[MMP] BAB 3

2.7K 163 20
                                        

{ MENCINTAIMU MR

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

{ MENCINTAIMU MR.PSYCHO }

Saat askara indah tidak diendah
Terciptalah sebuah sangkar dihiasi intan permata
Agar engkau
Tidak berganjak ke mana-mana.

BY : MAMIEY_JUNE

KENDERAAN jenis Lykan Hypersport berwarna putih berhenti tepat dihadapan rumah milik orang tua Hannah.

Mujur sahaja kedua ibu bapa Hannah sedang ada urusan diluar sana,kalau tidak pasti akan dibentangkan buku pertanyaan bertubi-tubi kepadanya.

Figura Hannah sudah bersedia dengan busana midi dress gaun paras bawah lutut. Berwarna biru gelap dan berlengan paras siku. Rambut digulungkan indah teratur,mengenakan kasut tumit tinggi sepadan dengan baju.

Figura jejaka tampan baru sahaja keluar daripada perut kereta dan membukakan pintu sebelah untuk gadis idaman masuk ke dalamnya.

Mata milik jejaka tak berkerdipan melihat gadis cinta pertama terhias indah bagaikan puteri raja.

"Mana handphone saya..bagi sini cepat" Hannah memandang wajah lelaki yang masih tidak memberi maklum balas akan pertanyaannya.

"Hello.. are you hear me? Hei Mr.Psycho gilerr dengar tak ni?"

Masih tiada respon dari jejaka, jauh mengelamun menatap raut wajah milik Hannah langsung tidak mengelipkan anak mata.

"Heii awak??!! Helloo... " Hannah memetik-metik jari didepan muka jejaka dan kini figura tersebut memberikan respon kepadanya.

"Erm masuklah"

"Taknak.. saya nak telefon saya dulu.. bagilah cepat" Tegas nada suara dibalas senyuman senget milik figura jejaka.

"Nanti dekat sana aku bagilah.. masuk"

" No ! No ! No ! I don't trust you.. saya tak kenal awak kot, nama awak saya tak tahu, semua tentang awak saya tak tahu.. jangan-jangan awak nak culik saya?"

Hannah mengundur satu langkah,bimbang bila berhadapan dengan sosok seorang jejaka yang langsung tidak diketahui asal usulnya.

"Okey.. nama Aku Syed Hazriel Mikael, boleh panggil El, nak kenal aku? Senang je.. jadi wife akulah"

"Apa fasal pulak saya nak kena jadi wife awak?" Hannah menatap tajam pada Figura Hazriel bertentangan dengan keberadaanya.

"Fasal apa? Fasalll... kau dah curi hati aku"

"Jangan nak merepeklah Kapten El oii, baru jumpa dah jatuh cinta? Jatuh cinta ke nafsu semata-mata?" Walau ungkapan pemilik bibir merah merkah lembut bersahaja. Namun bahasanya cukup kuat menyatakan apa yang tersimpan didada.

"Kalau nafsu.. sekarang ni juga aku cium kaulah.. masuk sekarang. Atau aku angkat kau bawak masuk ke dalam!"

Tegas suara El dengan sibuk kemarahan bila arahannya tidak diendahkan.

"Patut saya yang marah awak tau-"

"Masukk.. Hannah.. masukk" Hannah mengigit bibirnya dan menghelah nafas berat dari dada. Kaki dilangkah masuk ke dalam perut kereta dengan wajah muram mencuka.

Pap!
Bunyi hentakkan pintu sebaik sahaja Hazriel masuk ke dalam kereta mewah miliknya. "Awak nak bawa saya ke mana? Kita sattle dekat sini jelah. Bagilah telefon saya balik..."

Rayuan Hannah kini hilang bila wajah Hazriel sedikit tegang dan kembali menghidupkan enjin meninggalkan perkarangan rumah mewah keluarga Hannah luas terbentang.

*****

SINARAN bulan memancar terang, angin bertiup lembut menyapa wajah dan rambut mengikut arus terayun -ayum mengikuti kelembutannya.

Meja makan dibekalkan terang cahaya lilin, alunan musik mendayu-dayu dari pemain biola mengiringi kesunyian antara mereka berdua.

"Kenapa awak ajak saya datang ke sini, kita nak bincang fasal handphone bukan nak date" desis suara Hannah menatap figura Hazriel didepan mata.

"Kan aku dah cakap.. kita ada date...ni telefon kau.., mari sini telefon aku" Hazriel mengeluarkan telefon bimbit ke arah Hannah dan kini mereka saling bertukaran.

"Thank you awak. Nasib tak rosak"

"Erm..lupa nak bagitahu..semua dalam tu aku dah save dalam Laptop aku" Bicara Hazriel membuang senyuman milik Hannah.

"What!!! Awak copy and paste hal peribadi saya? Awak ni betul-betul menyakitkan hatilah. Padamlahhhhh..."

"Tak..aku tak akan padam.. kecuali.. aku ada syarat untuk kau. Kalau kau nak aku hapuskan" Hazriel tersenyum sengih menatap wajah milik Hannah sudah muak melihat Hazriel depan mata.

"Apa?"

"Aku akan delete... satu gambar satu date" Hannah membulatkqn anak matanya. Patut semua ini berakhir dengan mudah tapi hanya kerana seorang jejaka habis mengkucar kacirkan hidupnya.

"Awak giler ke! Betul awak ni Psycho.. lelaki gila!"

"Yes i'm crazy.. because of you my dear.. kau yang mencuri tumpuan aku.." Hannah mengerlingkan anak mata. Meluat dengan drama Queen yang diaturkan penuh sandiwara.

"Saya nak balik, saya malas nak bersemuka dengan orang gila macam awak ni" Hannah bangkit dari duduknya dan mencapai beg tangan diatas meja.

"Duduk Hannah... please stay with me.., kalau kau tak nak date dengan aku takpe.. nanti setiap hari aku post gambar kau dekat IG, FB aku.. , yang kau bakal isteri aku.. " senyum sinis dihadiahkan buah Hannah

"What!! "

Panas dada Hannah melayan lelaki dihadapannya kini. Asyik kata dia sahaja mahu didengar. Terpaksa rela Hannah labuhkan punggungnya semula.

"Good Girl"


MENCINTAIMU MR.PSYCHOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang