{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah
terciptalah sangkar dihiasi intan permata
agar engkau tidak berganjak ke mana-manaBY : MAMIEY_JUNE
DI Balik tirai berwarna putih bersulam renda dan diintikan lagi dengan butir-butir manik mutiara terjuntai dipinggir langsir beralun ditiup angin yang sayup
Suhu malam datang bertandang mencucuk-cucuk ke dalam tulang temulang hitam milik figura berusia Wan Haliedah.
Hari sudah semakin tua, kegelapan menyelindungi cahaya mentari yang sudah lama berganjak pergi. Ke hulu ke hilir penuh penantian, jam antik berdetak di permukaan dinding acapkali diperhatikan.
Tangan diramas-ramas dan kerap kali dibunyikan menggambarkan kerisauan. berdiri salah, duduk pun salah. Gelisah kian menguasai jiwa.
"Mana pula budak ini, takkan tak sampai-sampai lagi" raut wajah tidak mampu membaluti hatinya yang resah. Apa yang terjadi kepada mereka berdua.
"Pak Man !" Seruan suara memanggil pekerja yang sekian lama berjasa dan setia terhadapnya. Hampir 10 tahun juga lelaki itu menjadi orang suruhan bahkan dari sebelum suaminya mangkat meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Kelihatan sosok Hazman berlari memasuki ruangan rumah bertemakan tradisional. Dihampiri kelibat tuannya sebelum kaki terhenti benar-benar tidak jauh dari posisi Wan Haliedah.
"Ada apa Puan" tutur suara sedikit tercungap dek rasa gegabah. Dia menundukkan sedikit tubuhnya dan kemudian menegak menunggu perintah.
"Tolong carikan Hannah dengan bakal tunang dia, saya rasa tak sedap hatilah. Sepatutnya Hannah sudah lama sampai. Tak senang duduk saya dibuatnya"
"Baik ,Puan" Tanpa berlengah Pak Man menuju ke luar rumah. Diiringi pandangan mata Wan Haliedah yang masih dalam lautan fikiran. Sungguh dia teramat bimbang.
***
"AWAK! Kita dekat mana ini?!" Jerit suara mengejut membuat Hazriel menghentikan kereta secara mendadak hingga tubuh Hannah hampir sahaja tercampak.
"Aww ! Awak ini reti bawa kereta ke tak ?! Kita dekat mana sekarang. Ini bukan jalan pergi rumah nenda sayalah. Itulah, tadi beriya sangat nak bawa kereta , sekarang beritahu saya macamana kita nak balik?"
Hazriel menarik panjang nafasnya sebelum wajah milik Hannah menjadi santapan mata. Terpaksalah dia menadah telinga atas kesilapannya sendiri.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU MR.PSYCHO
RomanceMencintaimu Mr.Psycho " Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA "Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...