bab 26 zumba dan ziyad

8.4K 238 27
                                    

Ziyad menghitung detik,lambat sungguh jarum jam bergerak...haih.Hari ini hari ziyad mengotakan janji untuk berzumba dengan isteri kesayangannya.Dah seminggu zumba mereka tertangguh kerana uwais demam,Meneguk bergelen-gelen air liur ziyad melihat lengang dan lenggok isteri tercinta,dengan baju tak cukup kain dengan dada yang berisi...seksi meksi sungguh hingga Ziyad naik seksa.Terasa macam nak hantuk kepala kat dinding bila mata tak boleh nak tidur,Uwais pulak merengek-rengek hingga kepagi,nak mal memeluknya...haih bertabah lah ziyad kejap lagi boleh boleh lepas rindu sambil berzumba.Ziyad tersenyum sendiri,sungguh berat dadanya menangung rindu,rasa macam malam ni nak ulik mayang diulik aja dia dan mal...kalau boleh tak nak keluar bilik,mujurlah kelmarin abang zarul datang ambil Uwais,kerana emak ziyad dikampong dah merindui uwais.Rasa macam nak menari tarian dangdut... ziyad tersengih-sengih bila zarul bagitau dia nak ambil uwais...haih ziyad,betul-betul sengal dan kemaruk,bertabahlah mal,nasib kau la,dapat laki tak cukup sagi,kata orang utara.
Tepat 5.30 petang ziyad memecut keretanya,terus pulang kerumah.Ziyad membuka pintu bilik,mencari isteri kesayangan setelah salam tak bersambut.Puas meneroka serata ruang dalam rumah namun bayang isteri tak  kelihatan.Macamana nak berzumba kalau pasangan tak ada,ziyad mengeluh perlahan...hati berbisik "Mana bini aku ni,selalunya dia dah ada dirumah"bisik hati ziyad,bimbang merajai hati. Tanpa sedar ziyad terlelap di katil selepas solat isyak,dengan perut yang masih kosong,setelah puas mesej dan panggilannya tidak dijawab....hanya awek mat saleh yang tolong jawabkan...adehhh...
Ziyad membuka mata perlahan,bila hidungnya mencucuk bau wangian masakan kegemarannya,bau sambal tumis,pekat melekat membuatkan perut yang kelaparan pun menyanyi sambil berzumba,..sungguh dia lapar,direnung jam didinding hampir 11 malam.Ziyad bergerak perlahan kedapur,dia tersenyum,hilang segala gundahnya melihat sweet chubbynya tengah memasak,dengan bersinglet dan berseluar pendek paras paha."uhhh seksi bini abang ni"jerit hati ziyad.Ziyad tahankan rasa yang bergelora...maklum lah lama puasa, walau apapun mesti makan dulu,nak berzumba pakai tenaga yang banyak,tambahan pula mereka akan berjaga sampai pagi..
Ziyad memeluk erat tubuh mal"Sayang pegi mana,puas abang cal tadi,risau abang,malam ni abang denda sayang lebih tau,sebab bagi abang risau,sayang jangan mengelat eh"!Bisik ziyad sambil mengucup bahu Mal yang terdedah.Mal memusingkan tubuh,sambil tersenyum,mengucup pipi ziyad,"Maaf abang tadi singgah tesco beli barang dapur,telefon pulak habis bateri,lupa cas,harini busy sikit ada patient ramai,sayang pulak terpaksa bertugas seorang,kak Aina cuti mengejut."terang Mal kemudian mengusap-usap pipi ziyad.Ziyad tersenyum kemudian mendekatkan wajah,"Matikan api dapur dulu sayang,abang nak denda sayang sekarang" bisik ziyad dengan wajah yang selamba,mengendong tubuh mal masuk kebilik tidur mereka. "Eh...tadi abang kata lapar nak makan,lepas tu baru berzumba"ujar mal cuba untuk mengelak dari dibawa kebilik.Namun ziyad cuma tersenggih,Ziyad merebah tubuh Mal dikatil dan berbisik penuh perasaan "Tadi memang abang lapar,tapi bila tengok mal,terus kenyang,rasa nak berzumba dulu,dah jangan elak lagi,abang dah tak mampu nak bertahan dah ni,benteng iman abang pun dah pecah,please sayang..."tukas ziyad dan terus membawa mal kepelukkannya...sambil berbisik doa dan berharap moga ada rezeki untuk mereka dari hubungan halal,yang penuh rasa cinta lahir dari hati yang ikhlas.
Dan apabila ziyad mula beraksi,Mal tahu zumba bagaimana dimaksudkan ziyad.Dan malam ini  ziyad akan membalas rindu dendamnya pada Mal yang tertangguh berminggu dulu.Yang pasti esok pagi ziyad dan Mal pasti akan terlewat solat subuh....Dan ziyad berikrar malam ini zumba nya akan membuat Mal tak mampu berjalan betul esok pagi.Mal cuma mampu pasrah,kerana dia tahu,Ziyad memang berhak...dan dia adalah milik ziyad....selagi allah mengizinkan,dan Mal berharap mereka kekal hingga kesyurga.

..hahaha...sengal kau ziyad.Bertabahlah lah Mal pahala tu,banyak bunuh setan....:-) :-) :-) cia..cia...

aduhaiii misiku sayang....Where stories live. Discover now