[MMP] BAB 8

2.1K 137 11
                                        

{ MENCINTAIMU MR

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }

Saat askara indah tidak diendah
Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata
Agar engkau
Tidak berganjak ke mana-mana.

  BY : MAMIEY_JUNE

RESTORAN ala Itali di Hotel Saujana menjadi pilihan temujanji untuk malam yang kedua. Restoran yang dibina diatas tasik buatan manusia, menghadap padang golf dan pemandangan kesuburan tanaman menghijau menyamankan suasana.

Dendangan lagu dari kumpulan Jazz memerdu mengusir kesunyian, Pancuran air dan kerdipan bintang meningkatkan kemesraan alam.

Pasta Lasagna berisi daging hangat dihidangkan di atas meja langsung tidak dicuit oleh figura Hannah. Pandangan diarahkan ke arahan pancutan air ditengah tasik sana.

Sebal dengan jejaka yang sanggup mengheretnya dari rumah hanya semata-mata temujanji yang dia sendiri tidak rela.

"Hannah.. "

Hannah menarik nafas dan menghembuskannya. Mencari sudut pasrah harus menatap figura yang menjengkilkan hatinya.

Renungan kosong dengan wajah yang muram dipampangkan pada jejaka.

"Kenapa tak makan lagi ni, sini aku suapkan" fikirannya menderas mengerakkan garfu ingin menyuapkan makanan kepada Hannah.

"Makan.."

"Tak nak lah..." bahang nyalaan tidak berkilau masih lagi terasa hangatnya.

"Makanlah sikit. Malulah orang nampak.. makan" pinta Hazriel diterima juga. Senyuman melebar dibibir jejaka.

"Nak lagi?"

"Takpe..Saya boleh makan sendiri" kata-kata meluncur bersama pandangan yang tajam.

Hazriel Mikael menganggukkan kepala dan kembali menjamu selera. Minda berserabut harus meninggalkan buah hatinya selama dia berkerja.

"Hannah..esok aku dah kerja-"

"So?? Apa kaitannya dengan saya?" Hannah kembali menjamah makan menghilangkan rasa lapar. Jika diikutkan rajuk, perut pula merana.

"Aku nak kau jaga diri, jangan nakal-nakal dekat sini"

"Ahakk!!! Ape? Ape tadi? Saya tahulah jaga diri saya. Tapi apa masalah awak kalau saya nak nakal-nakal ke apa. Kita bukan ada apa-apa ikatan pun" Gelas berisi mineral water disisi pinggannya dicapai dan diteguk perlahan.

MENCINTAIMU MR.PSYCHOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang