Mencintaimu Mr.Psycho
" Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA
"Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL
Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata Agar engkau Tidak berganjak ke mana-mana.
BY : MAMIEY_JUNE
HAI Kapten El, jumpa lagi kita dekat sini kan?" Kening dijongket mempamerkan senyuman senget dibibirnya.
"Hannah?"
Konsentrasi mereka drastik tertarik pada gadis berambut panjang paras pinggang diikat ala ekor kuda, berbusana santai baju lengan panjang dan seluar palazo gelap.
"Ye saya..." Ukiran dibibirnya penuh makna membuat Hazriel terpinga-pinga harus berkata apa.
"Kau buat apa dekat sini?"
"Jemput mama saya, tak sangka pula jumpa awak dekat sini dengan... " pancaindera dialihkan ke arah seorang gadis yang sedang merangkul erat lengan milik Hazriel.
"Lepaslah" Berdecit Hazriel mengerutkan wajah bila tingkah gadis disebelahnya telah menarik perhatian Hannah. Rangkulan terbebas dan kini Betty dihulurkan tangan bersapa mersa ingin saling berkenalan.
"Hii.. my name Betty Anne, call me Betty.. and you?"
"Hannah, Hannah Darleesa. Yang ni.. boyfriend awak ke?" Jelingan dilirik ke arah jejaka. Kamal dan Jefri terpaksa mengatur diri ke belakang tidak mahu campur tangan.
"Haha! No.. but i hope so.." gelak kecil Betty mengerling ke arah Hazriel yang masih mengunci bicara.
"Hannah.. let's me explain.. aku dengan dia takde apa-apa" Lengan gadis berbaju polos diraih dari terus berganjak pergi.
"Ergh El, i pergi dululah ye.. fly dah nak berlepas tu" Tutur mereka dicelah sebentar. Wajah Betty mulai suram bila jejaka yang dicinta mengejar gadis lain didepan matanya.
Tiada balasan dari figura Hazriel,malah menjauhkan diri darinya dan meluruh ke arah Hannah. Konon hendak menjelaskan masalah yang sedang melanda.
Kamal memerhatikan sahaja telatah Betty yang sudah mengundur diri, pandangannya murung menghilangkan seri senyum. Helah berat dilepaskan kerana dirinya langsung tidak diendahkan.
"Hannah.. please.."lengan yang direntap Hazriel ditepis.
"Erm. Nak bagi penjelasan apa? Awak dengan saya takde apa-apa.., suka hati awaklah nak buat apa.. "