{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah
terciptalah sangkar dihiasi intan permata
agar engkau tidak berganjak ke mana-manaBY : MAMIEY_JUNE
SURAT Khabar dilipat kepada dua bahagian sebelum dilemparkan ke tempat duduk belakang. Kini jari jemari pula memainkan peranan. Lembut sentuhan mengena pada pemutar musik melantunkan irama lagu bergema menghapuskan kesunyian diruangan kereta.
Hazriel masih memberikan konsentrasi ke lebuh raya. Dia lebih menitik berat keselamatan dan lebih berhemah.
Hannah mula membuka suara mengikuti bait-bait lirik lagu yang mendayu-dayu mengikuti rentak irama, dia langsung tidak endah akan telinga orang mendengar. Dia sengaja merosakkan kotak suara agar lelaki itu menghapuskan niatnya untuk hidup bersama Hannah.
"Ehm! " usik Hazriel mematikan perlakuan Hannah. Drastik wajah dipalingkan pada suara lelaki yang seakan menyindirnya.
"Kenapa? Suara saya tak sedap ke? Tak sedapkan? Jadi baik awak batalkan niat awak untuk jadi suami saya. Kalau awak sudah menyerah dengan pantasnya kita balik ke rumah" Berderet-deret ungkapan Hannah tanpa mendengarkan ulasan ataupun penjelasan yang ingin disampaikan.
Hazriel memandang ke hadapan beberapa saat dan kemudian mengheretkan pandangannya ke arah figura Hannah. Cahaya mentari menembus masuk daripada tingkap kaca kereta menampak sinar yang menarik minatnya akan si jelita yang tidak habis-habis bermain dalam kotak fikiran dan hadir disetiap mimpinya.
"Bila masa aku kata tak sedap, aku terima kau apa adanya tau.."
"Ayat manissss...." Gerlingan anak mata membuang pandangan ke arah luar jendela. Lain diharapkan lain pula yang jadinya.
"Tak percaya ke , sayang"
"Stop calling me 'sayang' saya tak suka" ujar Hannah mencebikkan wajah. Naik berbulu pula telinga mendengar dan bulu kuduk naik meremang ayat miang-miang keladi dia.
"Ok, aku tukar, manja, honey, baby, sweetheart, darling, anything else yang awak nak?"
"Eiww!! Apa kah? Tak menarik, panggil awak saya sudahlah. Nak berbaby bie. Like a bab.. ,awak tahu maksud saya apa. Saya tak suka macam itu. Nampak gedik" protes Hannah dengan raut wajah bersahaja.
"Ok awak saya..." Tampaknya perbualan mereka terhenti sebegitu sahaja. Hannah menyandarkan kepalannya pada kosyen kereta yang empuk berwarna merah sebelum pancaindera dijamukan dengan pemandangan awan selembut kapas dan disebatikan dengan langit kebiruan.
***
Tidak sedar beberapa lama, Hannah bangkit dari tidurnya. Kereta terhenti tepat dibahu jalan dan kini mereka berada dipersekitaran hutan. Ditolehkan ke arah tempat duduk pemandu,kelibat Hazriel menghilang entah ke mana dan kini dikelilingkan pandangan mata. Semuanya gelap gelita.
"El? Awak dekat mana?"
Sunyi sepi tanpa tindakbalas membuat dia tidak senang duduk, bunyi cengkerik bersaut-sautan dan suara haiwan liar seperti anjing mula riuh berlawan laungan.
"Hazriel?! Awak dekat mana!!" Pintu dikuakkan mencari keberadaan jejaka. Entah kenapa disaat ini dia sangat menanti-nantikan kehadiran lelaki yang selalu menyulitkan hidupnya.
"El!!!!" Laungnya mengempita , kini kaki sudah menjejak tanah, kebasahan akibat embun malam dan kini kian mencengkam membuat gadis itu berpeluk tubuh ketakutan.
"Mana awak ini, sampai hati tinggalkan saya..." kehadiran seekor burung hantu besar mengejutkan figura Hannah membuat tubuhnya bergerak laju berlari pantas seboleh-bolehnya.
PANG!!!
Dia hampir terjatuh dan sempat disambut dari terduduk diatas tanah. Alangkah senang hati Hannah apabila kehadiran Hazriel seakan menyelamatkannya. Namun dibalik kelegaannya, timbul pula kekesalannya.
Bahu Hazriel ditepuk kuat penuh geram.."Awak pergi mana hah! Kenapa tinggalkan saya sendiri dalam kereta" Seru Hannah menggambarkan kemarahannya.
"Saya pergi buang air kecil je tadi, tapi salah jalan pula. Nasib dengar awak panggil tadi. Kalau tak..dah kahwin dengan puteri bunian dah saya agaknya"
"Ih! Perasan, macam je ada puteri nak kahwin dengan dia. Puteri toyol atau puntianak mungkin logiklah" Gerling anak mata Hannah kembali masuk ke dalam perut kereta sebelum diikuti oleh figura Hazriel pula.
"Awak cemburukan, kata je lah kalau cemburu" usik Hazriel membuang riak wajah Hannah yang kini masam mencuka. Tak habis-habis jejaka ini cuba menyakitkan hatinya.
"Bila masa saya cemburu, tak hinggin!"
"Habis yang tiba-tiba marah ini apa fasal? Janganlah marah sayang. Cium kang" Secara automatik tangan kanan Hannah menegak menyatakan simbol penampar.
"Nak rasa,cubalah"Lelaki itu sengaja menyekat emansipasinya. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan diketahui olehnya. Macam nak kahwin dengan penyiasat dan Hannah pula merupakan pesalah. Sunggub tersekat dalam permainan si jejaka.
"Nanti-nantilah, nanti tak best pula untuk malam pertama kita berduakan." Hazriel bermain mata dengan renungan nakal yang tertangkap dipancaindera milik Hannah. Rasa kurang selamat pula bila mereka didalam ruangan yang sama.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU MR.PSYCHO
RomanceMencintaimu Mr.Psycho " Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA "Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...