3 ; Meet

585 38 2
                                    

Lynne merenung lama iphone kepunyaannya yang berada di dalam gengaman . Ayat yang terpapar di skrin telefon pintar itu dibaca perlahan .

"Kalau macam tu kita jumpa dekat Starbuck . "

Dia kemudiannya menepuk perlahan dahi miliknya . Lynne yang mengeluh kecil menarik perhatian Cella .

"Kau kenapa ?"

"Aku ? Kenapa dengan aku ?"

Lynne menyoal hairan dengan wajah polos . Wajahnya di dongak memandang tepat ke arah Cella yang sedang cuba menyiapkan video youtube Prankers .

"Yelah kau mengeluh kuat sangat . Tak pernah aku dengar kau mengeluh sekuat tu . "

"Owh hmm aku ada masalah . "

"Apa dia ? "

"Hari ni aku sepatutnya jumpa lelaki comel yang aku cakap 2 hari yang lepas tapi aku pun dah buat perjanjian nak jumpa Zack . "

"Kalau macam tu batal jelah perjumpaan dengan laki yang comel tu . "

"Kenapa aku kena buat macam tu ?"

"Mestilah sebab kau dah buat perjanjian nak jumpa Zack dulu , kan ? Lepastu kau lagi kenal Zack jadi sudah semestinya kau kena pilih Zack . "

"Tapi aku pun nak tengok laki comel tu depan-depan ."

"Hmm.. Suka hati engkaulah . Aku tak tahu ."

Cella berdiri lalu merengangkan badannya . Dia pandang Lynne dan terus berlalu pergi . Sebelum dia melangkah keluar daripada bilik dia berhenti .

"Aku nak bersiap . Kau pun bersiaplah . Aku bagi masa 30 minit untuk kau bersiap sebab kitorang nak jumpa laki comel yang kau cakap tu dalam masa 40 minit lagi . Jadi buat keputusan cepat dan bersiap cepat . "

Lynne hanya diam tidak bersuara . Dia masih bingung memikirkan keputusan yang patut dia buat . Hati dia suruh dia pilih keluar dengan Aspen tapi minda dia menyuruh dia memilih Zack .

"Haaaa ! Susahnya nak buat keputusan . "

---

Kami berempat memandang ke arah figura empat orang lelaki yang tinggi sedang berjalan ke meja yang kami duduk .

"Hai . " Mereka berempat tersenyum sambil menyapa kami . Tangan dihulurkan ke arah kami tanda berkenalan .

"Hai . " Balas kami serentak lalu huluran tangan itu kami sambut .

"Biar saya perkenalkan diri . Nama saya Aspen John . Ini Ayvenn Nicholas , Joshua Ryan dan Dashiell Auden ."

"Saya Lynne . Ini Carol , Cella danㅡ"

"Mitchel " Aku berkata sambil tersenyum .

"Kalau macam tu nak tak kita hangout dekat pusat beli belah ?" Cadang lelaki yang mempunyai wajah baby face iaitu Joshua .

"Jomlah . "

---

"Selamat jalan . " Kami berempat melambai ke arah kereta mereka yang baru sahaja memecut di atas jalan raya itu .

"Aku nak follow Instagram Joshua ! " Cepat sahaja Carol berlari masuk ke dalam dorm kami berempat .

"Jatuh baru kau tau rasa dia . " Aku menjerit kecil ke arah Carol .

The School Rival And TSR 2 ; Past Vs PresentWhere stories live. Discover now