mal bangun dan duduk menghadap Ziyad tersenyum.. menggamit Ziyad supaya menghampiri nya,sambil menepuk pahanya meminta Ziyad merebahkan kepalanya disitu.ziyad merebahkan tubuh dengan kepala diribaan Mal"kita pergi,tak apa sayang tolong diaorang dekat dapur,tu pun tak apa,asal kita pergi,lagipun puan Zaleha panggil sayang tadi, takkan sayang tak pergi"bisik Mal lembut sambil mengusap-usap kepala Ziyad.
Ziyad memeluk erat pinggang isterinya"Sayangggg...abang rindu,lama lagi ke sayang cuti ni,paip abang semua dah berkarat,nak kena servis ni"bisik Ziyad sambil tersengih, membuat Mal menampar perlahan bahu Ziyad..
"Abang ni sengal...malas nak layan abang"!!! ujar Mal kemudian bangun masuk ke bilik air."Aikkks aku curahkan isihati,bini aku kata sengal...hisshhh"bisik Ziyad perlahan."Tak der maknanya abang,lagi empat hari baru boleh servis paip karat abangtu,sekarang ni puasa dulu ya abang,tak payah dok curah isihati benda tu takkan stop,so sabar ya...tidurlah,sayang tukar pad dulu"laung Mal dari dalam bilik air... membuat Ziyad tergamam.."errkk,dia dengar ke.."bisik hati Ziyad....
Mal keluar dari bilik air, melihat Ziyad terlena sambil memeluk bantal golek.tersenyum Mal,kesian pada ziyad,tapi apa boleh buat,dah benda tak boleh takkan nak redah.Ziyad bukan jenis suka main ringan-ringan,takut terlajak dan hilang kontrol.Biarlah Ziyad bersabar,lagipun uwais tak berapa sihat.Mal sendiri keletihan,kurang tidur melayan kerenah uwais,moga Ziyad faham keadaan nya.Mal merebahkan tubuh disisi Ziyad, memeluk tubuh kekar suaminya tanpa sedar entah bila dia terlelap,hanyut dibuai mimpi...

P/s😎😎 Sis cuba update,tk tau ok ke tak...tak sempat edit,sambil melepak kat Rawang ni... cuba cari idea...hope happy....happy reading all readers...

aduhaiii misiku sayang....Where stories live. Discover now