{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah
Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata
Agar engkau
Tidak berganjak ke mana-manaBY : MAMIEY_JUNE
"ALONG Tahulah gelap tapi janganlah nak pegang tangan Hannah kuat sangat" Leteran figura Hannah yang sudah rimas bila genggam diperketatkan seperti tidak mahu meleraikan.
"Mana ada along pegang tangan adik"
"Aik! Jadi siapa? Nia.. awak ke?"
Pertanyaan dibuka mencari tahu pemilik tangan yang masih utuh memegangnya. "Bukanlah cik.. mana ada"
"Ih! El!! ni mesti awak. Lepaslah" Hannah merentap kuat tangannya dan kedengaran gelak kecil dari figura Hazriel mendengar keluhan suara yang dirinduinya.
"Adik, adik dah call mama ke? Buruk menunggu macam ni, sudahlah banyak nyamuk dalam butik ni"
"Sudahlah Along. Dah suruh orang report kan dah.. jangan mama bawa abam polis sudahlah" Tutur Hannah mati bila mendengar derapan langkah dari luar permis perniagaan milik ibunya.
Krikkk ...
Bunyi pintu terbuka dan kemudin lampu dinyala terang berderang dipenuhi cahaya. "Surprise!!!"
Jerit suara sebaik sahaja kedatangan puan seri masuk ke dalam butik terserdang indah dengan busana-busana pengantin pelbagai bentuk dan reka cipta.
Membuntang wajah ibu memegang dada kerana ketakutan mendapat khabar berita perniagaannya dimasuki beberapa orang yang tidak diketahui dan merosakkan permisnya. Rupanya semua cuma akal-akalan anaknya sahaja.
"Haiii mama!!" Suara Han kedengaran dicorong telinga mencuri tumpuan ibunda. Drastik senyuman melebar diwajah dan mendakap mesra tubuh ibu yang sekian lama dirinduinya.
"Ya Allah anak mama... mati-mati mama ingatkan ada pencuri masuk dalam butik mama..tak sangka anak mama sepakat nak kenakan mama.."
"Terkejut tak??" Han menjongket kedua-dua alisnya dan senyuman masih tidak sirna menatap wajah figura yang sudah dimamah usia.
"Terkejutlah.. rindunya dekat anak bujang mama ni...sayang sangat. " kucupan lembut diberikan kedua pipi kiri dan kanak anaknya
"Ada satu lagi surprise untuk mama.. adik ada bawa calon menantu untuk mama..."
Telunjuk diarahkan ke arah Hannah dan seorang jejaka tampan di sampingnya. Serentak mereka berdua bertatapan dan kembali beralih kepada Han. Hannah mencapai hanger yang tersangkut disangkutan sebelah tempat keberadaannya dan melontar tepat mengena ke arah abangnya.
"Bohong Ma! Ini kawan Hannah bukan calon suami Hannah. Along ni betul-betul tak gunalah"
Menggeleng kepala menafikan hujah yang diluncurkan oleh abangnya.
"Eh! Kalau betul pun takpe...mama terima. Kacak bakal menantu mama" sengih kecil ibunda mereka menatap wajah Hannah yang bermuram muka manakala jejaka disebelahnya senyum melebar manis rautnya.
"Mama pun sukalah sakat Hannah" Hannah membelakangi Hazriel dan mencebik wajah sambil menyilang kedua tangan memeluk tubuhnya.
"Assalamualaikum puan Seri.." ujah Hazriel menuju ke arah figura berusia bersalaman menghormati orang tua kekasihnya. Salaman disambut mesra dan sempat lagi Puan Seri memberi tanda isyarat kenyit mata ke arah Hannah.
"Baik bakal anak menantu mama ni, cepatlah masuk meminang.. mama terima..."
"Ih mama!" Rengek Hannah menghantak kedua-dua kakinya seperti budak-budak kecil sahaja layaknya.
Han , puan seri dan El tergelak kecil melihat Hannah begitu juga Nia yang daripada tadi mendiamkan dirinya memerhati karenah mereka semua.
"InSha Allah malam ni juga saya hantarkan rombongan meminang"
"Haha! Lawak awak tak kelakar El"Hannah mencelah dengan gelak kecil yang tawar memandang jejaka.
"Mana ada saya buat lawak. Saya serius. Terima tau" ujar Hazriel senyuman sinis diwajahnya. Hannah menelan air liurnya terasa kelat dianak tekak sahaja.
"Whatt!!!!"
*****
KERDIPAN bintang mula timbul dikaki langit dan diterangi cahaya bulan memandikan malam yang sejuk dan dingin ketika ini.
Tidak disangka-sangka omongan Hazriel menjadi nyata. Pihak keluarga sudah tiba dihadapan rumah kebetulan pula orang tua Hazriel dan Hannah saling kenal sudah terlalu lama. Tanpa basah basi keluarga Hannah menerima.
Kaki dilangkah mundar mandir diruang balkoni tingkat atas luar kamar tidurnya sendiri. Geram! Geram betul dengan sikap orang tua tidak meminta pendapat terus terima lamaran El sekeluarga.
Majlis bakal diadakan secepatnya pula. Buntu! Bagaimana mencari akal agar dapat bebaskan dirinya dari manusia yang bernama 'lelaki' dan paling tepat orang yang bernama 'Syed Hazriel Mikael' sang penyakit hati.
"Hannah sayang.. El nak jumpa Hannah tu dekat bawah..." Nada suara lunak milik Puan Seri Harlina menganggu pemikiran anaknya serta merta dengan wajah yang malas terpaksa diberikan kepada ibunya.
"Cakap jelah Hannah tidur.."
"Tak baik macam tu sayang.. El tu bakal suami Hannah.. jumpalah sekejap apa salahnya" Berdecit suara Hannah melantunkan perasaan yang sedang kecamukan tidak terkira
"Hannah malaslah Ma.. yang mama terima lamaran dia tu kenapa. Hannah tak suka dia.. Hannah tak suka mana-mana lelaki pun . Mama fahamkan"
"Papa yang setuju.. jadi mama iyakan sahaja lah"
Hannah membuat muka dan duduk dikerusi swing berwarna putih dengan malas dan amukan amarah.
"Mama asyik nak ikut kata papa je. Ni hidup Hannah. Biar Hannah yang tentukan.."
"Tapi Hannah kenal perangai papa macamanakan?" Kening dijongketkan menunggu jawapan Hannah yang sudah mengigit lembut bibirnya. Dengan lemah dia menganggukkan kepala dan menundukkan wajah.
Pftt!! Helah berat terbebas juga. Terpaksalah dia pasrah dengan arahan ayahnya." Ini semua salah mama, kalau mama tak bagi lampu hijau mesti El tak berani datang ke mari.."
Sempat lagi Hannah membuka bicara bertele-tele pada ibunya dan membuka langkah bertemu jejaka yang memporak perandakan hidupnya.
"Tunggu kau. !!" Desis suara geram memenuhi sangkar benaknya.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU MR.PSYCHO
RomansaMencintaimu Mr.Psycho " Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA "Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...