Mencintaimu Mr.Psycho
" Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA
"Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL
Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
{ MENCINTAI MU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata Agar engkau Tidak berganjak ke mana-mana.
BY : MAMIEY_JUNE
BINTANG malam masih berkerlipan diatas sana, kereta Lykan Hypersport Hazriel tersadai tepat dihadapan halaman rumah milik keluarga Hannah.
Hazriel menatap wajah figura yang tertidur lena mengapai langit mimpinya. Wajah putih mulus ditatap tak berkutikkan anak mata. Senyuman terlahir dari bibir jejaka yang sedang dilamun cinta.
"Haiii comelnya muka, kalau buat bini.. kenduri besar-besaran ni" Desis Hazriel tertumpu pada wajah milik Hannah.
"Ergmmm" Hannah membuka perlahan kelopak matanya lalu jari jemari menggosok menghilangkan rasa mamainya.
"Dah sampai ke?"
"Dah.. lama dah sampai, nak kejutkan tapi tak sampai hati pula" Hannah membalas ungkapan Hazriel dengan jelingan mata.
"Tak sampai hati konon. Habis ugut-ugut orang tu sampai pula"
"Mana ada ugut.. itu arahan.." Anak mata Hazriel menangkap gerak geri Hannah membukakan pintu kereta dan pergi tanpa meminta pamit kepadanya.
"Hannah.. see you tomorrow"
"InShaAllah kalau masih bernafas" Drastik Hannah melangkah kehadapan pagar gerbang rumah menunggu pengawal membukakan pagar untuknya
"Hannah.. i love you..."
"El! I hate you..." Hannah memalingkan wajahnya ke arah jejaka.
"Yes.. i know.. i love you too..."
"Ish!! Gila..!!" Hannah membuang muka terus masuk ke dalam halaman rumah. Malas betul melayan karenah seorang jejaka diluar sana.
"Eh awak! Tak nak balik ke. Kang papa mama saya balik macamana?" Laung Hannah dari hadapan pintu rumah.
"Boleh tak kalau aku nak stay sini. Hati aku tinggal dekat kaulah. Tak sampai hati pula nak tinggalkan"
"Jangan nak mengada-gada. Pergi sekaranggg" Hazriel tergelak melihat wajah Hannah yang sudah merah menahan marah. Drastik menekan gear dan terus meninggalkan Hannah.