[MMP] BAB 10

2.1K 123 8
                                        

{ MENCINTAI MU MR

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

{ MENCINTAI MU MR.PSYCHO}

Saat askara indah tidak diendah
Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata
Agar engkau
Tidak berganjak ke mana-mana.

BY : MAMIEY_JUNE

BANGUNAN sekolah rendah yang megah dipandang sekilas sahaja, Hannah bersandar pada dinding kereta sambil bermain telefon bimbitnya. Menanti adik tiri anak kepada isteri kedua ayahnya.

"Kak!!!" Jerit Wanda berlari ke arah Hannah.

"Eh.. saya bukan kakak awak tahu tak, kita tak sama papa dan mama pun..."desis suara Hannah tidak menyukai kanak-kanak kecil yang baru menghampirinya

Mengerlingkan anak mata dan mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.

"Papa yang suruh Wanda panggil Kak Hannah, kakak...." muram menundukkan wajah melihat kasut sedikit berdebu terkena tanah.

Sayup-sayup tangisan kedengaran membuat Hannah dimonopoli rasa bersalah pada diri.

"Yalah-yalah-yalah, janganlah nak menangis pula.."

"Assalamualaikum cik" Nada Suara sedikit sarau mencuri perhatian Wanda dan Hannah. Drastik Wanda berlari menuju ke arah jejaka dan membawa ke arah kakak tirinya.

"Ergh. Waalaikumsalam. Macamana murid awak? Dah baik dah?"

"Syukur Alhamdulillah, selamat sampai ke hospital dan sudah dibawa pulang oleh pihak keluarga dia. Cik datang nak jemput Wanda ke.. boleh saya tahu . Cik ni siapa dia?"  Berkias-kias bahasa mempamerkan senyum mesra.

"Saya kakak Wanda. Kakak tiri dia.."

"Oh.. saya minta maaf fasal kereta awak. Nanti cik bawa dekat bengkel. Bagitahu je jumlah peruntukkannya, InsyaAllah saya akan bayar"

Mereka saling menoleh ke arah Plat nombor kereta Hannah yang patah dan kembali berlawan pandangan mata

"Takpe. Kecil je tu.. "

"Sebagai tanda minta maaf saya. Boleh tak kalau saya ajak Cik makan tengahari.. "

"Wanda pun nak ikut. Bolehkan cikgu?" Wanda mendongak melihat wajah gurunya.

"Ergh..boleh wanda sayang... lupa pula nak memperkenalkan diri, nama saya Zamarul Amir, panggil saya Zam pun boleh" Wajah gadis manis ditatap tidak berkedipan anak mata.

"Saya Hannah, Hannah Darleesa, saya nak pergi tapi maaf... saya busy"

"Ala akak.. jomlah, tak lama pun, Cikgu Zam ni baik tau.. jomlah akakk" Tangan milik Hannah digoncang-goncang hingga terlondeh beg tangan pada bahunya.

MENCINTAIMU MR.PSYCHOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang