Mencintaimu Mr.Psycho
" Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA
"Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL
Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah terciptalah sangkar dihiasi intan permata agar engkau tidak berganjak ke mana-mana
BY : MAMIEY_JUNE
PANG!!!!
BUNYI Petir halir lintang sambar menyambar bagaikan ingin membelah bumi menjadi dua, meruntuhkan gunung yang tinggi di atas sana.
Diekori kehadiran butir-butir jernih turun dari langit menyentuh kaki bumi, membawa kedinginan memeluk diri dan tiupan angin membadai menghapuskan daun-daun kering dibawa pergi.
Tak sengaja akan kekhilafan Hannah, dia tidak menyedari bahawa sosok lelaki yang paling dibencinya menjadi tempat dakapan dalam kegerunan. Tubuh mengeletar ketakutan dan kaget dengan dentuman.
Hanya masa,detik, saat dan minit menjadi saksi kebisuan dan menjadi saksi mata akan momento yang tidak dapat dilupakan. Mata bertentang mata juga mengikuti detakkan jantung yang sama,sungguh kencang.
Kini gerimis menjadi deras dan diiringi angin malam, tengelam dalam suara teriakan hujan memukul jalan. Tersentap mereka berdua dari alam hayal dan menyedari bahawasanya pakaian sudah dipeluki air hujan.
Laju mengorak langkah menuju ke arah kereta, seakan gegebah menyeluk saku seluar dan baju namun objek itu entah di mana.
"Kenapa ? Cepatlah" Arah figura Hannah memandang marah ke arah jejaka seakan segaja menyebabkan mereka terkandas dalam derasnya hujan.
"Kunci ? Kunci tak de, tadi aku keluar aku tinggalkan dalam kereta, kau ada ambil tak?"
Alis Hannah bertaut hampir menjadi satu, berang sungguh dirinya akan mendengar pengakuan jejaka. Seharusnya dia lebih peka akan benda penting yang tidak harus dia lupa.
"Mana ada ! Saya ingat awak yang pegang." Tutur Hannah mula beremosi. Nada naik sedikit diikuti kerutan alis didahi.
"Kau kan yang keluar paling last sekali"
"Yes, memang saya yang keluar paling lambat tapi kan awak yang bawa kereta. Kenapa saya pula yang kena? Awak ini kemudi kapal terbang, pilot. Tak sangka awak pun boleh cuai dengan benda remeh temeh macam ini?"
Terlebih dahulu akal membuka perspektif negatif akan diri bakal tuannya. Rasa helah mengerbang didada.
"Alamak, i'm so sorry sayang, bukan aku nak tuduh kau atau apa.. jangan marah ok-"
"Saya tak nak dengarlah pujuk rayu awak, yang saya nak, masuk dalam kereta dan teruskan perjalanan kita pergi ke rumah nenda" Hannah angkat suara dengan ukiran wajah masam mencuka.
"Tapi macamana, kunci dah takde dah.. kita cari tempat berlindung dulu" Jari jemari halus milik Hannah disentuh dan ditarik lembut. Hannah akur namun kesal itu masih membuak-buak kepada jejaka.
Mereka mencari tempat teduh dari hujan yang membasahi tanah. Mereka duduk di atas akar pohon yang besar barangkali sudah beratus tahun usianya. Marcapada kini mereka saling membisukan diri dari berbicara, khuathir ada lagi kata-kata kurang enak bakal meluncur dari mulut milik Hannah.
Hannah menyilangkan tangan memeluk dirinya, kedinginan sudah menyengat masuk ke dalam rongga kulit dan terasa di urat sarafnya. Dia mengeletar dan bibir sudah kebiruaan. Apalagi badai angin datang bertandang , dia menahan sedaya upaya untuk bertahan.
El terpaku seketika,jaket kulit berwarna hitam dilepaskan dri tubuhnya lalu diletakkan pada kepala dan menutupi ruang-ruang terdedah dari hujan dan angin menyejukkan tubuh gadis yang amat dicintainya.
"Awak tak kisah ke? Nanti awak kesejukan macamana?" Suara hambar dan rasa bersalah.
"Takpe, aku tak kisah tentang diri aku, yang aku kisah cuma tentang diri kau , Hannah."
Senyum nipis di bibir Hazriel dan kemudian mengheret pandangan ke arah depan sana. Dia pula memeluk diri dan membiarkan kedinginan itu bersarang pada diri.
Hannah membuka sedikit ruang buat Hazriel berlindung pada jaket kulit itu bersama-sama. Mereka saling berdekatan dan kulit sudah bersentuhan. Hannah menyadarkan kepalanya pada bahu milik jejaka.
Berdoa dan terus meminta agar hujan mengakhirkan tugasnya.
PIN!! PIN!!!
Seberapa minit kelibat cahaya sebuah kereta menerpah ke arah mereka berdua. Mata sedikit disepetkan dan tangan menghalang sinaran terang.
"Pak man!!" Jerit Hannah bingkas berdiri dari perlabuhan.
***
SLUPPP
KOPI hangat berasap halus diteguk menghapuskan rasa dingin yang sudah beransur redah. Baru sahaja membersihkan diri dan menukarkan pakaian mereka.
Hannah duduk disofa berwarna oak dan memandang ke arah kaca televisyen. Dia tidak tahu apa yang tontonnya sebenarnya, dia sengaja membuka babak konon sedang fokus akan jalan cerita sebuah drama itu bagi melepaskan diri dari seribu satu soalan yang diacuhkan nenda.
"Macamana perjalanan El ? Harap tak seriklah datang ke rumah nenda" usik Wan Haliedah melihat riak Hazriel tersenyum nipis dan tersengih kecil.
"Biasalah nenda, first time datang, insyaAllah next time tak sesat dah"
Bait kata diiringi senyuman melebar tak putus-putus buat wanita berusia.
"Iya, biasalah. Hannah pun dulu pernah sesat juga" Gerling Wan Haliedah kepada cucu bongsunya.
"Tapi tak lah jauh sampai masuk ke dalam hutan sana" Hannah mencelah dengan raut wajah yang kurang senang.
"Oh ye, bila kamu dua nak kahwin, nenda nak siapkan awal pakej percutian bulan madu korang berdua" Tutur Wan Haliedah dengan rasa teruja.
"Erghh ! Tak payahlah nenda nak susah-susah. Tak pergi honeymoon pun tak pe. . Hannah biasa duduk rumah je, by the way.. Fariz ada datang sini tak nenda? Lama tak nampak dia"
Hazriel beralih perhatian kepada figura Hannah. 'Mamat mana pula dia cari ini' bisik hati Hazriel penuh emosi.
"Fariz, biasalah.. sibuk dengan kerja photographer dia tu. Nanti sehari dua sampailah"
"Ala! Tak sempat nak jumpa dia" cebik Hannah memajukan bibir bawa dengan rasa kesal berkecamuk didada.
"Fariz siapa?" Soal Hazriel tidak mahu melengahkan masa.
"Fariz itu....."
"Fariz itu boyfriend Hannah!!!" Hannah mencelah cuba menyakitkan hati Hazriel yang seutuhnya sudah terasa sakit. Hannah gelak jahat didalam hatinya.