Adam POV;
"Baiklah semua beratur ikut tingkatan . Mula daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5 . Faham ?"
"Faham " Sesetengah murid bersuara manakala yang lain mengganguk .
Mereka semua termasuk aku bergerak masuk ke dalam barisan . Setelah selesai aku terus berdiri dan bersuara .
"Cikgu !"Aku dan seseorang menjerit lantang .
" Ya , Adam dan Mitchel"Aku pandang Mitchel . Sebok je dia ni .
"Macam mana ..." Sekali lagi kami bercakap serentak .
"Kau dulu cakap lah , Kau kan tua" Aku menjeling dia . Suka-suki dia je panggil aku tua . Aku masih remaja ok!
"Sebenarnya saya nak tanya tentang pertandingan bertemakan catan yang bakal dianjurkan bulan depan ."
"Tentang tu kami para guru yang pandai , cerdik , pintar dan profesional dalam seni ni dah berbincang siapa wakil pertandingan tu"
Amboi cikgu ni , puji diri melambung-lambung nampak . Tak pernah kena puji ke apa ?
"Siapa wakil dia cikgu ? Perkara ni lah yang saya nak tahu juga cikgu " Mitchel yang telah berdiri di barisan tingkatan 4 bersuara .
"Oleh kerana pertandingan ini memerlukan dua wakil cikgu dah pilih kamu berdua sebagai wakil kerana..." Ayat cikgu sengaja digantungkan .
"Kerana... Kamu berdua dah banyak mewakili pertandingan sehingga ke tahap negeri . " Semua bertepuk tangan dan bersorak . Kembang jap .
"Dan kamu akan adakan latihan mulai hari ni jadi both of you can go to art room now . "Cikgu menghayun-hayunkan tangan nya tanda 'menghalau'.
Kedengaran dia mengeluh . Nasib kau lah jadi pasangan aku untuk pertandingan kali ni .
•••
Zack POV;
Lynne mengeluh panjang . Aku pandang dia dengan wajah kasihan yang dibuat-buat .
" Asyik-asyik kau . Asal pertandingan berduet mesti dengan kau . Muak aku tengok muka kau "
"Tch . Macam lah aku suka tengok muka kau . " Aku berdecit tak puas hati . Dia ingat aku hamak nak berduet dengan dia .
"Kau tahu tak kalau aku berpasangan dengan kau mesti kita dapat tempat kedua . "
"Aku tahu . " Tu sahaja yang aku balas .
"Dan sebab kau juga lah Suzy akan berlagak sebab dia selalu jadi Johan . "
"Aku tahu . "
"Dan sebab kau jugaㅡ "
"Kalau kau nak menang berhenti membebel dan jom kita berlatih . "Dia hanya mencebik .
"Nak menang tapi membebel je kerja . Nanti kalah 'lah sangat' mula lah bising . Dapat tempat kedua pun nak merungut tak reti bersyukur ke? "Dia sumbat mulut aku dengan biskut .
" Cakap aku membebel , diri sendiri tak sedar . Lepastu kau pun tak bersyukur tahu tak bila dapat tempat kedua . Kau pun akan merungut . Cakap dengan cermin ke apa ?"
YOU ARE READING
The School Rival And TSR 2 ; Past Vs Present
Teen Fiction[2018/2020] The School Rival ; Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ? Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...