Mencintaimu Mr.Psycho
" Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA
"Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL
Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
{ MENCINTAI MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata Agar engkau Tidak berganjak ke mana-mana.
BY : MAMIEY_JUNE
"ADA apa nak jumpa saya?"
Hazriel yang mengelamun diluar rumah menceluk kedua tangan ke dalam poket seluarnya kini beralih arah bila suara milik Hannah tertangkap digegendang telinga.
Wajah mulus milik Hannah yang indah ,tubuh dibaluti busana kurung songket melayu kedah,rambut disanggul kemas terlihat lembut seperti gadis melayu zaman dahulu kala.
Hazriel tersenyum melebar menilik kepernampilan si dara seolah-olah mencuri seluruh hati dan jiwanya.
"Apa pandang saya macam tu?"
Hannah melihat pakaiannya dari kaki hingga paras bahu kiri kanannya,bimbang jikalau ada terselak dimana-mana.
"Kau berhias untuk aku erk?"
"Ih ! Jangan nak perasan ye, ini mama saya yang buat kalau tak jangan harap saya nak...hrm!" Hannah membuang wajahnya dan mempamerkan wajah sebal diraut muka.
"Mama kau mama aku juga. Kan kita dah nak menikah." sengih Hazriel sengaja mengapi-apikan suasana yang sememangnya sudah membara dihati gadis didepan mata.
"Eh tolonglah. Awak ingat saya nak terima? memang taklah" sinis sahaja bunyi suara membuat jejaka senyap seketika.
"Ye. Kau akan terima... ya atau tau.. kau kena terima"
"No" Bangkang Hannah tetap menguatkan hatinya tidak mahu beralah.
"Yes!"
"No!!" Hannah masih menentang ungkapan jejaka. Dia harus buktikan dibukan gadis yang mudah terpedaya.
"Betul ni?"
"Ye.. " balas hannah membuat muka cemberut dan mengerlingkan anak mata.
"Pasti ni tak nak?"
"Ye.."
"Pasti tak nakkkk???
"Ye...!" Balas Hannah rimas dengan soalan yang sama. Tak faham bahasa agaknya
"Pasti nak"
"Yeee..., eh! Tak. Takkk takkk.!!" Hazriel bersorak menang bila Hannah tersasul bicara menerima lamarannya.
"Yeah! Nak pun. Nak tak nak papa mama kau dan mamy daddy aku dah setuju"
"Ih!!!!" Hannah memalingkan wajah ingin meninggalkan Hazriel. Benci bila dipermainkan sedemikian rupa. Terlebih dahulu pergelangan milik Hannah diraih agar tidak pergi menjauhi dirinya.
"Lepaslah El! Tak sukalah macam ni!" Tubuh Hannah ditarik terlalu rapat pada dada milik Hazriel dan kini berlawan anak mata dengan segaris kerutan didahi Hannah cuba melepasakan lingkaran ditangannya.
"Aku tak akan lepaskan kau"
"Awak ni kenapa? Awak tak mengerti lagi ke yang saya tak nak dekat awak. Saya akan buat keluarga saya batalkan hasrat mereka nak satukan awak dengan saya"
Sinis ungkapan Hannah dengan tatapan mata yang membesar kerana marah sudah bersarang dibenaknya.
"Aku serius Hannah nak peristerikan kau..."
"Eh! Awak tak faham ke apa saya kata?! Kita tak boleh bersama. Maaf saya tak nak jumpa awak dah..saya akan pergi jauh tinggalkan awak!"
" Sedangkan Adam dan Hawa pun terpisah didunia boleh bertemu juga . Inikan pula kau yang depan mata? Takpe.. nanti aku pasang GPS supaya senang aku nak kejar"
Hazriel tersenyum melayarkan tangan kanannya mengusap lembut pipi Hannah. " Stop It la El" Hannah menarik tangan milik Hazriel kini tangan mulusnya pula digenggam oleh jejaka.
"Nak tahu aku letak GPS dekat mana? Disini.. dekat jari manis kau ni... akan aku pasangankan jejak dan tanda. Bahawa kau! Aku yang punya"
"Saya bukan milik sesiapa! Termasuk awak"
Hazriel mendekati tubuh Hannah. Perlahan kaki dilangkah mengundur dan terhenti sebaik sahaja sebuah tembok menghalang pergerakkannya dan tersadai tidak mampu membuka langkah.
"Kau milik aku. Hanya aku.. siapa yang berani ambil kau dari aku... tahu lah nasib 'dia' macamana"
"Ihh! Gila!" Kedutan didahi Hannah dan dada turun naik melawan emosi yang sudah tidak sekata.
"Yes! Aku gila sebab kau..., sekarang kita pilih tarikh perkahwinan kita. Bila? Sebulan?
"Saya tak akan kahwin dengan awak!"
"Dua minggu.." cadang Hazriel memikirkan majlis perkahwinan mereka. Kalau boleh hari ini juga dia nak heret tok kadi datang nikahkan dia dan Hannah.
"Jangan harap saya nak"
"Okey seminggu.. marah lagi.. aku tetapkan esok terus kita kahwin. Apa macam??" Hannah mengepit bibirnya. Geram!!!
"Hazriel..dah lah menyakat Hannah tu..marilah kita pulang. Daddy dan Mommy dah runding... majlis perkahwinan kamu hujung bulan ni.." Ayah Hazriel mencelah keluar dari pintu rumah. "Yes!" Ujar Hazriel gembira.
"Hah?! No....."Melengkuk bibir Hannah membuat muka sedih dan kecewa. Taksuka!
*****
DI HENING Pagi saat embun mula menitik dihujung dedaunan menghijau. Bagasi milik Hannah sudah siap diisi dengan barang-barangan keperluannya ingin menenangkan diri dan mengadu pada nenda dikampung sana.
Mama dan papa sudah keterlaluan mendesak dirinya berulang-ulang . Kepala letih bila memikirkan dan hanya satu cara. Mogok melarikan diri dari rumah.
Hannah mengangkat semua bagasinya dan diheret ke ruangan tengah. Tergumam puan seri apabila melihat tingkah nekad dari anak dara
"Apa Hannah buat ni?" Ujar Puan seri berdiri didepan anaknya dan Han sedang bermain telefon disofa melihat debatan dua anak beranak yang terjebak dalam masalah.
"Hannah nak lari! Hannah tak nak kahwin. Apa nak jadi. Jadilah. Hannah tetap tak nak.."
"Sayang..jangan macam ini.. Hazriel tu budak baik.. papa mama berkenan dekat dia.." lembut suara berbicara memujuk anaknya.
"Tak nak! Kalau mama nak sangat nak jadikan dia menantu. Kahwinkan je dia dengan along. Along pun bujang lagikan..anak sulung lagi" Tersentap jejaka dan melarikan tumpuan ke arah adiknya.
"Tolong argh dik! Im not kunyit okey!"
Hannah tergelak kecil dan kembali membuat muka seriusnya. Mengheret bagasi dan menguak pintu rumah.
"Assalamualaikum Hannah!" Ucap seseorang jejaka tepat berdiri dihadapan rumah.