{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah
terciptalah sangkar dihiasi intan permata
agar engkau tidak berganjak ke mana-manaBY : MAMIEY_JUNE
"EL !! "
"Yes here i am.. nak ke mana ni mrs.Hazreil Mikael?" senyum senget terukir dibibir jejaka sebaik sahaja melihat reaksi kaget dari Hannah.
"Hello Mr.Pilot. saya tak hinggin nak jadi 'Mrs' awak... tolong bangun dari mimpi awak tu ye"
"Hari ni aku tak nak jadi Mr.Pilot..aku nak jadi Polis..."
Hannah tersengih kecil dan menjongket alis sebelah kirinya. "kenapa pula nak jadi polis berbagai??"
"sebab aku nak buat tangkapan atas jenayah yang kau buat" tutur desas suara Hazriel dalam nada serius meluncurkan bicara. Hannah menyilang ke dua tangan dan mendakap tubuhnya sendiri.
"Jenayah apa? rasa awak yang buat masalah ganggu hidup saya."
"Jenayah sebab kau dah curi hati aku. jadi aku nak penjarakan kau selama-lamanya dalam hati yang kau curi tu" Hannah tergelak kecil mendengar omongan manis jejaka yang sentiasa menganggu rutin hariannya.
"haha! saya pencuri hati awak?okey kalau macam tu saya nak jadi doktor-"
"tahu..untuk merawat cinta aku kan?" tebak Hazriel dengan senyuman masih tak sirna dari pinggir bibirnya.
"Haha! Tak. saya nak masukkan awak dalam hospital bahagia golongan orang gila. mental bermasalah. tepilah! menyemak je" Nada ditekankan dan jelingan mata diberikan.
Kini tangan Hanna kembali mencapai bagasi ingin meninggalkan perkarangan rumah keluarga. Dia sudah nekad membuat onar agar pertunangan dan pernikahan itu dibatalkan serta merta.
"Jom..." Hazriel terlebih dahulu mencapai bagasi berwarna merah jambu muda milik Hannah. Bagai terpingga-pingga dan terlopong bila beg pakaian di sentak dari genggaman tangannya.
"Ar! jom? apa maksud awak jom..?"
"Jomlah. aku pun nak join kau balik kampung.. apa salahnya bercuti-cuti dengan orang tercinta. siang dan malam dipuja-puja" Hannah mengerling ke dalam ruangan rumahnya.
"Meluatnya" Desis suara Hannah yang sudah mengancingkan giginya kuat menahan rasa yang bercamukan didalam dada.
Han bangkit dari sofa dan perlahan-lahan meninggalkan ruangan tengah sebaik sahaja tertangkap dilayar mata ketajaman anak mata Hannha dipanah kearahnya.
"Alonggg!!!!" lantang suara Hannah menempiaskan amarahnya namun terlebih pantas derapan langkah Han dilajukan menuju ke tingkat ruangan atas.
Hannah menahan kemarahan yang bertakung didalam dada dan cuba meredahkan api yang sedang membara.
"Marilah.." ajak Hazriel mengenggam pergelangan tangan Hannah . Drastik Hannah menolak jari jemari nakal milik jejaka dan menyajikan pandangan mata galak sebagai tanda dia sedang dalam emosi yang tidak sekata.
"saya tak nak pergi dengan awak ! awak tak faham lagi ke. saya tak nak dekat awakkkkk"
"Tapi aku nak dekat kau" Hazriel mencelah dan memandang sahaja gadis imut didepan mata.
"Eh! malaslah nak cakap dengan orang gila macam awak ni ..saya tak nak dekat awak atau dekat sesiapa pun. faham? sekarang awak pergilah cari perempuan lain dekat luar sana. lagi ramai yang cantik dan lawa dari pada saya" leteran Hannah dan berharap Hazriel mahu memenuhi permintaannya.
"Tapi aku nak kau juga.." Hannah mengenggam tangan menjadi sebuah gumpalan kuat cengkamnya. Datin seri kini membuka langkah menuju ke pintu gerbang kaca rumahnya.
Senyuman terlakar jelas sebaik sahaja Hazriel bersapaan dan bersalaman penuh sopan kepada dirinya. Tepat benar pilihan dia dan suami menjadikan jejaka didepan matanya kini sebagai pendamping sang puteri.
"Awal datang hari ni El. nak ikut Hannah balik kampung ke. syukur kalau El ikut sekali..taklah mama risau sangat. maklumlah.. Hannah ni perempuan , tak elok berjalan limpas hutan"
"hutan?" Soal Hazriel semula menanti jawapan bakal ibu mertua.
"ye hutan? kalau kecut tak payah ikut. Pilot penakut" Hannah mencelah dan mencebikkan wajah.
"Ye..Nenda suka tinggal dekat hutan sana.. ada juga lah pembantu rumah dalam 3,4 orang tolong jagakan dia.. Tapi Mama suka rumah nenda..suasana nyaman, udara segar dan riang.. ada sungai lagi.." Ujar Puan seri mengimbas kembali persekitaran rumah ibundanya.
"Saya suka hutan.. saya nak ikut boleh tak?"
"Tak boleh!" sekali lagi Hannah mengambil Alih hujah dan memberikan jawapan bantahannya. wajah puan seri drastik berubah dan konsentrasi dipanah kepada anak gadisnya.
"Hannahhhhh...." Teguran dengan mata tajam membuatkan figura Hannah terdiam dan menjadikan diri seperti tiang.
******
SUASANA lapangan terbang KLIA sedikit sesak kerana ramai pengunjung yang baru pergi dan datang. Beberapa pramugari dan peramugara baharu sahaja tiba, masing-masing mengheret bagasi menuju ke ruangan tengah.
Anak mata milik Figura Betty Anne mencari kelibat sahabat karibnya, lebih jelas crush iaitu Kapten El., Hazriel Mikael. hampir beberapa minggu penerbangan rindu semakin berkembang-kembang.
Terliut lentok ke kiri kanan namun kelibat jejaka masih juga tidak kelihatan.
"Betty.. cari siapa tu?" Suara garau dari arah belakang mencuri tumpuan Betty dan kini pandangannya beralih.
"Eh?! kamal... Kapten El mana?"
"Dia off nak relax tenssion dengan tunang dia." Kamal melepaskan kata, tak sampai hati nak berdalih-dalih nanti membuat itu makin terasa.
"tunang? siapa.. bila... dimana? kenapa El tak beritahu i tentang tu?" Kening dikerutkan dan mengibarkan muka dengan kertas ditangan. Wajahnya sedikit keringatan dan rambut keperangan kinu mula melambai-lambai.
"Baru semalam..dengan budak hari tu.. Hannah"
" Wait? Bukan dia dan Hannah kawan je ke? kenapa tiba -tiba bertunang pula" siasatan mula dibuka dan mengorek lebih bayang rahsia yang terkandung dalam kotak fikiran lelaki didepan mata Betty.
"saya pun tak tahu macamana. yang saya tahu dia nak bertunang dan bulan depan majlis pernikahan" Hujah Kamal membuat Betty terasa sesak dan senyuman sudah jauh tercampak.
"saya pergi dulu ye Mal..thanks for your information" Betty menepuk perlahan bahu Kamal dan beredar secepatnya bersama hati yang luka dan resah.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU MR.PSYCHO
RomanceMencintaimu Mr.Psycho " Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA "Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...