[MMP] BAB 1

4.2K 181 33
                                    

{ MENCINTAIMU MR

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO}

Saat askara indah tidak diendah
Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata
Agar engkau
Tidak berganjak ke mana-mana.

BY : MAMIEY_JUNE

__PERMULAAN__

DI UFUK kaki langit, kelihatan pemandangan indah berwarna jingga menandakan akan berakhirnya siang dan memunculkan bulan mengelapkan alam semesta.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menjadi destinasi pelancongan berpusu-pusu datang dan pulang.

Terlihat sosok gadis berambut panjang mengenakan seluar jeans hitam dan berbaju berlengan paras siku berwarna biru terang juga sweater digantungkan pada tulang lengan sebelah kanan.

"Cik Hannah!!!" Jerit seorang wanita mencuri tumpuan Hannah serta merta. Gadis imut berambut paras dada diperhatikan masam mencuka.

"Nia! Apasal lambat...." Kerut didahi kelihatan dek rasa marahnya terbuku didada. Sudah sejam dia menunggu hingga perit rasa pada batang pinggang

"Sorrylah Cik.. traffic jem tadi..."

"Erm.. suka tau buat saya tertunggu-tunggu. Papa dan mama mana?" Hannah mengelilingkan anak mata mencari kemunculan kedua orang tuanya yang masih juga belum tiba.

"Dorang baru gerak dari rumah, sat lagi sampai lah tu, cik jangan risau nah.."

"Alasan.. papa sibuk dengan bini baru dia kan? Kalau dia ikut sekali. Memang nak hentam muka dia cukup-cukup. Biar lumat macam bubur" Bebel Hannah menampakkan giginya yang diketap kuat.

"Alah Cik ni, Puan Maya mana berani nak jumpa Cik, jomlah kita gerak cik.. nak tunggu apalagi?"

Nia Irdina menarik bagasi anak tuannya dan ingin meneruskan langkah meninggalkan kawasan Airport dengan segera.

"Eh! Jap-jap-jap, perut saya dah bunyi dah sebab tunggu awak lama sangat. Jom lepak Kafe sekejap. Saya belanja" Hannah menampakkan senyuman manis dibibirnya dan meraih tangan Nia untuk menuju ke kafe tidak jauh dari keberadaan mereka.

Kaki mengorak langkah dan kini melabuhkan punggungnya dibangku berhadapan Kafe The coffee and the Leaf.

"Cik Hannah, tengok dekat sana.. Pilot kacak gila.." Desis suara Nia berbisik melirik ke arah beberapa orang jejaka.

Hannah memalingkan wajah dan kembali tertumpuh pada sahabatnya. "Kacak? Erm.. mana-manalah" Balas Hannah kini mengeluarkan telefon bimbit Oppo miliknya.

"Cik adik.. abang nak minta nombor telefon boleh tak?" Soal seseorang jejaka berdiri tepat disisi Hannah.

"Hah??" Hannah melebarkan telinganya. Tangan diletakkan pada daun telinga dan merapatkan sedikit agar jelas masuk ke dalam gegendang telinga.

"Abang nak-"

"Aghh?!! Aapa!! Duit???"

"Bukan nak..-"

"Apaaaa!!! Tak dengarlah! Cakap kuat sikittt saya ni pekak .. lupa nak bawa alat pendengaran saya!!!" Lantang suara Hannah hingga membingit ditelinga jejaka.

Nia mencekup mulutnya dari menyemburkan gelak ketawa. Wajah lelaki sudah panik bila melihat Hannah makin mendekatkan telinganya.

"Ergh..takpe lah"

"Apa?!! Cola? Minta dekat sana. Saya takde jual cola"Balas slambar dari Hannah. Jejaka tidak dikenali itu terus beredar meninggalkan Hannah dan Nia.

"Cik ni lawak sangatlah.. pasai apa tak nak dekat dia.."

"Eh!! Malas nak layan jantan..semua sama.. penipu wanita!" Bidas Hannah memuncungkan bibirnya dengan tatapan tajam bila membahaskan jejaka.

"Sampai bila Cik nak lagu ni, cik tu cantik, menggoda..tapi dah besar.. boleh kahwin dah-"

"Apa kata awak dulu kahwin, lepas tu baru ceramah saya. Erm saya nak ke toilet dulu. Naik ikut tak?" Hannah bangkitkan diri dan mencapai telefon bimbit. Beredar seketika meninggalkan Nia.

*****

"AMBOII...Kapten El, dari tadi kau usha minah tu? Kau suka erkkk...."

Hazriel Mikael menghentikan lamunannya sebaik sahaja sapaan Jefri menyentap angan-angan indah bila menyaksikan figura yang mampu mencuri tumpuannya.

"Tak ade lah" Hazriel menafikan perasaan walhal hatinya sudah terkunci pada satu figura yang kini beredar ke bilik air wanita.

"Jarang Kapten kita syok dengan perempuan, kadang aku ingat dia ni gay bro.. serius aku cakap"

"Ayat kau Kamal, ayat nak makan kaki aku kan" El menepuk kuat bahu sahabatnya sebagai habuan dengan semburan pedas menyentap jiwa.

"Aku nak tanya koranglah. Korang percaya tak dengan namanya cinta pandang pertama" soal El kini tertumpu kembali pada sosok figura tersenyum indah menuju ke arah sahabatnya yang sedang bersendirian disudut sana.

"Okey.. soalan kita dah terjawab.. Mr.Pilot Kapten El jatuh cinta..."

*****

HANNAH kembali melabuhkan punggungnya kini meraih kopi yang sudah terhidang diatas meja. Lalu ditiup perlahan dan menghirup menghilangkan rasa dahaga juga kepenatan memberatkan tubuhnya.

"Nia. Cuba call papa Hannah, malam ni jadi tak makan malam dekat rumah sahabat dia, kalau boleh saya tak nak join lah.. saya nak gerak ke Shop terus... Rindu pula dengan flower dekat sana"

Hannah tersenyum menatap wajahnya kini tumpuan beralih ke arah sana. Seorang jejaka menghalakan telefon bimbitnya ke arah Hannah. Snap!!!

"Ih!!! " Hannah mengetap rahang kerana geram dan bangkit dari tempat duduk. Mata difokuskan ke arah sana, berani betul dia curi-curi gambar. Taguna!

"Eh cik nak pergi mana?!"

Soalan Nia dibiarkan dengan tanda tanya drastik melihat Cik Hannah sudah berdiri dihadapan jejaka pilot dengan muka merah kerana marah.

"Awak tangkap gambar saya tadi erk? Bak sini telefon awak tu?!!"

MENCINTAIMU MR.PSYCHOWhere stories live. Discover now