[MMP] BAB 6

2.2K 138 5
                                    

{ MENCINTAIMU MR

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }

Saat askara indah tidak diendah
Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata
Agar engkau
Tidak berganjak ke mana-mana.


BY : MAMIEY_JUNE

MALAM kelihatan kelam dan suram, hanya mampu melihat biasan cahaya kalimantang dan terangnya sinaran bulan.
Bintang-bintang turut berkerdipan ditatap indah walaupun kusam.

Hannah Darleesa menghirup perlahan minuman susu hangat menyegarkan badan. Duduk diatas buai bujur telur berwarna putih sambil menikmati angin malam yang sayup menyapa pipi.

Jari jemari kini mula menekan telefon bimbit, seperti biasa membuka aplikasi instagram dan mendaftar masuk ke dalam akaun miliknya. Mujur sahaja dia sempat memadam kata laluan tempoh hari.

Kalau tidak pasti sudah digodam oleh lelaki yang suka menganggunya sekarang ini. Hannah membelek-belek akaun instagram miliknya.

"Siapa nama mamat giler tu je? Hazril ke Hazriel, Mikael? Hashtag KaptenEl jelah"

Hannah mengerutkan keningnya tekun mencari tahu tentang jejaka yang asyik menganggu rutinnya. Seakan ada magnet menarik pada satu gambar. Mata dilebarkan agar lebih jelas.

"Minah mana pula dia kepit ni? Memang kalau jantan. Semua sama! Buaya" Hannah mengigit kuat bibirnya

"Ohh! Sahlah.. asyik swafoto dengan minah yang sama.. couple dia ni.. eh?! Yang nak cemburu buat apa? Lantak dialah nak buat apa" Hannah bermonolog sendiri pantas menggelengkan kepala.

"Selamat malam anak mama?" Suara lunak mencuri tumpuan Hannah lalu memusingkan tubuhnya memandang kelibat ibu Hannah sudah berdiri dihadapan pintu balkoni biliknya.

"Eh? Mama.. selamat malam mama"

"Hannah buat apa termenung dekat luar malam-malam macam ni, ada masalah ke.. cuba bagitahu mama" Hannah menggelengkan kepala lalu menghirup air panas menghilangkan dahaga.

"Baguslah. Oh ye. Mama dah jumpa calon suami Hannah" Bagai ingin tersembur minuman dari mulut Hannah. Pantas ditelankan dan mengibas-gibas mulutnya.

"Ahh!! Panassss"

"Tulah, minum tu elok-eloklah sayang.. kn dah kepanasan..." Hannah berdiri dari duduknya, meletakkan cawan diatas meja lalu mendekati sang ibu tercinta.

"Ma.. Hannah taknaklah kena jodoh-jodoh macam ni, Hannah dah besar, Hannah boleh jaga diri Hannah sendiri..." Rengek Hannah menarik-narik tangan ibunya.

"Sebab Hannah dah besarlah mama dan papa carikan jodoh untuk Hannah, mama dan papa selalu sibuk pergi balik Malaysia ke Singapura nak tengok perusahaan dekat sana.. sekurang-kurangnya ada juga yang jagakan Hannah"

"Hannah tak naklah mama.. tolonglah jangan kongkong hidup Hannah, Hannah masih muda, masih banyak yang Hannah belum kecapi lagi.."

Hannah berusaha membantah permintaan ibunya. Sudah kebiasaan bila menceritakan topik nikah, jodoh atau mengenai jejaka pasti alasan yang sama dinyatakan oleh Hannah.

"Mama nak Hannah bahagia, ada keluarga sendiri-"

"Hannah nak bahagia tapi Hannah tak nak kahwin, kalau suami Hannah nanti macam papa macamana? Hannah tak nak di madu.. Hannah nampak mama sedih pun dah buat Hannah sebak, tahu tak"

Puan Seri Harlina terbungkam tidak mampu mengungkapkan kata-kata. Sungguh hidupnya cukup menderita, dia tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anaknya.

"Maafkan Hannah kalau kata-kata Hannah buat mama terasa..." Hannah memeluk erat tubuh ibunya.

"Takpe sayang, mama faham..."

*****

BUNGA - Bunga indah disusunkan ditempatnya, jari jemari dan minda dibuka bagi mendekorasikan gubahan bunga yang cukup sempurna.

Bunga telur juga sudah disiap sedia, bunga segar juga sudah diletakkan dipara-para dinding pameran dan luar kedai mereka.

Aroma wangian Lavender menyengat masuk ke rongga hidung Hannah, memberikan aura segar dipagi hari yang indah.

"Morning , Hanna!" suara menjengkilkan ditelinga menganggu tumpuan Hannah.

"Excuse me miss..  bunga ni harga dia berapa? Nak belikan untuk orang yang tercinta" Hannah mengerlingkan mata bila mengetahui kelibat itu adalah Hazriel yang asyik merosakkan suasana.

"Just For you" Bunga disusun dicapai oleh Hazriel dan diserahkan kepada Hannah yang masih memuramkan muka.

"Tu bunga saya, letak balik.."

"Oh.. berapa harga bunga ni dan harga tuan bunga ni sekali" Hannah menarik bunga dari tangan Hazriel dan diletakkan ke tempat asalnya semula.

Kaki diatur menuju ke belakang sana mencari alat keperluan yang ingin dia guna. Hazriel pula asyik mengekori figura gadis yang endah tak endah terhadapnya.

"Awak nak apa dari saya ni? Boleh tak sehari saje awak tak ganggu hidup saya? Saya ni sibuk tahu tak..."

"Hari ni je aku kat sini.. esok aku dah flight ke Seoul, Korea. Bolehkan kalau malam ni aku ajak kau date" Soal Hazriel mengangkat alisnya.

Kerutan didahi Hannah sudah kelihatan kerana geram benar asyik disekat oleh jejaka.

"Awak boleh ke tepi tak? Saya tak nak keluar dengan awak.. awak ajak je lah girlfriend awak.." Hazriel undur satu langkah memberi ruang untuk Hannah lalu kembali ke sudut sana.

"Kaulah girlfriend aku, future Wife  aku, dan bakal mommy pada anak-anak aku" Langkah Hannah terhenti serta merta.

Drastik tubuh dipusing melihat sang jejaka yang menjengkilkan setiap masa. Tatapan tajam disudut mata.

"Awak jangan nak mengada-gada erk? Memangkan lelaki, dah ada kekasih berlakon macam dia tu single lagi" Tutur Hannah membuat Hazriel tergumam seketika.

"Apa maksud kau? Aku tak faham"

Hannah membuka telefon bimbitnya dan menujukan gambar yang baru diperolehi hasil reseach malam tadi.Hazriel tersenyum menampak barisan gigi
bak mutiara.

"Ohh.. kau cemburu ye???"

"Eeh!! Najis..!" Hannah memalingkan muka dan mengigit lembut bibirnya. Hazriel tergelak kecil melihat karenah Hannah.

MENCINTAIMU MR.PSYCHOWhere stories live. Discover now