Degupan jantung yang kencang aku endahkan . Nafas mula tidak terkawal dek kerana aku berlari bersungguh-sungguh tanpa berhenti . Sudah macam larian marathon pun ada .
"Aku rasa kita dah hilang jejak manusia tu . " Aku toleh pandang James yang turut kelihatan penat .
"Baguslah tu wei . Dahlah jom pergi sekarang sebelum dia tahu lokasi kita lagi ." Baru sahaja aku ingin mengajak James untuk pergi bunyi telefon James tiba-tiba berbunyi dengan kuat .
"Incoming call.." Aku mengumam sendirian apabila terbaca apa yang tertulis ditelefon pintar milik James .
"James korang dekat mana ? Kenapa lama sangat . Lynne dah mengantuk ni ." Suara Zack terdengar jelas di corong telefon pintar itu .
"Ehh kau jangan nak tuduh aku ! Kau yang mengantuk cakap aku pula . "Suara Lynne sayup-sayup kedengaran . Alahai mereka ni gaduh je kerja .
"Yelah . Aku gurau je . "
"Kitorang sedikit lagi nak sampai ." James cuba memberi alasan .
Aku rasa dia malas nak bagitahu Zack dengan Lynne tentang hal ada seseorang yang tidak dikenali ikut kami dua . Takut gelabah pulak manusia berdua dekat tandas tu .
"Kau ni nasib baik tandas ni wangi kalau busuk tadi dah mereput kami dua dalam ni . "Zack merungut tidak puas hati .
"Maaf tak sengaja . " James menjawab acuh tak acuh .
"Takpelah alang-alang kau lambat sekarang tolong singgah pergi beli handyplus ."
"Kenapa pulak ? Ada yang luka ke ?" Aku tanpa ragu-ragu terus berjalan ke arah James . Aku rapatkan diri ke arah telefon yang berada ditelinganya .
"Lynne tadi tergelincir lepastu dia pegang singki untuk tahan diri dia daripada jatuh . Tak sangka pulak dia tiba-tiba luka . "
"Ish kau ni aku cakap aku dah ok , kan ? Kenapa tak nak dengar ? "
"Kau senyap sekarang . Nanti sakit , aku jugak yang susah . "
"Kenapa kau yang susah ? Akulah yang patutnya susah ."
Alahai mereka ni dah macam pasangan suami isteri tua . Asyik gaduh je aku rasa nak hempuk mereka .
"Emm..Cella" Aku toleh pandang James . Aku kemudiannya berundur ke belakang .
"Maaf aku tak sedar pulak jarak kita dekat sangat . " Aku tersengih malu .
"Ehem jomlah kita pergi . Bye Zack . "
"Kejap aku belum habis merungut . "
James terus menutup panggilan tersebut . Dia kemudiannya berjalan dahulu tanpa menunggu aku .
"James tunggulah ! "
"Kau malu ke ?" Aku menjerit sedikit kuat sambil cuba mengejar langkah miliknya .
"Cepat jalan atau aku tinggalkan kau ."
---
Adam🙈
Nak keluar tak ?
Hujung minggu dekat arcade ?
Ehh tak pernah nak ajak aku keluar . Tiba-tiba pulak ni dah kenapa ?
Perlu ada sebab ke untuk aku ajak kau keluar ?
Kau girlfriend aku apa salah dia ?
YOU ARE READING
The School Rival And TSR 2 ; Past Vs Present
Fiksi Remaja[2018/2020] The School Rival ; Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ? Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...