17 ; Fight

477 30 0
                                        

Aku tersenyum puas . Empat orang lelaki yang sedang diikat dikerusi kayu ini kami pandang . Semua wajah mereka cuak apabila mendengar bunyi pencukur rambut yang Lynne pasang .

"Wei kenapa korang ganggu kami !?"

Suara Ayvenn jelas kedengaran takut . Alamak kesian pulak aku tengok . Dah macam nak menangis pun ada dia ni .

"Mitchel . "

"Kenapa ?"

Aku toleh pandang Lynne yang masih memegang pencukur rambut tersebut . Dia tergelak sampai hampir nak bergolek dekat lantai . Alahai dia ni gelak tak ingat dunia ye .

"Lynne cepat botakkan manusia tidak berguna ini !"

Cella menjerit penuh semangat . Sebelah tangannya sibuk memegang kamera manakala sebelah lagi diangkat tinggi ke udara .

"Baiklah Cella !"

Lynne membalas lalu tangan miliknya mula berada dekat dengan rambut Aspen . Aspen meronta-ronta minta dilepaskan . Mata miliknya terbuka luas dan mulutnya tidak henti mengucapkan ayat carutan .

"HAHAHAHA . "Carol berdekah seorang diri .

"Kenapa korang gelak !? Seronok ke buat kitorang macam ni !?" Joshua menjerkah geram .

"Kalau kitorang kata seronok ?" Carol tersenyum sinis . Keningnya dijungkitkan tanda mengejek .

"K-korang kejam !" Joshua menjerkah sekali lagi .

"Alamak relaks , bro ."

Kata-kata aku membuatkan ahli Aztech semakin marah . Lynne sudah pun menghentikan pencukur rambut tadi jadi bunyi bising tadi hilang serta-merta .

"Kitorang mana ada cukur betul-betul . "

Aku tersengih kecil . Tangan Lynne sedang memegang pencukur rambut tetapi bunyi bising 'pencukur rambut' tadi hadir daripada telefon pintar Lynne .

"Ini prank , babe ." Cella berkata secara sarkastik . Kamera yang dipegang dia tunjukkan ke arah Aztech .

"Tak guna !" Dashiell menjerit dengan penuh sakit hati .

Kami tidak menghiraukan dia . Tangan lincah membuka ikatan mereka pada kerusi ini . Sebaik sahaja ikatan Aspen terbuka dia terus cuba untuk menghadiahkan satu tumbukan ke arah Lynne .

Kami tergamam untuk beberapa saat . Dasar lelaki dayus !

"Lynne kau ok ? "

Carol menyoal risau . Lynne yang masih memandang tajam Aspen itu membuatkan aku kecut perut . Tak pernah tengok dia marah sebegini rupa .

"Aduh sakitlah perut aku !"

Aspen yang sedang berada di atas lantai itu mula merungut . Ya , sebelum sempat dia ingin menghadiahkan Lynne satu tumbukan di wajah lelaki ini sudah jatuh terduduk ditendang kuat oleh Lynne .

"Lynne dari mana pandai berlawan ni ? " Aku sempat menyoal sebab terlalu curious .

"Aku ajar dia . Bangga kejap . "

Cella tiba-tiba menyampuk . Dia berjalan ke arah Lynne sambil menepuk bahu Lynne . Tangan digayakan dengan tanda 'peace ' . Tibehh je dia ni .

"Ok maaf . " Cella kembali mengudur diri apabila Lynne hanya menjeling dirinya . Fuhh , seram siak !

"Kau tengoklah apa jadi dengan assignment kau !"

---

"Lynne !"

The School Rival And TSR 2 ; Past Vs PresentCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang