Zack POV;
"Adam , kau ada tak nampak batang hidung Prankers hari ni ?"
"Tak , asal pulak kau tanya . "
"Aku tanya sebab aku pelik . Yelah , biasanya ada je idea mereka nak kacau kita tapi pagi ni senyap pulak . " Aku menerangkan panjang lebar .
"Mana lah tahu mereka tu malas nak kacau kita waktu baru pukul 7.00 pagi ni . Belajar pun belum mula lagi . "
"Mungkin . "
"Tapikan Zack , kau tak nampak batang hidung Prankers . Aku pulak tak nampak helaian rambut Sam dan James . Pergi mana lah dua cekodok tu ?"
Baru aku sedar dua mahkluk tu lenyap . Entah kenapa rasa hairan semakin bertambah .
"Yelah wei . Aku baru sedar , biasanya mereka tu dah datang dan siapkan kerja rumah . "
"Aku jumpa cikgu lah . Suka hati kau je panggil aku cekodok . Lain kali kalau nak mengutuk cekodok ni suara tu perlahan sikit ye , bang . "
James berpeluk tubuh , wajah malas mula berada di wajahnya . Adam pula sudah mengigit bawah bibirnya . Kepalanya ditundukkan .
"Asal kau jumpa cikgu ? Kena marah ?" Aku cuba mengubah topik 'cekodok' tadi .
"Tak lah . Cikgu suruh aku buat pengumuman tentang KK petang nanti dan khursus pengawas yang bakal diadakan pada minggu hadapan . "
Adam yang tadi menunduk laju sahaja mendongakkan wajahnya lalu memandang tepat ke dalam anak mata aku .
Kami berlawan mata . Gelaran ketua pengawas akan jadi milik aku . Hatiku tekad berkata-kata .
"Sam mana ?" Sedar akan pandangan mata kami James terus menukar topik .
"Entah . " Tu sahaja yang mampu aku balas .
•••
Carol POV;
Aku berlari selaju yang mungkin . Kaki tetap berlari tapi mata tak lepas dari memandang jam tangan milikku .
Sebaik sampai ke dalam kelas aku laju memanggil Prankers dan melabuhkan duduk diatas kerusi 'kepunyaan' ku .
"Asal lambat ? Nak kena hukum ke ?" Mitchel dengan cepat menyoal siap luku kepala aku lagi tu .
"Aku lari daripada Sam . Dia tu buat aku baran lah " Tangan masih setia mengosok kawasan yang diluku oleh Mitchel tadi .
"Emmm...Yelah tu"
"Betul lahㅡ "
"Selamat pagi cikgu !" Tiba-tiba satu kelas berdiri lalu memberi ucapan salam kepada cikgu .
"Selamat pagi , duduk "
"Terimaㅡ "Semua senyap dan menoleh ke arah Lynne .
" Nak mati ."Tu sahaja yang dibalas oleh Lynne . Aku sedar perubahan dirinya yang dahulunya ceria tiba-tiba sahaja dingin .
YOU ARE READING
The School Rival And TSR 2 ; Past Vs Present
Jugendliteratur[2018/2020] The School Rival ; Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ? Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...