Mencintaimu Mr.Psycho
" Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA
"Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL
Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata Agar engkau Tidak berganjak ke mana-mana.
BY : MAMIEY_JUNE
SUASANA Meriah kelihatan ramai pasangan sedang menjamah selera, mata dikerlingkan ke sudut sana kerana tidak mahu memandang jejaka mencicipi makanan dihadapannya.
"Ehem! Kenapa tak makan lagi.. nak tunggu aku suapkan ke?"
Hannah melarikan pandangannya tepat ke arah Hazriel didepan mata. Kalau diikutkan hatinya yang tengah membara, mahu sahaja dicapaikan garfu lalu dicucuk dekat si jejaka.
"Tak selera nak makan dengan awak" Hannah mengerlingkan mata, mendengus geram tidak terkira. Wajah ditayangkan masam mencuka.
"Makanlah.. tak elok buat muka depan rezeki.."
"Emm.." Hannah mengerlingkan mata lalu perlahan tangannya mencapai sudu dan garfu diatas meja. Hannah memotong cebisan daging lalu dimasukkan dalam mulutnya.
Sedikit kekok bila wajahnya menjadi tumpuan anak mata tak berkerdip memandangnya
"Awak boleh tak jangan tengok saya macam tu? Saya tak sukalah" Hannah mengerutkan alisnya.
"Oh. Tak boleh ke, okey.. makanlah.. jangan marah-marah.. kiss kang, baru padan muka" Hazriel kembali menyambung santapannya begitu juga dengan Hannah.
Usai menikmati hidangan, Hannah dan Hazriel kembali masuk ke dalam kereta. Wajah monyok milik Hannah masih tak pudar dari muka.
"Kenapa muram je ni?" Hazriel mencuit lembut pipi merah milik Hannah.
"Don't touch me"
"Eleh.." Tangan milik Hazriel semakin gatal mencubit pipi Hannah. Muka yang tadi muram kini bertambah garang tidak terkira.
Drastik tangan Hannah mencapai tangan milik Hazriel dan mengigit sekuat hatinya.Hazriel menjerit baru Hannah mahu melepaskan gigitannya.
"Padan muka!"
"Awww.. sedapnya...begini ke gigitan cinta..?" Raut wajah figura Hannah dipalingkan memandang diluar jendela. Dalam hati sudah beribu makian dipendamkan sahaja.
"Lepas ni kita nak ke mana?"
"Ke mana? Hantar saya dekat shop sayalah" Ujar Hannah sudah bengang dengan lelaki disebelahnya.