Mencintaimu Mr.Psycho
" Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA
"Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL
Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }
Saat askara indah tidak diendah Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata Agar engkau Tidak berganjak ke mana-mana.
BY : MAMIEY_JUNE
PEMANDANGAN Indah terlihat ombak saling kejar mengejar, berlumba-lumba menuju ke bibir pantai mengulum kekeringannya sehingga basah.
Sunyi sepi dan hanya terasa habang mentari, angin bertiup kuat menampar pipi. Hannah dan Hazriel duduk diruangan pondok yang tersedia menikmati keindahan ciptaan Maha Esa.
"Kenapa awak bawa saya ke sini?"
Hannah membuka bicara kerana terlalu lama dihantui kesunyian antara mereka berdua. Hazriel menoleh kepala dan menatap wajah figura Hannah disisinya.
"Sebab kau asyik marah je, aku bawalah kau ke sini..tenangkan?"
"Tenang?? Ye.. tengok depan saya tenang tapi bila tengok awak , saya jadi bengang. Awak tak faham-faham ke? Saya tak nak keluar dengan awak"
Hannah mengerlingkan mata sambil jari jemari sebelah kanan membetulkan rambutnya yang tertutup mata akibat dari pukulan angin yang menyapa.
"Takpe..aku faham , kau cemburu dengan perempuan dalam gambar tu kan."
"Hah?!" Hannah melopongkan mulutnya. Sungguh panas benar rasa dada menahan rasa amarah.
"Berapa kali saya nak bagitahu awak? Saya tak akan cemburu awak nak keluar dengan sesiapapun. Awak ni betul-betul menyakitkan hati"
"Yes..pencuri hati..thank you" Balasan Hazriel dibalas dengan jelingan tajam milik Hannah.
"Thank you for what?!"
"Sebab cemburu..." Hazriel menjongket kening bersama senyuman nakal terpamer dibibirnya.
"Ihh!! Awak ni betullah, saya tak tahulah dari mana awak datang. Tiba-tiba ganggu hidup saya"
"Ganggu kau? Aku rasa kau yang ganggu aku, apa aku buat semua terbayang muka kau" Hannah mengepit kuat rahangnya sudah menahan geram tidak terkira. Bengangnya!
"Diamlah" Hannah mencebik bibir, memalingkan wajah menikmati keindahan pantai dihadapan sana, menyilang tangan dan memeluk tubuh ramping miliknya.
Hazriel tersengih kecil memandang wajah Hannah yang sudah kelihatan merah pada telinga. Hazriel mengerakkan tangan mencubit pipi Hannah.