14 ; Trust

529 35 13
                                    

"Lydia sabar boleh tak !?"

Aku bercakap dengan nada yang agak tinggi . Gadis yang sedang berjalan laju dihadapan aku , aku cuba kejar . Alahai kenapalah aku pendek sangat .

"Lydia !"

"Ish , kau ni Carol . Cepatlah sikit berjalan !"

Ek eleh , dia yang tak tunggu . Aku pulak yang kena marah .

"Kau nak pergi mana ? "

Setelah aku berjaya mengejar langkah kaki Lydia aku terus menyoal . Yelah , dia kata nak jumpa dekat Starbuck sekarang ni kami dah dekat... kedai pakaian ?

"Nak buat apa dekat sini ?"

Kening milikku nampak seperti hampir bertaut dek kerana aku terlalu keliru .

"Aku saja nak bincang hal ni sambil jalan-jalan . Takdelah stress sangat . "

Usai bercakap Lydia terus membelek-belek pakaian berjenama Channel itu .  Wau Lydia dari kumpulan Bae yang kasar ni dah makin lemah lembut aku tengok .

"Pasal paksaan tu perkara ni betul . Kau rasa aku ada masa ke nak 'Prank' kau . "

Aku terdiam sejenak . Perkara yang Lydia beritahu di Starbuck tadi mula bermain difikiran .

"Yes , betul aku dengan Sam couple tapi itu semua sebab kami kena paksa ."

"Kau tak perlu risau Lydia  . Kalau kau nak couple dengan Sam teruskan tu bukan hal aku pun . "

Aku yang baru ingin berdiri untuk berjalan pergi mula berhenti . Gadis yang sedang mengenakan pakaian serba hitam ini menahan pergelangan tangan aku .

"Tolong duduk sekejap biar aku habiskan penerangan ." Aku tanpa banyak songeh terus sahaja duduk .

"Ok , macam ni sebenarnya . Salah seorang ahli Aztech paksa aku dengan Sam untuk jadi 'pasangan kekasih' . Aku semestinya reject . Yelah kenapa aku nak couple dengan Sam , kan ?"

Dia berhenti seketika untuk menghirup air miliknya . Dia kemudiannya sambung bercerita .

"Lepastu , ahli Aztech ni mula ugut kitorang dengan cakap yang diorang akan buli korang . Aku tak kisahlah diorang nak buli ke apa tapi yang kisah tu Sam . Jadi Sam paksa aku ikut cakap laki tu . "

"Jadi kau terima ?"

"Yelah . Aku tak nak kena marah dengan Sam . Seram bhai dia marah takut aku . "

Aku pandang Lydia yang sedang mengelip mata miliknya beberapa kali dengan wajah yang menunjukkan dia benar-benar takut .

"Owh ye . Aku rasa Sam buat ni sebab kau . Dia pernah kantoi dekat aku yang dia cakap dia suka kau . "

"Woi termenung daripada tadi . Aku dok membebel sorang-soranglah maksudnya ni ? "

Aku pandang Lydia yang sedang memaparkan wajah cemberut . Alahai apa yang marah bebenor tu ? Datang bulan ke apa ?

"Aku tengah fikirkan sesuatu tadi . By the way , kau bagitahu jelah dekat Sam yang dia tak perlu risau pasal ugutan tu dan korang boleh clash ."

"Amboi , cepatnya nak couple dengan Sam kau ni tapi betul ke tak perlu risau ?"

"Jangan risaulah . Kitorang daripada dulu dah alami situasi  macam ni . Don't worry  ."

"Hmm..kalau macam tu baiklah ."

---

012×××××××

The School Rival And TSR 2 ; Past Vs PresentWhere stories live. Discover now