18 ; Past

492 29 0
                                    

"Kenapa kau buat Aztech sampai macam tu ? "

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi panjang di taman ini . Suasana senyap dan sunyi dek kerana tiada sesiapa disini kecuali kami berdua .

"Sebab dia buat rumors pasal aku . " Balas Lynne ringkas dia memandang aku pelik .

"Tapi kau nampak tak berapa kisah selama ni . Kenapa tiba-tiba ? "

Dia berjalan melangkah ke arah aku lalu duduk disebelah aku . Wajah miliknya tersenyum kecil sebelum matanya mula berkaca . Aku terkedu . Lynne seorang yang jarang tunjuk emosi .

"K-kenapa kau nangis ? Aku ada salah cakap ke ?" Aku mula gelabah tetapi dia hanya tergelak kecil .

"Bukan salah kau , Zack . Kau tak buat apa-apa yang menyakitkan aku pun . Maaf tiba-tiba emosi pula ." Dia mengelap air mata yang jatuh dengan menggunakan ibu jari .

"Aku acah je macam tak kisah selama ni tapi aku kisah . Aku kisah tentang hal ni sangat-sangat ."

"Aku kisah sebab rumors tu buatkan aku hampir kena buang universiti . Kalau aku kena buang mesti mak ayah aku marah sangat . "

Aku hanya diam mendengar luahan dia . Dia berhenti dan ketawa hambar . Wajah aku dia pandang bersama senyuman nipis yang nampak...dipaksa .

"Aku hampir kena raba sebab rumors tu ."

"Apa !? Kenapa kau tak bagitahu tentang hal ni !? " Suara aku naik seoktaf kerana terkejut dan agak marah .

"Kalau aku bagitahu . Kau nak buat apa ?"

"Aku tumbuk orang tu ."

"Bangga kejap ada boyfriend caring . " Aku pandang dia dengan mata yang dikecilkan dan dibesarkan . Aku serius boleh pula dia bergurau .

"Disebabkan rumors tu tiba-tiba ramai manusia cuba untuk 'sentuh' aku . Mungkin mereka fikir aku dah takde maruah . Jadi aku tak nak orang salah faham sebab aku mesti hentikan benda ni . Nak tahu apa jadi lepas semua tahu rumors tu tipu ?"

"Apa ?"

"Mereka malu nak jumpa aku . Mereka tak nak pandang aku pun . "Aku menghela nafas lega .

"Dah jom masuk arcade tu balik sebelum mereka marah . "Lynne mengajak aku .

"Thank you sebab kau nak luahkan hal ni dekat aku dan kau percaya aku . "

---

Senyuman aku mati . Hati yang tadinya dipenuhi dengan bunga dan kegembiraan sekarang berubah menjadi tanah perkuburan . Sedih . Ye , aku sedih sekarang ni .

"Korang buat apa dekat sini ?"

"Kitorang date . "Balas Cella selamba . Mereka sengaja ni nak ganggu aku . Rasa nak hempuk sorang-sorang tapi tak dapat . Kita redho jelah .

"Jap tu bukan jaket Adam ke ? Kenapa kau yang pakai , Mitchel ?" James tiba-tiba menyoal aku .

"Wauu sweet sungguh~ Boyfriend material sangat Adam ni ." Bunyi suara Sam yang sengaja dia ubah menjadi gedik itu kedengaran betul-betul annoying . Sabar tangan jangan tampar dia .

"Ouch ! Beg bimbit Mitchel pun kau pegang . Caring sangat ! Apa lagiㅡAduhh !"

Beg bimbit aku yang Adam pegang aku rampas . Tanpa ragu-ragu wajah Sam aku pukul pakai tu . Hambek kau nak sangatkan ganggu aku .

The School Rival And TSR 2 ; Past Vs PresentWhere stories live. Discover now