Kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan ramai manusia ini membuatkan aku risau . Macam mana kalau aku jatuh ? Mesti malu .
"Kenapa berdiri dekat situ , Mitchel ? Takut ? "Soal Adam tampak risau sebelum dia tersenyum kecil .
"Kenapa senyum tiba-tiba ? " Aku menyoal hairan dengan dahi yang sudah berkerut . Dia tidak membalas tetapi masih tersenyum .
"Senyum je tak boleh ke ? " Setelah masuk ke dalam dewan yang luas ini dia akhirnya membalas soalan aku . Kami duduk dibangku untuk memakai kasut khas yang diberi .
"Tak salah cuma tiba-tiba sangat . " Aku menjawab soalan miliknya sambil bersusah payah pakai kasut ni . Ha , kenapa susah sangat ni ?
"Kalau nak bantuan bagitahu je . Aku boleh tolong kau . " Kasut yang berada di dalam pegangan aku tadi dia ambil . Perlahan-lahan dia cuba sarungkan aku kasut itu .
"Termenung tengok muka aku hensem sangat kan ? " Aku yang baru tersedar terus membahang . Wajah dia yang sedang memandang aku itu aku cuba elak .
"Ehem , jomlah cepat . Aku tak sabar ni ?"Aku berdehem cuba mengelakkan rasa janggal yang semakin tinggi . Aku terus berdiri meninggalkan Adam berseorangan .
Aku menekup mulut aku daripada terus menjerit . Pandangan meliar disekeliling kawasan ini . Aku takut orang nampak aku hampir jatuh tadi .
"Fuhh... Selamat aku dari jatuh dekat lantai sejuk ni . " Bisik hati kecilku .
"BAHH!"
"Maigad Miss Everything !" Aku melatah dengan kuat dan pandangan orang ramai mula beralih ke arah aku . Ish , Adam ni aku cepuk baru tau !
"Kau boleh ke tak tu ? Masih tak nak minta bantuan aku ?" Dia soal dengan senyuman yang jelas mengejek aku .
"Aku boleh ok ice skating ni !" Kata ku dengan penuh tegas walhal aku sebenarnya kali pertama pergi dekat sini tapi untuk tidak menjatuhkan maruah . Aku mesti ego sikit !
"Okay then . " Bahu aku yang dia pegang perlahan-lahan dia lepaskan . Wei , aku dah rasa tak seimbang dah .
"Ish , yelah aku minta tolong kau . " Pergelangan tangan dia cepat-cepat aku pegang . Takut aku jatuh terduduk dekat sini . Confirm sakit lepastu pakej sejuk pula nanti .
Adam tergelak kecil . Tangan aku yang sedang memegang pergelangan tangan dia , aku alihkan . Dia menyentuh tepi bahu aku dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir .
"Just follow my step "
---
Mitchel.prankERS
❤Liked by Lynne.prankERS , Ce_lla.prankERS and 80,001 others
Mitchel.prankERS Ice Skating with @AdamHotboyz
YOU ARE READING
The School Rival And TSR 2 ; Past Vs Present
Fiksi Remaja[2018/2020] The School Rival ; Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ? Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...