{ MENCINTAIMU MR.PSCYHO}
Saat askara indah tidak diendah
terciptalah sangkar dihiasi intan permata
agar engkau tidak berganjak ke mana-manaBY : MAMIEY_JUNE
Embun menitik dihujung dedaunan dari pepohon rimbun kehijauan. Haba dingin masih lagi terasa dan menyengat masuk ke setiap lubang liang-liang bulu roma.
Mentari mula membuka jendela mengumumkan bahawasannya hari baru telah pun menjelma.Diruang balkoni bertemakan alam semesta. Kerusi santai berwarna merah keperangan. Pokok-pokok bunga juga sebuah sangkar burung kakak tua tergantung indah di pinggir bunga menjalar tiang rumah.
Figura Syed Hazriel menghirup nafas panjang, jarang sekali dia mengamati keindahan kota negara tercintanya. Selalu dia akan berlibur di luar negara, siapa sangka Malaysia lebih kaya dengan keindahan panorama.
Dibalkoni, dia menyandarkan diri pada kerusi malas menikmati udara nyaman. Malangnya keindahan alam tidak membuat ia tenang. Fikiran seakan bermain-main akan kata yang diluncurkan oleh figura Hannah.
Masih terngiang-ngiang ditelinga akan kehadiran satu nama yang menganggu kotak fikirannya.
"Hai Mr.El! Awal bangun" suara lunak bercampur mesra sambil menghadiahkan senyuman manis menghampiri jejaka. Dulang diletakkan di atas meja kopi berwarna coklat gelap.
Sosok Hannah dipandang tawar. Gadis itu tersentap seketika, buat julung-julung kali kehadirannya seakan tidak disenangi. Hannah meletakkan cawan berisi kopi hangat disisi Hazriel. Kemudian dia membuka langkah bersama secawan kopi dihirup menghangatkan dirinya. Segar dan mengusir rasa letihnya.
"Hannah" seru Hazriel seperti seseorang yang tidak bermaya. Terjongket alis Hannah apabila namanya menjadi pembuka bicara.
"Erm, yes i'am"
"Fariz itu siapa?" Pertanyaan itu mencuit hati Hannah. Dia tersengih sejenak melihat riak Rayden seolah-olah tertekan dengan nama yang kononnya kekasih hati Hannah.
"Fariz? Kenapa ? Awak cemburu ke?" Suara gelak Hannah dihentikan dengan meneguk secangkir kopi itu semula.
"Iya, aku cemburu" tutur suara mendatar tapi hampir menyedakkan figura Hannah.
"Awak cemburu? looking to my face Mr El-"
Hannah menelan kelat air liur yang tersekat dikerongkongnya. Terlalu pantas figura Hazriel berdiri dan berdepan dengan wajahnya. Hujahnya tertitik serta merta.
"Ya, aku cemburu. Aku takkan benarkan sesiapa pun ambil kau dari aku" hujah Hazriel penuh rasa yakin. Riak wajah Hannah seperti tidak berminat dengan kata-kata jejaka. Langsung tidak menyinggah akan rasa 'cinta' yang dimaksudkannya.
"Awak ini memang gila kan?"
"Ya,memang aku gila. Aku akan pastikan, kau jadi milik aku seorang sahaja" Hannah menolah dada Hazriel hingga lelaki itu terundur beberapa langkah. Tampak wajah Hannah tercabar dengan kata-kata yang diberikan kepadanya.
"Awak tahu ke kenapa saya datang ke sini? Sebab saya tak nak kahwin dengan awak,sampai bila-bila saya takkan nak dengan awak. Kenapa awak masih tak faham-faham?"
Alis bertaut menandakan dia dalam keadaan murkah. Jujur dia menyimpan hati kepada jejaka tapi bila mengenangkan kejadian yang menimpa keluarganya. Dia hapuskan semua dan tidak ingin menaruh harapan pada seseorang untuk mengecapi mahligai bahagia.
"Aku sudah cakapkan, ke mana kau pergi, aku akan ikut. Biar sampai ke perut bumi. Aku akan terus jejaki."
"Stop it lah El ! Emosi saya baik hari ini, tapi bila dengan awak, emosi baik saya terus berubah benci,saya benci awak,saya benci semua kaum awak yang asyik-asyik menyakiti kaum kami. Semua penipu ! Pertama kata cinta, tapi bila sudah dapat. Pergi goda wanita lain pula!"
Berang Hannah sudah tidak tahan dengan perasaan tidak puas hatinya yang sekian lama dipendam sendirian. Kesal dengan ayah yang merubah prisip hidupnya. Kerana ayah dia benci semua jejaka yang cuba menghampirinya.
"Hannah.. tak semua lelaki macam itu, aku janji akan bahagiakan -"
"Janji, janji,janji.. papa dulu pun janji benda yang sama, tapi sekarang apa cerita? Dia tinggalkan mama, dia pergi dengan betina sundal yang nakkan harta dia. Sanggup pulang semata-mata menempiaskan kemarahannya dekat mama. Saya saksi mata betapa menderitanya mama oleh kaum awak semua"
Berombak dada Hannah lancang berkata-kata. Imagenasi terimbas kembali apa yang menimpa kepada ibu yang telah melahirkannya. Airmata tidak dapat tertahan dan mengalir dipipinya.
"Hannah..aku"
"Cukup El, sekarang awak tahukan kenapa saya tak boleh terima awak , saya trauma. Saya trauma dengan semua yang menimpa mama saya. Tolong.. tolong yakinkan saya yang awak tidak akan buat hal yang sama seperti papa saya"
Suara mengeletar tidak dapat menahan sebak didada. Dia mengusap bening jernih dipinggir mata. Tapi itu tidak dapat menghapuskan kenangan hitam dalam hidupnya.
"Hannah...."
Satu suara menyeru nama gadis yang sedang teresak-esak menahan kekecewaannya. Hannah berlari anak dan memeluk mesra tubuh sepupunya. Hazriel terkelu lidah dan mengepal tangan menjadi sebuah penumbuk tanda marah.
"Fariz..."suara Hannah sayup-sayup kedengaran dihalwa telinga. Fariz mengusap lembut belakang Hannah agar gadis itu tenang dan nyaman dalam pelukannya.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU MR.PSYCHO
RomanceMencintaimu Mr.Psycho " Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA "Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...