Mencintaimu Mr.Psycho
" Awak ni kenapa asyik nak sekat pergerakan saya? awak nak apa dari saya?!"-HANNAH DARLESSA
"Aku nak apa? aku nak kau jadi milik aku selama-lamanya" -SYED HAZRIEL MIKAEL
Hannah Darlessa atau lebih dikenali sebagai Hannah,gadis...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO}
Saat askara indah tidak diendah Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata Agar engkau Tidak berganjak ke mana-mana.
BY : MAMIEY_JUNE
"AWAK tangkap gambar saya tadi erk?Bak sini telefon awak tu?!!"
Tangan ditadahkan ingin mendapatkan telefon jejaka kapten kapal terbang kacak didepan mata. Tapi sayang,adab tak ada.
"Bila masa pula aku ambil gambar kau? Aku test kamera je tadi" Suara garau jejaka membuat Hannah geram tidak terkira. Dah buat tak nak mengaku pula.
"Sini jelah!!!"
"Tak adalah!"
Hannah mendengus geram dan mengerutkan kening kerana dilanda taufan kemarahan. "Buktikan kalau takde. Sini!!!"
"Aku cakap takde. Takdelah.. hah sini kau" Leher jinjang milik Hannah diraihnya dan telefon bimbit dipampangkan jauh sedikit dihadapan wajah mereka berdua. Snap!!
Makin membara hati Hannah dipaksa swafoto dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Siap rangkul leher pula.
"Arghh!! Awak ni tak guna betullah. Delete cepat!!"
Hannah cuba mendapatkan telefon bimbit digenggam jejaka hingga telefon bimbit ditangannya dan telefon bimbit jejaka itu terjatuh ke atas lantai dek keributan mereka berdua.
Hannah cepat-cepat mencapai telefon bimbit diatas lantai dan dimasukkan ke dalam poketnya. Begitu juga dengan jejaka.
"Mana-"
"Hannah?" Suara lunak yang sangat dikenalinya menyinggah masuk ke dalam corong telinga dan berpaling ke arah belakangnya.
"Eh, mama? Bila mama sampai ni?" Senyuman direka dibibirnya sempat lagi menjeling ke arah jejaka dan beredar ke tempat duduknya semula.
"Mama dan papa baru je sampai.. nasib tahu mana Hannah suka lepak.."
"Oh.. mama dan papa dah bersiap nak ke rumah kawan ke? Hannah rasa Hannah tak dapat ikut..letih..." Ujar Hannah membuat muka manja kini memeluk tangan ibunya.
Sempat melirik ke arah sana, jejaka tadi mengenyitkan mata. Hannah membulatkan anak matanya cuba menahan rasa marah.
"Baiklah kalau macam tu, marilah pulang, mama dah siapkan hidangan kesukaan Hannah dan Nia.."
"Untuk Nia pun ada ke Puan Seri, terima kasih banyak-banyak nah.." Nia yang dari tadi mengunci mulutnya mula bersuara.
"Mama dan papa pergi dulu Hannah, pemandu kita dah ada menunggu di luar sana"
"Kejap ma, papa mana? Tak nampak pun.." soal Hannah melilau mencari kelibat ayah kandungnya. "Ada , dia tunggu dalam kereta"
Hannah mengangguk lemah dan menghirup minumannya lalu menghulurkan not kepada Nia untuk pergi ke kaunter sana.
"Kau!! Tunggu!" Desis suara Hannah menatap figura duduk di bangku sana.
*****
TATAPAN Mata Hannah tertumpu pada telefon bimbit didalam genggamannya. Aneh pula sejak bila di pasang kunci kata laluan.kunci tak dapat dibuka-buka pula tu.
Jenama sama, warna sama, semua sama tapi wallpaper gambar kapal terbang? Siapa punya!
"Ih Nia! Saya rasa ini bukan telefon bimbit saya lah" Rungut Hannah duduk disofa ruangan bilik kerjanya.
"Ni telefon cik lah, sama apa.. hitam, oppo.. atau...jangan-jangan waktu jatuh tu
"Arghh TIDAKKK!!!! Gambar banyak dalam tu. Huaaaah!!!, Tolong saya Nia.. macamana nak dapatkan telefon saya semula" Rengek suara Hannah memecah.
"Tenanglah cik.. kita pergi jumpa Mr.Pilot kacak tu, lepas tu tukarlah balik..apa susah"
"Apa susah? Dalam tu important tau tak, privasi saya. Pinjam phone cepat... cepatlah" Arah Hannah kelam kabut mencapai telefon bimbit pembantunya dan kini menghubungi handphone miliknya yang entah dimana.
"Hello!" Suara Hanna Naik sebaik sahaja talian sambungkan pada pemanggilnya.
"Hello sayang."
"Apa sayang-sayang! Bagi balik telefon saya.!" Dada Hannah turun naik menahan rasa marah yang membara-bara. Malang sungguh nasibnya.
"Nak telefon ni? Boleh"
"Bagitahu sekarang kat mana.. nanti saya suruh driver saya ambil" Hannah berdiri dari duduk dan berjalan mundar mandir diruangan pejabat miliknya.
"Ah ha!! Tak nak.. Aku nak kau juga yang datang.. baru aku bagi.."
"Awak ni menyakitkan hati betullah!" Hannah mendengus geram dan kelihatan garis di dahi. Bengang.
"Tak nak..sudah"
"Saya report awak curi telefon saya baru padan muka" Ugut Hannah agar lebih mudah mendapatkan semula barang peribadinya.
"Report lah, telefon aku pun dekat kau kan...,tak nak ada alasan.. siap-siap sekarang.. kita ada date kejap lagi.."
"Date?? Gila! Saya tak nak date dengan awak. Saya nak telefon saya semula. Awak faham tak apa saya cakap ni?" Jari jemari mulus Hanna digenggam menjadi sebuah gumpalan.
"Ok noted. Jumpa dalam pukul 8, nanti aku jemput.."
"Ergh! Macamana... oh! Awak buka telefon saya ye!! Ehhh awak niiiiiiiii!!!!" Hannah berang sambil membaling barang didepan mata.
"Cantik-cantik gambar sayang kan.. comel je muka-
"Diam!!! Shut up!! Bagi baliklah telefon saya...." Rengek Hannah didalam talian. Sakit benar hatinya bila privasi dibuka oleh orang tidak dikenali dan menyakitkan jiwa.
"Kau sepatutnya diam.. diam sahaja dalam hati aku"